Tahun 2025 akan berlabuh pergi meninggalkan kita dalam seribu kenangan yang akhirnya membentuk versi terbaik diri kita untuk kali ini. Sudah lama rasanya sudah tidak mencurah idea dan rasa dalam bentuk penulisan. Bukan sebab kekangan masa mungkin kerana tiada idea dan hati untuk menzahirkannya disini.
RINDU! Ya, rindu dengan masa dan diri yang dulu. Yang hanya memikirkan sibuknya diri dalam menyiapkan tugasan leturer. Ya, rindu dengan senario semasa study. Rindu dengan bau dan rasa nasi lemak dan kopi di cafe library. Rindu dengan suasana dikelilingi buku-buku, akhbar lama, jurnal, majalah dan menu di Akrib Negara. Rindu juga dengan pak cik bas yang serius membawa bas dan ada waktu ketika ramah menyapa diri ini.
Rindu diri ini semasa menunggu bas di bangunan Mahkamah Tinggi selepas selesai mencari bahan untuk assigment dan latihan ilmiah akhir semester.
Tapi semua itu… Sudah berlalu meninggalkan diri ini.. Diri yang masih mencari dan membentuk versi diri yang terbaik sepanjang bernafas pada berpijak pada tanah.
Kini, mencurahkan tenaga dan bakti kepada anak didik generasi yang hidup dalam serba moden dan teknologi. Cabaran dan dugaan dalam dunia yang dipilih dan terus menghadapinya. Semoga diri ini akan terus tabah dan sabar dalam menjalani liku-liku kehidupan. Amen!

Comments