Setiap gadis diluar sana mesti menginginkan kehidupan yang baik dan setiap impian mereka akan tercapai seperti mana yang mereka inginkan. Tetapi apakah yang membezakan kita dengan gadis-gadis yang lain. Jika kita lihat hampir semua gadis hendak memiliki kehidupan keluarga yang sempurna, kecantikan yang sama atau hampir sama dengan idola mereka, tubuh badan yang mampu mencairkan para sang jejaka, kaya harta dan travel around the world.
Namun hakikatnya, semua itu adalah indah khabar dari rupa. Bukan itu yang menjadikan gadis tersebut bijak tetapi perjalanan kehidupan yang menjadikan mereka seorang yang bijak. Jika diukur seseorang gadis itu juga kita boleh melihatnya berdasarkan kematangan dia berfikir, percakapan dan gaya yang ditonjolkan. Selain itu, siapakah kawan sekeilingnya, masa yang diluangkan dan apakah amalan pemakanannya. Kita boleh lihat melalui mata kasar dan daripada itulah kita boleh andaikan dia gadis seperti mana.
Walaubagaimanapun, entri kali ini bukanlah untuk berkongsi ciri-ciri seorang gadis yang dilabelkan bijak. Tetapi sebaliknya apakah perkara-perkara yang perlu ada untuk menjadikan mereka seorang yang bijak dan saya fokuskan dalam pengurusan kewangan. Kenapa saya tekankan pengurusan kewangan. Jika kita lihat ramai gadis yang tiada ilmu pengurusan kewangan dan lebih suka membelanjakan duit dengan membeli barang-barang yang mewah dan berjenama. Keadaan ini akan menyebabkan ramai daripada golongan gadis akan terjerut dengan hutang. Kita tidak merasakannya sebelum ini tapi dengan senario ekonomi negara yang tidak menentu sekarang tidak mustahil kita akan di bebani hutang yang lebih banyak.
Sebelum itu, saya nak tekankan segala maklumat entri ini adalah berdasarkan pembacaan saya dan pandangan saya sahaja. Jika ada pembaca yang tidak bersetuju atau kurang bersetuju saya mohon maaf dan harap baca dengan pemikiran yang terbuka.
1. Gadis yang bijak perlu tahu perbezaan harta aset dan liabiliti. Gadis yang bijak dia akan tahu wang digunakan untuk apa? Rata-rata daripada golongan muda yang baru mula bekerja mesti akan membeli kereta terlebih dahulu dan kebiasaannya kereta tersebut adalah kereta import. Menurut Azizul Azli Ahmad, pakar pengurusan kewangan berkata, jadilah orang yang luar biasa dan tidak ikut akan apa yang orang biasa buat. So, kesimpulannya hold dulu pembelian kereta kerana nilai kereta akan jatuh selepas kita sign dokumen pembelian kerana kereta adalah harta liabiliti.
2. Buat plan untuk pembelian rumah sebagai aset secepat yang mungkin. Mungkin pernah daripada kita beranggapan tidak perlu beli rumah kerana penyediaan rumah adalah tanggungjawab orang lelaki dan kita selepas kahwin akan tinggal dirumah yang disediakan oleh suami. Saya pun beranggapan sebegitu rupa. Namun, pemikiran tersebut sudah tidak relevan lagi untuk keadaan sekarang. Kita tidak tahu bagaimana keadaan kita selepas kahwin dan apakah nasib kita sesudah berkahwin. So, sebelum terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini better kita sudah ada aset sendiri. Lagipun sudah banyak berita apabila berlaku penceraian si isteri tiada tempat tinggal dan ditinggalkan sehelai sepinggang. Banyak kes yang berlaku juga disebabkan si suami tidak menyatakan wasiat atau tidak menyediakan hibah kepada isteri dan anak-anak.
3. Luangkan masa dalam mencari ilmu berkaitan pengurusan kewangan. Percaya atau tidak kebanyakan golongan yang mulis adalah terdiri daripada golongan muda. Pelik tapi benar. Keadaan ini berlaku disebabkan tidak pandai dalam menguruskan kewangan dan boros dalam pembelian barangan terutamanya barang yang berjenama dan mahu kelihatan bergaya serta suka show off di media-media sosial. Cuba bayangkan bila seseorang itu mula bekerja sudah membuat pinjaman kereta, pinjaman personal dan penggunaan kad kredit yang tidak terkawal dan pembelanjaannya adalah melebihi had pendapatan mereka. Susah tentu akan sakit untuk membayar hutang-hutang yang dibuat. Lebih-lebih lagi tiada saving terutamanya emergency saving.
4. Gadis yang bijak tidak akan mencari penyakit dengan menambah hutang baru terutamanya keadaan ekonomi yang tidak stabil. Bila sebut pasal hutang ramai daripada golongan muda tidak tahu kesan daripada berhutang. Mungkin disebabkan keseronokkan bilamana sudah ada duit mereka akan merealisasikan impian yang terkubur selama ini. Yelah! waktu belajar mana ada duit nak pergi travelkan. š
5.Gadis bijak akan tahu perkara yang mana perlu didahulukan apabila gaji masuk account. Mereka akan bayar dahulu segala hutang dan bil-bil. Selepas itu beli barangan keperluan dan akhirnya barangan kemahuan. Jika ada lebihan wang lagi bolehlah digunakan untuk tujuan pelaburan pula.
Gitu! š
6. Hiduplah sederhana dan jangan tambah lagi hutang bila gaji bertambah. Ramai daripada golongan muda yang akan bertambah lagi pembelanjaan mereka bila gaji meningkat. Contohnya, ramai yang akan menukar kereta baru bila sudah kenaikan gaji. Bagi mereka biarlah kereta yang dimiliki setanding dengan jawatan yang ada. Saya suka akan nasihat daripada Azizul Azli Ahmad yang menyatakan bilamana duit bertambah jangan sesekali pembelanjaan turut bertambah. Lebihan wang itu lebih baik simpan atau dilaburkan dan sebenarnya lagi baik tingkatkan amalan bersedekah dan pengeluaran zakat. Jadilah manusia yang kaya tapi tidak menunjukkan kekayaannya. Sebaliknya orang yang mengatakan kekayaan kita.
Masih belum terlambat untuk kita sama-sama mempelajari ilmu pengurusan kewangan. So, jangan tangguh lagi kita start sekarang. š
Comments