Jangan Ikut Majoriti Membuta Tuli
Prinsip saya mudah, dalam hal kewangan; jangan mudah-mudah buat apa yg majoriti buat.
Statistik menunjukkan majoriti rakyat Malaysia gagal dalam perancangan kewangan.
✖️ 4 daripada 5 rakyat Malaysia gagal membuat simpanan, hatta untuk menyediakan RM1,000 jika kecemasan pun susah. (Laporan BNM 2015)
✖️ Walaupun kadar penembusan insurans dan takaful sudah mencecah 50% tapi jika dikira pembelian berulang, hanya 30% rakyat Malaysia dewasa yang memilikinya. (Astro Awani, 31 Oktober 2017)
✖️Kes muflis / bankrupsi paling tinggi adalah disebabkan hutang kereta (Jabatan Insolvensi Malaysia 2015-2017)
✖️ Sudahlah tak ramai yang memiliki polisi insurans dan takaful, 90% pelanggan pula tidak cukup coverage. (Berita Harian 12 Mac 2016 oleh Life Insurance Associate Malaysia atau LIAM)
✖️60% pesara menghabiskan wang KWSP dalam masa 3 tahun sahaja selepas bersara. (Statistik KWSP 2010)
✖️Hanya 6% rakyat Malaysia yang memiliki simpanan kecemasan 6 bulan gaji sekiranya diberhentikan kerja. (Laporan BNM tahun 2015)
✖️Hanya 1 daripada 5 pencarum EPF /KWSP yang mengeluarkan wang mereka untuk pelaburan mendapat pulangan yang lebih baik dari EPF / KWSP (The Star, 30 Mei 2016, “CEO: Have financial literacy first”)
Nampak?
Maknanya, mohon maaf kalau saya katakan majoriti rakyat Malaysia TIDAK PANDAI merancang kewangan mereka dengan baik.
Jadi, kenapa perlu ikut majoriti?
Kenapa perlu ikut sentimen yang ramai orang mainkan?
Dan yang penting kenapa perlu ikut apa yang majoriti lakukan?
Jadi jika anda hanya mengikut apa yg ramai orang buat maka anda akan menjadi seperti apa yg terjadi kpd ramai orang.
⁉️ Ketika fenomena pelaburan emas berlaku sehingga iklan kopi pun mempromosi emas, maka itu masa terbaik utk menjual emas bukan berebut-rebut membelinya.
⁉️ Ketika harga rumah naik mencanak-canak dan ramai menggesa untuk beli rumah, elok tunggu sebentar supaya market sejuk sedikit.
⁉️ Ketika orang pakat-pakat tunggu “tahun depan” atau “dua tiga tahun lagi” utk membeli rumah, maka “tahun ini” adalah masa terbaik untuk membelinya.
⁉️ Ketika ramai-ramai beli saham XXX, mungkin juga ketika itu elok kita beransur-ansur jual saham XXX.
⁉️ Ketika orang ramai-ramai membeli medical card “terbaik” dari syarikat “terbaik”, elok kita survey-survey produk medical card lain yg ada di pasaran yg semua claim “terbaik”.
⁉️ Ketika orang ramai memilih unit trust “nombor 1”, elok tinjau-tinjau dalam pasaran yg ada lebih 30 syarikat yg ke semuanya mengaku merek terbaik.
⁉️ Ketika ramai orang memperkatakan tentang Bitcoin, sebaiknya ambil langkah berjaga-jaga dan fikir sejenak, kalau beli masa harga tengah meroket, masa bila hendak jual?
⁉️ Ketika harga dana unit trust jatuh, dan majoriti menjual dan menjauhi unit trust sebab takut rugi, fikir sejenak, bukankah baik beli ketika harga rendah berbanding ketika harga mahal?
Dalam banyak situasi, perbuatan majoriti hanya menghasilkan result yg biasa-biasa.
Jangan mudah terpengaruh dengan perkataan “peluang hanya datang sekali”, sebab percayalah akan ada peluang lain yang akan datang mungkin dlm bentuk berbeza.
Namun ada juga beberapa situasi tapi sangat jarang, situasi yg ramai-ramai orang buat dan ia menguntungkan. Ya, sangat jarang.
Contoh, ketika saham Bank Rakyat dibuka. Pulangan sangat memberangsangkan tapi sudah tiada lagi peluang sekarang.
Tapi situasi itu sangat-sangat-sangat-sangat-sangat rare.
Source: @afyanIFP
Comments