Ada beberapa hari lagi kita sebagai umat Islam akan meraikan hari raya IdulAdha. Saya yakin mesti ramai daripada kita yang tidak menyedari akan kehadiran perayaan ini. Masakan tidak, raya IdulFitri yang kita raikan beberapa bulan lepas pun tidak semeriah dulu. Walaubagaimanapun, kita perlu pasrah akan perubahan yang berlaku dengan meraikannya dalam keadaan norma baharu sejak pendemik covid-19 melanda seluruh dunia. Banyak perubahan yang boleh kita lihat antaranya sudah tiada lagi amalan ziarah-menziarahi dan rumah terbuka. Hanya mengeratkan silaturahim melalui video sahaja atau mengirimkan mesej di laman-laman sosial. Jika dilihat sekarang ini, penggunaan teknologi sudah semakin meluas digunakan dan amalan tradisional sudah semakin dilupakan oleh generasi kini. Tetapi, menyedari hakikat ini, kita tidak boleh menyalahkan teknologi pula, Senario sekarang yang mengikut peredaran masa menyebabkan amalan tradisional semakin terhapus. Itulah realiti yang perlu diterima yang mana akan sentiasa berlakunya perubahan dan inovasi sepanjang masa.
Entri kali ini bukanlah hendak menceritakan tentang amalan yang semakin terhapus kesan daripada pandemik. Tetapi sebenarnya hendak kita mengingati semula penghayatan erti pengorbanan. Saban tahun, kita akan diingatkan semula cerita pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail yang mana Nabi Ibrahim telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Disebabkan taatnya Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail maka kedua-duanya sanggup melakukannya tanpa rasa was-was atau takut. Namun, akhirnya Nabi Ismail digantikan dengan seekor Kibas / kambing. Jika dilihat melalui peristiwa ini banyak ibrah yang kita dapat dan banyak juga artikel atau sumber yang menerangkan disebalik peristiwa Nabi Ibrahim dan Ismail. Sehinggakan peristiwa itu perlu diingati dan diraikan sepanjang tahun.
Pengorbanan! Ya, apakah pengorbanan yang pernah kita hadapi atau sedang hadapi? Bila sebut perkataan pengorbanan juga sebagai umat Muhammad SAW apakah pengorbanan kita sebagai hamba Allah? sebagai anak, isteri, suami dan lain-lain. Cuma satu sahaja yang ingin saya katakan sepanjang bernafas di muka bumi ini kita akan tempuhi pelbagai bentuk pengorbanan dan dugaan dan semua ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik dan taat pada perintah-Nya.
Sebelum saya akhiri entri ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa Tarwiyah bagi pembaca yang berpuasa hari ini dan selamat berpuasa hari Arafah kepada yang akan berpuasa keesokkan harinya. Saya akhiri dengan berkongsi zikir dan doa Rasulullah SAW hari Arafah. š¤²
ZIKIR & DOA RASULULLAH PADA HARI ARAFAH
Sebaik-baik doa dan zikir yang boleh diamalkan adalah seperti yang disebutkan dalam hadis sahih:
“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,
“ŁŲ§َ Ų„ِŁَŁَ Ų„ِŁŲ§َّ Ų§ŁŁَّŁُ ŁَŲْŲÆَŁُ ŁŲ§َ Ų“َŲ±ِŁŁَ ŁَŁُ ŁَŁُ Ų§ŁْŁ ُŁْŁُ ŁَŁَŁُ Ų§ŁْŲَŁ ْŲÆُ ŁَŁُŁَ Ų¹َŁَŁ ŁُŁِّ Ų“َŁْŲ”ٍ ŁَŲÆِŁŲ±”.
La Ilaaha IllAllah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai-in qadir"
*Maksudnya: Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
(Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)
Selain mengamalkan doa ini, mintalah pada Allah agar kita semua:
+ Dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki
+ Diberi kesihatan yang baik
+ Mendapat syafaat Rasulullah SAW
+ Menjadi ahli syurga di akhirat kelak
InsyaAllah, semoga diperkenankan doa kita semua di Hari Arafah.
Comments