Skip to main content

Posts

Showing posts with the label MEMORY

MAA QADARULLAH KHAIR

  Setiap pertemuan akan ada titik pengakhiran Namun bukan bermaksud pengakhiran yang tidak bermakna Kenangan yang dicipta membawa kemanisan dalam kehidupan Sama ada memberi dalam bentuk pengajaran, kesilapan dan kekurangan Jangan menyesal akan setiap yang terjadi kerana itu adalah hadiah dari Tuhan untuk mendewasakan diri kita Tiada sedetik apa pun terjadi berlaku dengan sia-sia Teruslah melangkah dan sabar dengan apapun yang berlaku dan  Akhir kata Maa Qadarullah Khair maka bersangka baiklah kita dengan Tuhan.  

MASA DAN WAKTU

  Tahun 2025 akan berlabuh pergi meninggalkan kita dalam seribu kenangan yang akhirnya membentuk versi terbaik diri kita untuk kali ini. Sudah lama rasanya sudah tidak mencurah idea dan rasa dalam bentuk penulisan. Bukan sebab kekangan masa mungkin kerana tiada idea dan hati untuk menzahirkannya disini. RINDU! Ya, rindu dengan masa dan diri yang dulu. Yang hanya memikirkan sibuknya diri dalam menyiapkan tugasan leturer . Ya, rindu dengan senario semasa study. Rindu dengan bau dan rasa nasi lemak dan kopi di cafe library. Rindu dengan suasana dikelilingi buku-buku, akhbar lama, jurnal, majalah dan menu di Akrib Negara. Rindu juga dengan pak cik bas yang serius membawa bas dan ada waktu ketika ramah menyapa diri ini. Rindu diri ini semasa menunggu bas di bangunan Mahkamah Tinggi selepas selesai mencari bahan untuk assigment  dan latihan ilmiah akhir semester. Tapi semua itu… Sudah berlalu meninggalkan diri ini.. Diri yang masih mencari dan membentuk versi diri yang terbaik sepan...

MEMORI LIKU-LIKU KEHIDUPAN DI ALAM KAMPUS

  Apabila membaca kembali luahan kenangan semasa belajar membuatkan kita teringin hendak kembali pada zaman tersebut. Banyak memori indah yang mungkin kita tidak akan lupakan. Sama ada bersama rakan-rakan, pensyarah ataupun orang-orang yang pernah hadir dalam hidup kita. Tapi yang pasti walaupun masing-masing sudah sibuk dengan kerjaya dan keluarga. Namun, dengan adanya media-media sosial yang ada bolehlah kita  contact lagi antara satu sama lain. Doa saya semoga mereka bahagia dan mencapai cita-cita yang mereka impikan. Sebenarnya coretan kali ini bukan hendak meluahkan balik apa yang terbuku dalam hati. Tapi sebenarnya hendak kongsi satu entri yang saya tulis masa first year study di universiti. Biasalah kan mula-mula masuk U mestilah banyak perkara baru yang berlaku. ☺ Kehidupan di sekolah jauh berbeza dengan kehidupan di kampus. Pelbagai dugaan dan cabaran yang harus di tempuhi sepanjang bergelar mahasiswa/siswi di universiti. Tidak kiralah di IPTA atau di IPTS. Banyak ...

I’M BACK

                                                            I’m back!! Honestly, tidak tahu hendak tulis tajuk apa pada post kali ni. Setiap kali memulakan ayat mesti akan padam lepas tu. But and then, tulis balik. Lepas tu padam. Tulis balik and so on. Ok firstly, hope you guys abaikan tulis bercampur- aduk dengan bahasa inggeris. If have some student are read this entry. I’m apologise and don’t ever try do same like this on your essay. Ok!šŸ˜‰ In fact, tiada idea pun nak tulis entri kali ini tapi disebabkan blog rasa macam dah lama tak tengok lepas tu rasa dah bersarang lebah. Lebih-lebih lagi perasaan membuak- buak  nak tulis something but macam kata tadi. I don’t have any idea right now. šŸ˜… Cakap pasal blog. Maybe some of you tak tahu yang sebenarnya saya ada dua blog. My ‘old blog’ and this blog. Actually for my first blog I was cr...

A.B.A.H

To beloved Abah, It's hard for me to write something about you But Abah for honestly you are the best Abah i had Thank you Abah for everything Abah ....for my deep heart you my Abah Abah, I still remembered that the last day you in hospital and our memories in hospital Mak and other siblings Its hard day to remembered But Abah you still in our memories And we love you Still love you and always our minds Abah, We love you and always love you We're remembered the last words you said for us We keep it in our deep heart We will always remember that Abah, You my Abah and always Love you always for now and forever Abah, Rest in peace in there Hope, we meet again in afterlife In Jannah And that day i just want says, You my abah and always my abah Sayang abah ketat-ketat and wants hung you Love you-šŸ¤-

THE LITTLE DIARY

Sebenarnya tidak tahu apa yang hendak dicoretkan pada entri ini. Dengan kekangan masa sibuk dengan kerja. Namun, hati ini membuak-buak untuk menekan keyboard. Sebenarnya juga banyak perkara yang hendak dikongsi bersama tetapi ada sahaja yang menghalang. "Buat apa dikongsi dengan umum tentang apa yang kita fikirkan dan rasakan, Perkara ini perlu dirahsiakan". Tapi sebahagiannya berkata, " Tidak mengapa? kamu bukannya orang terkenal." Mungkin tidak salah berkongsi pandangan. Zaman sekarang semuanya hanya menggunakan teknologi. Bukannya zaman remaja, hanya meluahkan perasaan di dalam diari. Bahkan ada kunci dan mangga. Sebut tentang diari mungkin sekarang tidak ramai yang menggunakannya lagi. Diari kecil yang disimpan dibawah bantal dan menulis sebelum melelapkan mata. Menulis diari berkisahkan tentang diri, perasaan, pandangan dan peristiwa yang dialami. Perkara yang mungkin ditulis 10 minit yang lepas. Menulis tentang diari lagi. Siapa sangka semasa belajar di un...