Skip to main content

MUSTAFA KAMAL ATATURK

 


Hai guys! Hari ini saya nak share info berkenaan seorang tokoh yang popular dan terkenal. Siapa yang tak kenal Mustafa Kamal Ataturk. Kalau bagi kita, beliau ialah seorang pengkhianat agama Islam. Tapi bukan di Turki ye. Mustafa ini dianggap perwira bagi rakyat Turki. So jika ke Turki jangan sesekali cakap buruk pasal Mustafa Kamal ni. Saya pun tahu daripada tourist guide semasa di sanalah. Dia cakap orang Turki masih lagi menyanjungi Mustafa ini. Tapi itu cerita 5 tahun lepas. So, sekarang mungkin sudah kurang kot. Sebab jika lihat sekarang populariti Edrogan lebih menonjol. Maybela kot!

Sebenarnya terasa hendak buat entri mengenai Mustafa ni sebab tengok dan baca balik blog lama. Masa baca tu terjumpa pula info mengenal beliau. So, mesti terfikir yang korang mesti nak tahukan siapa Mustafa Kamal Ataturk ni? 

Mustafa kamal merupakan pengasas negara Turki Moden dan ini sesuai dengan gelaran Ataturk iaitu


bapa moden turki. Beliau juga digelar al-ghazi iaitu orang yang memerangi. Beliau dilahirkan di Salonika iaitu merupakan bandar dalam wilayah Macedonia yang sebahagian daripada kerajaan Uthmaniyyah. Mustafa kamal merupakan seorang Dunmah iaitu daripada kalangan bangsa yahudi yang berpura-pura memeluk agama Islam. Bapa Mustafa iaitu Ali Reza Afandi (ada juga mengatakan hanya bapa tiri) merupakan seorang peniaga kayu-kayan. Tetapi apabila perniagaannya gagal beliau menjadi seorang pemabuk dan meninggal dunia.

Semasa Mustafa Kamal berusia 12 tahun, beliau masuk sekolah tentera di Salonika. Di sekolah tersebut, beliau telah menunjukkan kebolehannya sebagai seorang pemimpin sehingga gurunya mengelarkannya 'kamal' iaitu kesempurnaan. Sejak itulah beliau digelar Mustafa Kamal. Beliau juga hidup bersama isterinya hanya setahun sahaja kerana kefasikkannya.


Mustafa Kamal hidup dalam kemaksiatan. Semasa saat kematiannya juga sangat hina dan mengerikan akibat keangkuhannya kepada Allah s.w.t. Pelbagai penyakit yang beliau hadapi seperti penyakit limpa yang membengkak kerana ketagih arak, darah tinggi, kulit gatal, perut membengkak dan radang paru-paru (pneumonia). Beliau juga tidak dapat tidur kerana menghidap penyakit insomnia sehingga kena makan ubat tidur. Keadaan kesihatannya menjadi semakin teruk apabila musim panas kerana badannya akan sakit2x sehingga ketul2x ais terpaksa diletakkan di sekeliling kabin kapal layarnya, savarona bagi meyejukkan badan tetapi tidak berhasil. Keadaan ini sama juga semasa di Istana. Beberapa ahli bomba dipanggil dan memancutkan air ke dinding bilik tidurnya sehingga beliau meranung-raung kesakitan.


Semasa hayat beliau, beberapa undang-undang dilaksanakan dan bercanggah dengan Islam. Antaranya ialah:

  • Membolehkan perempuan pakai tudung asalkan memakai skrit. 
  • Membolehkan lelaki memakai seluar panjang asalkan memakai tie dan topi. (mengikut cara barat) 
  • Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai  Beliau menegaskan bahawa negara tidak akan maju jika rakyat tidak memakai pakaian moden.
  •  Mengalakkan minum arak secara terbuka.
  • Mengarahkan al-quran dicetak dalam bahasa turki.
  •  Azan digunakan dalam bahasa turki dengan membuang unsur-unsur arab dan parsi.
  • Mengambil arkitek2x luar dan diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugu di seluruh bandar turki.  
  • Agama Islam tidak dijadikan agama rasmi.
  • Mengubal undang-undang perkahwinan. berdasarkan undang-undang barat.
  • Menukar masjid Ayasophia kepada muzium dan beberapa masjid dijadikan gereja.
  •  Menutup masjid dan larang solat berjemaah.
  • Menghapuskan penggunaan kalendar Hijrah dan menukar huruf arab kepada latin.


Jika kita lihat akan apa yang dilakukan oleh Mustafa ini  merupakan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang beragama Islam. Sampai sekarang kita lihat jasadnya masih tidak diterima oleh bumi dan jasadnya hanya ditutupi dengan marmar dalam muzium di Turki. Semoga pengakhiran kita dalam keadaan Husnul Khotimah. Amen! šŸ¤²šŸ»






Muzium Mustafa Kamal Ataturk semasa melawat Turki beberapa tahun yang lepas 








Comments

Popular posts from this blog

MA QADARALLAH KHAIR

Ma qadarallah khair kan? Tuhan tu bukan sengaja temukan kita dengan orang begitu dan begini. Dan, Tiada frasa kebetulan melainkan semuanya takdir dariNya. Aku banyak belajar dalam diam. Meneladani tiap insan datang dan pergi. Sejujurnya, semua membawa makna. Yang setia akan sentiasa dalam doanya, Yang misteri akan hilang entah ke mana. Setiap yang datang dan pergi itu, Ada perkara yang diajarkan Tuhan. Selamat belajar dengan penuh sabar! Jika Tuhan menghendaki sesuatu maka Kun fa ya kun! CC. http://se7gee.blogspot.my/

TOKOH-TOKOH ISLAM YANG SUKA MEMBACA

1.Ibn Rushd Beliau terkenal dengan seorang yang selalu membaca buku setiap saat. Tidak pernah beliau meninggalkan buku selama hidupnya kecuali dua malam sahaja, iaitu malam beliau bernikah dan malam ayahnya meninggal dunia. 2.Imam Ahmad bin Yahya   Selalu membawa buku ke mana beliau pergi. Setiap kali dijemput ke walimatul urus, beliau mensyaratkan agar tuan rumah menyiapkan tempat khas untuk meletakkan buku dan membaca. 3.Al Farabi Seorang ulama telah mengamanahkan beliau untuk menjaga buku-buku ulama tersebut selama  sepuluh tahun. Namun begitu, selepas sepuluh tahun berlalu ulama tersebut tidak pulang kembali ke bumi Farab. Al-Farabi telah menghabiskan masanya untuk membaca buku-buku yang diamanahkan. Ada di antara karya-karya yang terdapat dalam simpan tersebut dibaca berpuluh-puluh kali. Setiap kali beliau mengulang membaca sesebuah buku, beliau akan menemui pengetahuan, makrifat dan  hakikat baru tentang ilmu yang dibaca. 5. Ibn Sina Pernah suatu ketika, Ibn Sina membaca karya Me

I’M BACK

                                                            I’m back!! Honestly, tidak tahu hendak tulis tajuk apa pada post kali ni. Setiap kali memulakan ayat mesti akan padam lepas tu. But and then, tulis balik. Lepas tu padam. Tulis balik and so on. Ok firstly, hope you guys abaikan tulis bercampur- aduk dengan bahasa inggeris. If have some student are read this entry. I’m apologise and don’t ever try do same like this on your essay. Ok!šŸ˜‰ In fact, tiada idea pun nak tulis entri kali ini tapi disebabkan blog rasa macam dah lama tak tengok lepas tu rasa dah bersarang lebah. Lebih-lebih lagi perasaan membuak- buak  nak tulis something but macam kata tadi. I don’t have any idea right now. šŸ˜… Cakap pasal blog. Maybe some of you tak tahu yang sebenarnya saya ada dua blog. My ‘old blog’ and this blog. Actually for my first blog I was created I think same year or second year during I was studied. Tak ingatlah! But masa tu ramai yang ada blog and became a blogger. Waktu tu juga member ada

SENDA GURAU DUNIA AKHIRAT KEKAL ABADI

Semakin bertambah usia semakin banyak perkara yang dipelajari tentang hidup. Benar bak kata pujangga, "pengalaman mengajar erti hidup. Pengalaman mengukur kematangan seseorang. Semakin hebat ujian menimpa semakin kuat iman dan diri seseorang." Entri kali ini bukan dituju kepada sesiapa tetapi hanya untuk luahan pendapat tentang hidup. Hidup yang sementara. Hidup yang diibaratkan seperti roda. Hidup yang bersifat sementara dan manusia hanya seorang musafir di dunia ini. Benar! Dunia hanya tempat persinggahan dan akhirat jua yang kekal abadi. Tabahlah menghadapi asam garam dunia. La tahzan! Sabda Allah SWT: " Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Al-Rum:64) Jika menghadapi atau sedang menghadapi cabaran dunia. Jangan sedih! Jangan susah hati! Hadapi ujian itu dengan hati yang terbuka. Percaya pada diri bahawa anda seorang yang sangat istimew