Skip to main content

Posts

Showing posts with the label FINANCIAL MANAGEMENT

MY FIRST FINANCIAL BOOK

  Setiap sesuatu perkara mestilah ada permulaan yang menyebabkan seseorang itu akan terus belajar dan istiqamah dalam sesuatu perkara. Tidak kecuali kepada diri saya. Rata-rata mesti ada pendorong yang menyebabkan seseorang itu minat akan perkara tersebut.  'Rich dad poor dad' adalah buku kewangan pertama saya yang saya beli pada awal tahun ini. Honestly, buku ini bukanlah pada mulanya my favourite list  tapi entah bagaimana saya boleh beli buku ini. Sejujurnya juga ilmu berkaitan financial management agak baru bagi saya. Semuanya bermula pada tahun lepas selepas saya membeli rumah dan banyak duit disalurkan pada house renovation. Cuma last year saya tidak terlalu serius akan ilmu financial management . Buku pertama saya ini saya ceritakan serba sedikit adalah berkaitan dengan seorang ayah yang kaya dan seorang ayah yang  miskin yang memberi nasihat berkaitan dengan pengurusan kewangan dan harta. Kedua-dua ayah ini memberikan pemikiran dan pandangan mereka supa...

KAEDAH PELABURAN DI MALAYSIA

  Kaedah Melabur Ke Pasaran Saham di Malaysia Akhir-akhir ini, pelaburan saham makin popular di kalangan orang muda. Saya pernah dengar satu laporan mengatakan, majoriti yang buka akaun CDS ialah daripada orang yang berusia bawah 30 tahun. Ia adalah satu perkembangan yang bagus sebab dulu-dulu pelaburan saham dikatakan pelaburan yang komplikasi.  Mungkin ia disebabkan arus teknologi hari ini, semua di hujung jari. Pelaburan saham semakin mudah. Tapi untung belum tentu ya. Melabur tak semestinya untung. Nak untung kena ada ilmu. Ada beberapa kaedah untuk melabur ke pasaran saham di Malaysia. KAEDAH PERTAMA ialah dengan cara melabur sendiri. Buka akaun CDS sendiri, keluar modal sendiri, trade sendiri.  Kemudian buat untung sendiri, kalau rugi pun, rugi sendiri. Yang ini kena ada disiplin dan strategi. Ada yang jenis intraday. Ada yang jenis teknikal. Ada yang fokus fundamental. Ada yang suka blue chip. Ada yang suka penny stock. Ada macam-macam. Semua bergantung kepada diri...

BE DIFFERENT THAN OTHERS

  Jangan Ikut Majoriti Membuta Tuli Prinsip saya mudah, dalam hal kewangan; jangan mudah-mudah buat apa yg majoriti buat. Statistik menunjukkan majoriti rakyat Malaysia gagal dalam perancangan kewangan. ✖️ 4 daripada 5 rakyat Malaysia gagal membuat simpanan, hatta untuk menyediakan RM1,000 jika kecemasan pun susah. (Laporan BNM 2015) ✖️ Walaupun kadar penembusan insurans dan takaful sudah mencecah 50% tapi jika dikira pembelian berulang, hanya 30% rakyat Malaysia dewasa yang memilikinya. (Astro Awani, 31 Oktober 2017) ✖️Kes muflis / bankrupsi paling tinggi adalah disebabkan hutang kereta (Jabatan Insolvensi Malaysia 2015-2017) ✖️ Sudahlah tak ramai yang memiliki polisi insurans dan takaful, 90% pelanggan pula tidak cukup coverage. (Berita Harian 12 Mac 2016 oleh Life Insurance Associate Malaysia atau LIAM) ✖️60% pesara menghabiskan wang KWSP dalam masa 3 tahun sahaja selepas bersara. (Statistik KWSP 2010) ✖️Hanya 6% rakyat Malaysia yang memiliki simpanan kecemasan 6 bulan gaji seki...

GADIS BIJAK PERLU ADA BEBERAPA PERKARA INI DALAM KEHIDUPAN

  Setiap gadis diluar sana mesti menginginkan kehidupan yang baik dan setiap impian mereka akan tercapai seperti mana yang mereka inginkan. Tetapi apakah yang membezakan kita dengan gadis-gadis yang lain. Jika kita lihat hampir semua gadis hendak memiliki kehidupan keluarga yang sempurna, kecantikan yang sama atau hampir sama dengan idola mereka, tubuh badan yang mampu mencairkan para sang jejaka, kaya harta dan travel around the world.  Namun hakikatnya, semua itu adalah indah khabar dari rupa. Bukan itu yang menjadikan gadis tersebut bijak tetapi perjalanan kehidupan yang menjadikan mereka seorang yang bijak. Jika diukur seseorang gadis itu juga kita boleh melihatnya berdasarkan kematangan dia berfikir, percakapan dan gaya yang ditonjolkan. Selain itu, siapakah kawan sekeilingnya, masa yang diluangkan dan apakah amalan pemakanannya. Kita boleh lihat melalui mata kasar dan daripada itulah kita boleh andaikan dia gadis seperti mana.  Walaubagaimanapun, entri kali ini buk...

MORATORIUM! APA YANG PERLU KITA TAHU ?

  Moratorium adalah alat, ia bukan magik. 1. Moratorium sangat membantu bagi sesiapa yang terkesan dengan krisis ekonomi yang berlaku hari ini. Ia meringankan beban akibat dibuang kerja atau dipotong gajinya. Dengan moratorium, sekurang-kurangnya aliran tunai mereka agak lega untuk tempoh 6 bulan mendatang. Bagi golongan ini, moratorium adalah panadol penahan sakit sahaja.  2. Moratorium juga boleh dijadikan tambahan tunai bagi mereka yang masih kekurangan tabungan simpanan. Sasarkan untuk buat tabung simpanan kecemasan sekurang-kurangnya bersamaan 3 ke 6 bulan gaji. Ia sebagai persediaan sekiranya diberhentikan kerja kelak.  3. Moratorium juga sangat membantu untuk peniaga kembangkan perniagaan mereka. Dengan adanya moratorium, mereka mendapat wang lebihan yang boleh dijadikan suntikan modal mengembangkan bisnes mereka. 4. Moratorium juga syurga bagi pelabur-pelabur yang hebat. Moratorium adalah peluang mereka untuk tambahkan modal pelaburan. Ia juga peluang untuk mereka...

TIPS WANITA DALAM PENGURUSAN KEWANGAN OLEH RAZZAAQ AJAQ

Wanita wajib sediakan simpanan sendiri. Kita bukan nak bersaing dengan suami tapi persiapan untuk masa depan sendiri.  1. Belilah sebuah rumah sebagai perlindungan kewangan kita nanti, kita tak tahu sampai bila suami setia lagi.  2. Biawak hidup itu wujud. Jangan kerana sayang kita buta mata dan buta hati. Kita juga yang rugi.  3. Kalau kita hanya surirumah. Minta suami beri kita 'gaji'. Bukan mudah jaga anak dan uruskan rumah 24 jam sehari.  4. Ada gaji buat simpanan sendiri juga. Jangan bergantung pada suami saja.  5. Kita juga tak tahu bila suami akan 'pergi' dulu. Bila kita ada rumah sendiri, kurang risiko bergaduh faraid nanti.  6. Bila ada simpanan sendiri. Boleh juga bantu suami kalau diberhentikan kerja waktu begini.  7. Bencana kewangan untuk wanita. Bila suami meninggal atau ditinggalkan tanpa harta benda.   

ARTIKEL MORATORIUM OLEH AFYAN MAT RAWI

  MORATORIUM: Apa yang pengguna perlu tahu?  Berikut adalah sedikit panduan tentang moratorium yang perlu kita cakna.  1. Moratorium adalah penangguhan bayaran bulanan, bukannya pelepasan atau pengecualian bayaran ansuran bulanan. 2. Bermakna, peminjam masih perlu bayar selepas tamat tempoh moratorium. 3. Bayaran balik itu dalam bentuk penambahan ansuran atau tempoh ansuran dan hutang dipanjangkan. Mungkin boleh jadi kedua-duanya. 4. Jangan ingat ia percuma. There's no such thing as free lunch. Ia ada kos dan kos tersebut perlu ditanggung oleh peminjam dalam bayaran balik selepas tamat moratorium kelak. 5. Apa pilihan lain selain moratorium? Ada, R&R. Restructured dan Refinance.  6. Restructured: Pengstrukturan semula hutang. Hutang sedia ada dipanjangkan tempoh untuk mengurangkan ansuran. Kita berurusan dengan bank yang sama.  7. Refinance: Pembiayaan semua hutang. Buat hutang baru untuk batalkan hutang lama dengan tempoh yang baru. Kita boleh berurusan dgn...

APAKAH PERKARA YANG PERLU LAKUKAN SEMASA COVID MELANDA NEGARA

  Sudah setahun lebih negara kita dilanda dengan virus COVID ini. Dengan senario sekarang jika dilihat kes yang tinggi melebihi seribu kes sehari menyebabkan rakyat semakin lama semakin tertekan dengan dugaan yang mereka perlu hadapi. Semakin lama semakin hilang punca pendapatan rakyat terutamanya bagi golongan pendapatan rendah dan paling terkesan adalah golongan peniaga-peniaga kecil kerana peniagaan mereka tidak beroperasi seperti biasa.  Kemudian kita diberitakan dengan kes bunuh diri yang semakin hari semakin berlaku menunjukkan bahawa sudah ramai masyarakat yang mengalami tekanan hidup dan sudah tiada tempat bergantung. Ini menunjukkan keadaan yang membimbangkan dan perlu di ambil serius oleh kerajaan dan masyarakat. Namun, dengan pengkabaran bantuan daripada pihak kerajaan dengan menawarkan beberapa bantuan kepada rakyat seperti I-Sinar, Motarium, BPR dan lain-lain harap sedikit sebanyak boleh membantu meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat. Baru-baru ini kempen ki...

HUTANG: SATU TABIAT SUKAR DIKAWAL BY AFYANIFP

  Berhutang ini satu tabiat, dan ia berkaitan dengan mindset. Orang yang suka berhutang, sampai bila-bila akan berterusan suka berhutang jika tidak diubah mindsetnya. Mindset berkaitan dengan apa yang kita percaya, kemudian ia akan lahirkan tindakan dan kemudian mengeluarkan hasil. Akhir sekali ia menjadi satu tabiat. PERCAYA —> TINDAKAN —> HASIL —> TABIAT Ia adalah satu kitaran. Contoh begini; PERCAYA: Hutang menyelesaikan masalah TINDAKAN: Berhutang, buat personal loan. HASIL : Dapat duit hasil personal loan tadi TABIAT: Suka berhutang Kitaran ini akan terus berulang dan berulang. Ubah Kepercayaan dan Tindakan. TABIAT suka berhutang adalah berpunca dari KEPERCAYAAN bahawa hutang boleh membantu mendapatkan wang dengan cepat. Ia diperkukuhkan lagi apabila, setiap kali mengambil TINDAKAN untuk berhutang personal loan, memang akan dapat HASIL iaitu wang jumlah yang dimohon. Jadi untuk mengatasi masalah ini, ialah dengan mengubah mindset. Ubah kepercayaan dan tindakan. Ia aka...

TIPS MENGURUS WANG SEMASA LOCKDOWN

  Peningkatan kes COVID di Malaysia jika dilihat agak membimbangkan saban hari. Senario ini banyak memberi impak kepada golongan B40. Jika kita lihat sudah ada kes yang membabitkan rakyat Malaysia yang mengalami tekanan atau depression ekoran kesan ekonomi yang semakin lama semakin membimbangkan. Kes penggangguran semakin lama semakin tinggi. Peniaga-peniaga kecil semakin hilang punca pendapatan. Semakin ramai rakyat yang perlu dibantu dan meminta bantuan. Bantuan dari kerajaan jika dilihat sudah tidak seperti dulu lagi. Rakyat mengharapkan moratorium dari kerajaan seperti tahun lepas semakin sukar untuk terjadi lagi. Mengharapkan juga i-lestar i. Rasanya agak mustahil. Apa yang boleh dikatakan agar rakyat boleh bertahan dan mencari pekerjaan yang boleh menampung hidup mereka. Bagi yang berkemampuan bolehlah sekiranya menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Keadaan  COVID melanda sekarang ini. Rasanya perlu bersiap sedia dengan perancang kewangan yang stabil dan bijak m...