Skip to main content

HENDAK BERJAYA! PERLU ADA BEBERAPA OBSESI INI DALAM DIRI

 



Setiap daripada kita mesti mahukan kejayaan dalam hidup tidak kiralah berjaya dalam pekerjaan, perniagaan yang dijalankan ataupun dalam kehidupan. Namun, bagaimanakah hendak mencapai kejayaan tersebut? Baru-baru ini saya ada membaca sebuah artikel berkaitan obsesi  yang boleh membuatkan kita berjaya. Sebelum itu, mungkin ada daripada kita yang tidak tahu apakah itu obsesi? Obsesi merujuk kepada sesuatu benda yang kita suka dan melakukannya tanpa paksaan.  Dalam artikel tersebut ianya juga menyatakan terdapat obsesi yang merbahaya tetapi jika lihat pada pandangan yang positif obsesi ini juga boleh mendorong ke arah kejayaan. 

1. Obsesi pada masa
Apabila kita obses terhadap masa, kita akan menyedari bahawa masa itu sangat penting dalam kehidupan. Setiap daripada kita mempunyai 24 jam sehari dan masa tidak akan berulang lagi. Dengan memahami konsep ini, orang  yang faham akan kepentingan masa akan melakukan perkara yang tidak mensia-siakan masa tersebut. Mereka akan memastikan membuat perkara yang penting sahaja. Dalam Islam juga, ada menekankan akan kepentingan masa.

 " Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang-orang yang beramal soleh dan berpesan-pesan untuk kesabaran" Al-Asr

2. Obsesi dengan ilmu
Setiap orang yang ingin kejayaan mesti sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan. Apabila kita obses dengan ilmu. Kita akan sedar bahawa banyak lagi perkara yang kita tidak tahu sebenarnya kerana ilmu itu sangat luas dan tiada batas. Jadi, orang yang obses dengan ilmu akan sentiasa mencari ilmu dan mempelajari ilmu yang baru diluar kepakaran mereka.

"Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Quran) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis riwayat Muslim)

3. Obsesi dengan bahan bacaan
Orang yang berjaya ialah orang yang rajin membaca. Orang yang mempunyai hobi ini kebiasannya mempunyai semangat ikuiri yang tinggi dan yang dahagakan ilmu. Banyak kelebihan yang boleh didapati dengan mengamalkan pembacaan buku. Melalui pembacaan juga banyak perkara yang boleh dipelajari dan bantu dalam kehidupan.

4. Obsesi dengan kelebihan sendiri
Setiap manusia mesti ada kelemahan dan kelebihan dalam diri masing-masing. Namun, fokus sahaja pada kelebihan yang ada pada diri supaya menjadi orang yang lebih berjaya.

"Keep your thoughts positive because your thoughts become your words.
Keep your words positive because your words become your behavior.
Keep your behavior positive because your behavior become your habits.
Keep your habits positive because your habits become your values.
Keep your values  positive because your values become your destiny:
Mahatma Gandhi

5. Obsesi dengan kejayaan
Ramai dalam kalangan kita tidak percaya bahawa kita  pun boleh berjaya seperti orang lain. Jika kita fokus dan usaha pada kejayaan. Sudah semestinya kejayaan itu akan datang kepada kita. Teruskan fokus, usaha dan tawakal. InshaAllah Kejayaan itu milik kita. 

Kesimpulannya, obsesi ini hanya pendorong kepada kita untuk menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan. Setiap daripada kita mesti ada terdetik untuk berjaya namun mungkin tidak tahu cara untuk mencapai kejayaan tersebut. Jadi, carilah ilmu atau orang yang sudah mencapai kejayaan tersebut. Usaha dan seterusnya tawakal kepada Allah SWT kerana Dialah sebaik-baik perancangan dan pemberi rezeki. Good luck and all the best ! šŸ˜Ž

Comments

Popular posts from this blog

MA QADARALLAH KHAIR

Ma qadarallah khair kan? Tuhan tu bukan sengaja temukan kita dengan orang begitu dan begini. Dan, Tiada frasa kebetulan melainkan semuanya takdir dariNya. Aku banyak belajar dalam diam. Meneladani tiap insan datang dan pergi. Sejujurnya, semua membawa makna. Yang setia akan sentiasa dalam doanya, Yang misteri akan hilang entah ke mana. Setiap yang datang dan pergi itu, Ada perkara yang diajarkan Tuhan. Selamat belajar dengan penuh sabar! Jika Tuhan menghendaki sesuatu maka Kun fa ya kun! CC. http://se7gee.blogspot.my/

TOKOH-TOKOH ISLAM YANG SUKA MEMBACA

1.Ibn Rushd Beliau terkenal dengan seorang yang selalu membaca buku setiap saat. Tidak pernah beliau meninggalkan buku selama hidupnya kecuali dua malam sahaja, iaitu malam beliau bernikah dan malam ayahnya meninggal dunia. 2.Imam Ahmad bin Yahya   Selalu membawa buku ke mana beliau pergi. Setiap kali dijemput ke walimatul urus, beliau mensyaratkan agar tuan rumah menyiapkan tempat khas untuk meletakkan buku dan membaca. 3.Al Farabi Seorang ulama telah mengamanahkan beliau untuk menjaga buku-buku ulama tersebut selama  sepuluh tahun. Namun begitu, selepas sepuluh tahun berlalu ulama tersebut tidak pulang kembali ke bumi Farab. Al-Farabi telah menghabiskan masanya untuk membaca buku-buku yang diamanahkan. Ada di antara karya-karya yang terdapat dalam simpan tersebut dibaca berpuluh-puluh kali. Setiap kali beliau mengulang membaca sesebuah buku, beliau akan menemui pengetahuan, makrifat dan  hakikat baru tentang ilmu yang dibaca. 5. Ibn Sina Pernah suatu ketika, Ibn Sina membaca karya Me

I’M BACK

                                                            I’m back!! Honestly, tidak tahu hendak tulis tajuk apa pada post kali ni. Setiap kali memulakan ayat mesti akan padam lepas tu. But and then, tulis balik. Lepas tu padam. Tulis balik and so on. Ok firstly, hope you guys abaikan tulis bercampur- aduk dengan bahasa inggeris. If have some student are read this entry. I’m apologise and don’t ever try do same like this on your essay. Ok!šŸ˜‰ In fact, tiada idea pun nak tulis entri kali ini tapi disebabkan blog rasa macam dah lama tak tengok lepas tu rasa dah bersarang lebah. Lebih-lebih lagi perasaan membuak- buak  nak tulis something but macam kata tadi. I don’t have any idea right now. šŸ˜… Cakap pasal blog. Maybe some of you tak tahu yang sebenarnya saya ada dua blog. My ‘old blog’ and this blog. Actually for my first blog I was created I think same year or second year during I was studied. Tak ingatlah! But masa tu ramai yang ada blog and became a blogger. Waktu tu juga member ada

SENDA GURAU DUNIA AKHIRAT KEKAL ABADI

Semakin bertambah usia semakin banyak perkara yang dipelajari tentang hidup. Benar bak kata pujangga, "pengalaman mengajar erti hidup. Pengalaman mengukur kematangan seseorang. Semakin hebat ujian menimpa semakin kuat iman dan diri seseorang." Entri kali ini bukan dituju kepada sesiapa tetapi hanya untuk luahan pendapat tentang hidup. Hidup yang sementara. Hidup yang diibaratkan seperti roda. Hidup yang bersifat sementara dan manusia hanya seorang musafir di dunia ini. Benar! Dunia hanya tempat persinggahan dan akhirat jua yang kekal abadi. Tabahlah menghadapi asam garam dunia. La tahzan! Sabda Allah SWT: " Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Al-Rum:64) Jika menghadapi atau sedang menghadapi cabaran dunia. Jangan sedih! Jangan susah hati! Hadapi ujian itu dengan hati yang terbuka. Percaya pada diri bahawa anda seorang yang sangat istimew