Kita sedia maklum akan pandemik yang melanda pada seluruh dunia termasuk negara, Malaysia. Pandemik virus covid-19 yang mula berlaku pada hujung bulan 2019 yang mana telah menyebabkan beribu-ribu mungkin sudah memasuki angka berjuta orang yang mati disebabkan covid ini. Jika kita lihat pada sejarah bermulanya covid ini ianya bermula di negara China iaitu disebuah wilayah yang terletak di Wuhan. Berdasarkan pembacaan, covid ini terjadi kemungkinan melalui kelawar atau tenggiling dan akhirnya berjangkit kepada manusia. Bagi yang terjangkit dengan virus ini mereka akan mengalami simptom-simptom tertentu dan peringkat terakhir kesukaran untuk bernafas. Di Malaysia, bermulanya usaha mengekang virus ini semasa bulan Mac tahun lepas yang mana kerajaan telah memerintahkan lockdown dilakukan bagi mengekang wabak covid-19. Semasa lockdown dijalankan pelbagai usaha lain yang dilakukan oleh kerajan dengan memberi bantuan kepada rakyat. Antaranya dengan pemberian motarium, i- lestari da...