Skip to main content

PERKONGSIAN DOA BY THE HELMIS

 



1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus


2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.


3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).


4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.


5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.


6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.


7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.


8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.


9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi 


10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.


11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.


12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.


13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).


14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu


15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.


16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.


17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.


18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.


19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.


20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.


21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.


22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.


23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.


24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.


25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.


26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.


27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..


28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.


29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.


30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.


31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.


32 Ya Allah hapuskan COVID 19 dari seluruh dunia dan sembuhkanlah mereka yg dijangkiti. 


33. Ya Allah kurniakanlah buku catatan amalan dari sebelah kanan


34. Ya Allah hidupkanlah hati ku dan ahli keluarga serta keturunan ku dengan sentiasa dlm zikir dan selawat


35. Ya Allah lindungilah dan selamatkan daku dan ahli keluarga dari segala bahaya dan musibah yang tersembunyi dan nyata yg DTG dari atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang dan sekeliling.


36. Ya Allah selamatkanlah dan lindungilah kami dari pandangan Ain manusia yang bahaya 


37. Ya Allah, kurniakanlah kami sahabat dan kelilinginkami dengan mereka yg benar Jujur dan ikhlas mengasihi kerana Allah subhanahu wata'ala.


38. Ya Allah muliakanlah kami di hari tua


39. Ya Allah bebaskan kami dari sebarang hutang didunia dengan sesama makhluk.


40. Ya Allah, kurniakan lah kepada kami Qalbun Salim, yg tenang, taat dan sabar serta redho.


41. Ya Allah kurniakanlah kami rezeki yang halalan toyyiban lagi diberkati lagi dirahmati.


42. Ya Allah permudahkanlah urusan ibadah kepada MU dan jauhkan kami dari pandangan makhluk ketika beribadah dengan Mu ya Allah.


43. Ya Allah, didik jiwa kami untuk sentiasa ikhlas dan lindungi dari anasir mazmumah yg merosakkan.


44. Ya Allah kurniakanlah kami sifat dan sikap positif dan penuh dengan mahmudah . Buang yang negatif dan mazmumah dari diri kami Ya Allah. Tolong kami baiki diri kami Ya Allah


45. Ya Allah pilihlah kamu  sebagai umat Baginda yang bersungguh menghidupkan sunnah dan mengikuti contoh tauladan Baginda .


46. Ya Allah, bimbingi daku dan ahli keluarga ku dalam menguruskan dan menundukkan nafsu amarah dan duniawi yg berlebihan lagi melalaikan.


47. Ya Allah , bantu kami mendapat Taufiq Hidayah Mu untuk senantiasa berusaha meningkatkan iman dan taqwa 


48. Ya Allah bantu daku dan seluruh ahli masyarakat untuk saling tolong menolong dan mengasihi kerana Allah wa Rasul.


49. Ya Allah golongkan kami sebagai umat Baginda yang istiqamah menuntut ilmu untuk memperbaiki diri sebagai hamba dan bukan untuk bermegah.


50. Ya Allah kurniakanlah kami para Guru yang benar dan jujur dalam menyampaikan amanah warisan Baginda Nabi Muhammad ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł…


51. Ya Allah, ringankan tubuh badan kami melakukan kerja dan amal ibadah serta lisan yg sentiasa basah berzikir.


52. Ya Allah jadikan kami hamba MU yang ringan memberi maaf sesama insan dan yg paling banyak memohon ampun dan maaf dari Mu


53. Ya Allah terima lah taubat kami, bersihkan hati fikiran dan roh kami dari sebarang anasir yg merosakkan aqidah serta  yg munkar


54. Ya Allah pilihlah kami dan ahli keluarga kami dikalangan golongan Ulul Albab


55. Ya Allah, kurniakanlah kemantapkan hati , roh, jiwa, fikiran dan keyakinan yg jitu berjalan dan mendokongi manhaj Nabawi sambil menjalani kehidupan di akhir zaman ini.


59. Ya Allah jadikan kami dan ahli keluarga lelaki dan perempuan kami benar benar mengikuti manhaj Nabawiyah yang benar


60 Ya Allah kurniakan kepada kami rezeki kefasihan bahasa Arab, bahasa Baginda


61. Ya Allah kurniakanlah kami ingatan yang kuat untuk  menghafal Al-Quran atau hadis atau pelajaran kami.


62. Ya Allah, golongkan kami dan pilih kami dan keturunan kami yang ikhlas dan suka membantu. Umat Baginda, yg suka memberi dari menerima.


63. Ya Allah jadikanlah AL Quran penunjuk bagi cahaya dan jalan yang benar.


64. Ya Allah, kurniakan kami zuriat keturunan yg Solehin lagi bertaqwa dan berakhlak mulia serta punya jatidiri yg teguh dan kental 


65. Ya Allah rezeki kan kami mempunyai kejiranan yg baik, disenangi lagi terpuji adab perilaku.


66. Ya Allah kurniakanlah anak zuriat keturunan ku ilmu yang bermanfaat untuk diri mereka dan ummah , minat dan penuh semangat dibidang yg dipilih oleh Mu yg baik buat agama dan dunia nya.


67. Ya Allah, kurniakan anak dan zuriat keturunan ku pasangan hidup yg benar mengikuti ajaran agama Islam yg Benar, punyai fikrah yg benar terhadap Allah wa Rasul dan mempunyai akhlak terpuji serta ikhlas dalam kasih sayang Mencontohi Baginda dan kehidupan berumahtangga yg diberkati , dirahmati, diredhai penuh Sakinah dan Mahabbah.


68. Ya Allah kurniakanlah ahli keluarga kami dan bakal ahli keluarga pasangan anak anak kami yang menghormati, baik pekerti dan mengamalkan kehidupan Islam yang benar 


69. Ya Allah kurniakanlah  Ilm dan pendidikan yang membentuk fikrah yg mengikuti manhaj Nabawiyah jln Ahli Sunnah Wal Jamaah serta berjaya dlm persekolahan atau madrasah dan di peringkat universiti .


70. Ya Allah kurniakanlah pekerjaan yang terbaik dan paling sesuai untuk anak dan zuriat keturunan kami dan menjadikan dunia sebagai jambatan ke akhirat.


71. Ya Allah jadikanlah dunia ditangan tetapi bukan dihati kami


72. Ya Allah kurniakanlah pengakhiran Husnul Khatimah buat kami, anak anak kami, zuriat keturunan kami dan semua yang kami kasihi.


73. Ya Allah jgn dibolakbalik hati kami setelah engkau memberi hidayah dan tetap lah kami berada bersama Baginda Nabi Muhammad ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… beserta para ahli keluarga baginda, para sahabat, para Awliya ,Syuhada dan para Solehin


74. Ya Allah kurniakanlah kami segala kebaikan, keaafiatan, kesejahteraan, Keselamatan dunia dan akhirat serta jauhkan dan bebas kami dari segala godaan hawa, nafsu, keinginan yg mendorong kepada azab api neraka.


75. Selamatkan kami dan zuriat keturunan kami dari fitnah dan azab kubur dan neraka.


76. Ya Allah pilih kami dan zuriat keturunan kami dibawah bimbingan Mursyid yang benar dan Haq dari ahli keluarga Baginda Nabi Muhammad ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… yang mengenali dan mengikuti serta membantu  Imam Mahdi diwaktu yang hanya diketahui oleh Mu jua ya Allah.


77. Ya Allah, tingkatkan perjalanan hidup kami dari seorang muslimin ke tingkatan Mutaqqin dan Mutaqinat 


78. Ya Allah kurniakanlah anak zuriat keturunan kami yang Qurratun Ain


79. Ya Allah pilih lah kami dan ahli keluarga serta zuriat keturunan kami dikalangan Muhibbin yg ikhlas membantu dakwah nya Baginda Nabi mengikut kemampuan dan keupayaan yang dianugerahkan oleh Mu kepada kami 


80. Ya Allah kurniakanlah ibubapa ku tingkatan yg tinggi di Syurga bersama Baginda Nabi Muhammad ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… beserta para ahli keluarga baginda, para sahabat, para Awliya ,Syuhada dan para Solehin


81. Ya Allah, kurniakan umur yang barakah, kelapangan rezeki, dan kebolehupayaan melangsungkan kehidupan dengan penuh Kebaikan tanpa sebarang kemudaratan .


82. Ya Allah kurniakanlah kami rezeki berat timbangan amal dan sebelah kanan.


83. Ya Allah sembunyikan Aib kami didunia dan dipadang Masyar dan jadikanlah kami hamba MU yang suka menyembunyikan aib aib hamba MU yg lain. 


84. Ya Allah kurniakanlah kami rezeki dibimbing kalimah Tauhid Ł„Ų§ Ų§Ł„Ł‡ Ų§Ł„Ų§ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ł…Ų­Ł…ŲÆ Ų±Ų³ŁˆŁ„ Ų§Ł„Ł„Ł‡ oleh Baginda Nabi di pengakhiran hayat.


85. Ya Allah kurniakanlah ahli keluarga wanita kami mengikuti contoh tauladan Ummahatul Mukminin dan penghulu syurga bagi kaum muslimah di syurga iaitu Sayyidatina Fatimah Azzahra


86. Ya Allah kurniakanlah kekuatan dan kesabaran kepada anak dan zuriat serta ahli keluarga kami dalam bermujahadah mengikuti jalan yang benar dan lurus yg diajar Baginda Nabi.


87. Ya Allah kurniakanlah kekuatan dan kesabaran kepada anak dan zuriat serta ahli keluarga kami yang lelaki muslimin menjadikan Baginda Nabi Muhammad ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… sebagai contoh tauladan dan ketua dalam kehidupan dunia dan akhirat.


88. Ya Allah jika ada dari ahli keluarga kami yang tersasar dan jauh dari jln yg benar dan lurus, mohon di bimbing kembali ke jln yg benar dan lurus dengan. rahmat dan kasih sayang serta tawfiq hidayah dari Mu YaAllah.


89. Ya Allah berkatilah waktu dan masa kami serta jauhkan dari perkara yang melalaikan dan merugikan kejayaan akhirat kami.


90. Ya Allah pilihlah kami dan ahli keluarga kami sentiasa bersama para Awliya dan Solehin serta keturunannya Baginda yang benar jalan mereka.


91. Ya Allah pilih dan kurniakanlah kami , ahli keluarga kami anak dan zuriat kami dari kalangan Ahlillah, ahli zikir, ahli Quran, ahli selawat, ahli Hadeeth, ahli Bahasa Arab, ahli ilmu Sains dan matematik, jurutera, perniagaan, doktor, dll ahli di bidang yang membawa kebaikan umat Baginda khususnya yg tunduk lagi tawaduk.


92. Ya Allah kurniakanlah kami rumah yang selesa dekat dengan masjid dan mahligai yang tak terfikir oleh kami disyurga Firdausi.


93. Ya Allah rezeki kan kami mintasi titian sirat dengan jayanya


94. Ya Allah lindungilah kami dari panas terik matahari sejengkal di padang Mahsyar.


95. Ya Allah terimalah taubat dan amal baik kami dan ampuni kami , ahli keluarga dan zuriat kami.


96. Ya Allah pilihlah zuriat dan keturunan kami tetap didalam Iman, Islam dan Ihsan.


97. Ya Allah kurniakanlah rezeki menunaikan umrah haji kepada seluruh zuriat keturunan ku.


98. Ya Allah tetap kan hati kami, teguh kami dalam kecintaan dan kebersamaan serta rasa kasih terhadap Baginda Nabi Muhammad ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… bersama para Muhibbin yang mencintai Baginda dan ahli keluarga Baginda dengan penuh tulus ikhlas.


99. Ya Allah jadikanlah kami hamba hamba MU yang dikasihi dan dicintai lagi dikenali oleh penduduk langit walaupun tidak dikenali didunia dan yg tetap istiqamah menghidupkan malam serta tidak jemu menadah tangan berdoa bermohon belas ihsan dari mu Ya Allah.


Aamiin Allahumma Aamiin

Comments

Popular posts from this blog

MA QADARALLAH KHAIR

Ma qadarallah khair kan? Tuhan tu bukan sengaja temukan kita dengan orang begitu dan begini. Dan, Tiada frasa kebetulan melainkan semuanya takdir dariNya. Aku banyak belajar dalam diam. Meneladani tiap insan datang dan pergi. Sejujurnya, semua membawa makna. Yang setia akan sentiasa dalam doanya, Yang misteri akan hilang entah ke mana. Setiap yang datang dan pergi itu, Ada perkara yang diajarkan Tuhan. Selamat belajar dengan penuh sabar! Jika Tuhan menghendaki sesuatu maka Kun fa ya kun! CC. http://se7gee.blogspot.my/

TOKOH-TOKOH ISLAM YANG SUKA MEMBACA

1.Ibn Rushd Beliau terkenal dengan seorang yang selalu membaca buku setiap saat. Tidak pernah beliau meninggalkan buku selama hidupnya kecuali dua malam sahaja, iaitu malam beliau bernikah dan malam ayahnya meninggal dunia. 2.Imam Ahmad bin Yahya   Selalu membawa buku ke mana beliau pergi. Setiap kali dijemput ke walimatul urus, beliau mensyaratkan agar tuan rumah menyiapkan tempat khas untuk meletakkan buku dan membaca. 3.Al Farabi Seorang ulama telah mengamanahkan beliau untuk menjaga buku-buku ulama tersebut selama  sepuluh tahun. Namun begitu, selepas sepuluh tahun berlalu ulama tersebut tidak pulang kembali ke bumi Farab. Al-Farabi telah menghabiskan masanya untuk membaca buku-buku yang diamanahkan. Ada di antara karya-karya yang terdapat dalam simpan tersebut dibaca berpuluh-puluh kali. Setiap kali beliau mengulang membaca sesebuah buku, beliau akan menemui pengetahuan, makrifat dan  hakikat baru tentang ilmu yang dibaca. 5. Ibn Sina Pernah suatu ketika, Ibn Sina membaca karya Me

I’M BACK

                                                            I’m back!! Honestly, tidak tahu hendak tulis tajuk apa pada post kali ni. Setiap kali memulakan ayat mesti akan padam lepas tu. But and then, tulis balik. Lepas tu padam. Tulis balik and so on. Ok firstly, hope you guys abaikan tulis bercampur- aduk dengan bahasa inggeris. If have some student are read this entry. I’m apologise and don’t ever try do same like this on your essay. Ok!šŸ˜‰ In fact, tiada idea pun nak tulis entri kali ini tapi disebabkan blog rasa macam dah lama tak tengok lepas tu rasa dah bersarang lebah. Lebih-lebih lagi perasaan membuak- buak  nak tulis something but macam kata tadi. I don’t have any idea right now. šŸ˜… Cakap pasal blog. Maybe some of you tak tahu yang sebenarnya saya ada dua blog. My ‘old blog’ and this blog. Actually for my first blog I was created I think same year or second year during I was studied. Tak ingatlah! But masa tu ramai yang ada blog and became a blogger. Waktu tu juga member ada

SENDA GURAU DUNIA AKHIRAT KEKAL ABADI

Semakin bertambah usia semakin banyak perkara yang dipelajari tentang hidup. Benar bak kata pujangga, "pengalaman mengajar erti hidup. Pengalaman mengukur kematangan seseorang. Semakin hebat ujian menimpa semakin kuat iman dan diri seseorang." Entri kali ini bukan dituju kepada sesiapa tetapi hanya untuk luahan pendapat tentang hidup. Hidup yang sementara. Hidup yang diibaratkan seperti roda. Hidup yang bersifat sementara dan manusia hanya seorang musafir di dunia ini. Benar! Dunia hanya tempat persinggahan dan akhirat jua yang kekal abadi. Tabahlah menghadapi asam garam dunia. La tahzan! Sabda Allah SWT: " Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Al-Rum:64) Jika menghadapi atau sedang menghadapi cabaran dunia. Jangan sedih! Jangan susah hati! Hadapi ujian itu dengan hati yang terbuka. Percaya pada diri bahawa anda seorang yang sangat istimew