Skip to main content

Posts

Showing posts with the label MOTIVATION

MAA QADARULLAH KHAIR

  Setiap pertemuan akan ada titik pengakhiran Namun bukan bermaksud pengakhiran yang tidak bermakna Kenangan yang dicipta membawa kemanisan dalam kehidupan Sama ada memberi dalam bentuk pengajaran, kesilapan dan kekurangan Jangan menyesal akan setiap yang terjadi kerana itu adalah hadiah dari Tuhan untuk mendewasakan diri kita Tiada sedetik apa pun terjadi berlaku dengan sia-sia Teruslah melangkah dan sabar dengan apapun yang berlaku dan  Akhir kata Maa Qadarullah Khair maka bersangka baiklah kita dengan Tuhan.  

MASA DAN WAKTU

  Tahun 2025 akan berlabuh pergi meninggalkan kita dalam seribu kenangan yang akhirnya membentuk versi terbaik diri kita untuk kali ini. Sudah lama rasanya sudah tidak mencurah idea dan rasa dalam bentuk penulisan. Bukan sebab kekangan masa mungkin kerana tiada idea dan hati untuk menzahirkannya disini. RINDU! Ya, rindu dengan masa dan diri yang dulu. Yang hanya memikirkan sibuknya diri dalam menyiapkan tugasan leturer . Ya, rindu dengan senario semasa study. Rindu dengan bau dan rasa nasi lemak dan kopi di cafe library. Rindu dengan suasana dikelilingi buku-buku, akhbar lama, jurnal, majalah dan menu di Akrib Negara. Rindu juga dengan pak cik bas yang serius membawa bas dan ada waktu ketika ramah menyapa diri ini. Rindu diri ini semasa menunggu bas di bangunan Mahkamah Tinggi selepas selesai mencari bahan untuk assigment  dan latihan ilmiah akhir semester. Tapi semua itu… Sudah berlalu meninggalkan diri ini.. Diri yang masih mencari dan membentuk versi diri yang terbaik sepan...

LA TAHZAN! SESUNGGUHNYA ALLAH ITU ADA

  Saat hati sedang di landa ribut taufan yang tak mahu berhenti. Saat diri mahu bertukar menjadi raksasa dan mengamuk dengan semua yang ada. Saat fikiran berserabut seperti benang kait yang bersimpulan tiada tanda penghujung. Saat dunia kelihatan seperti hitam kelam tanpa warna yang menyerikannya. Saat itu datang pelangi yang mencuri masuk dalam pandangan. Saat itu datang matahari seperti segan memancarkan cahaya di kegelapan. Saat itu jugalah datang si burung berkicauan mematikan lamunan bahawa raksasa itu hanya wujud dalam bayangan. Apabila hati bersulamkan suramnya awan gelap di awangan, Allah datangkan cahaya rembulan dari kejauhan untuk bantuan berjalan supaya tidak jatuh terhempas dek kegelapan. Datangnya dalam bentuk tulisan. Yang diilhamkan oleh Tuhan kepada mahluknya yang berlainan. Matahari ; Sesungguhnya Nabi telah bersabda; "Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji s...

KISAH CINTA TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK

  Pernah mendengar kisah tenggelamnya kapal van der wijck? Sebuah ceritera cinta hasil karya Buya Hamka memberi banyak pengajaran yang boleh kita peroleh.   Kisah cinta antara zainuddin dan hayati yang mendapat tentangan keluarga dan adat menyebabkan zainuddin kecewa dan membawa diri merantau ke tempat asing dan memulakan hidup yang baru. Berkat kesabaran dan kekuatan akhirnya zainuddin berjaya menjadi seorang penulis terkenal dan kaya-raya. Namun, desebalik kekayaannya itu hati zainuddin masih lagi kosong dan menjadi seorang perindu. Rindukan seseorang yang bukan lagi miliknya. Dengan kuasa Allah, telah berlaku pertemuan yang tidak disangka oleh zainuddin. Hari dia bertemu hayati yang masih lagi ada sisa perharapan untuk bersama zainuddin. Namun, pertemuan itu bukan diharapkan oleh zainuddin dan menyebabkan hayati kembali semula ke kampung halaman atas percakapan zainuddin yang menyakitkan hati ikutkan egonya sendiri. Hayati membawa diri kekecewaan di atas kapal yang mem...

KEREDHAAN MENCARI REDHA ILAHI

 Dia masih lagi berjalan Dalam kegelapan menuju pencahayaan Hati terdetik rasa tenang Rasa mahu terbang Menggapai bintang Syukur diucapkan pada tuhan Jalan pulang dapat ditemukan Tinggal untuk kekal pada suatu jalan Yang bukan bunga ros menjadi hamparan Malah kadang-kala duri berdiri dipermukaan Masih lagi, putus asa itu tiada dalam fikiran Semoga... Kita semua dalam keredhaan Keredhaan Tuhan yang Maha Menciptakan Semoga.. Jannah menjadi pengakhiran Tunjukkan kami jalan yang lurus (Al Fatihah 1-6) InsyaAllah Hasil nukilan 2012MAY30

6 CARA MUDAH UNTUK KEMBALI BERSEMANGAT

  Dalam kehidupan seharian yang kita tempuhi ini mesti pelbagai perkara yang berlaku dalam diri kita sama ada perkara yang manis like a candy or pahit like a americano.😉 Tapi apa jua yang kita telah hadapi atau mungkin sedang hadapi tempuhilah dengan hati yang tenang dan anggap sahaja kita sedang belajar erti kehidupan yang akan mematangkan diri kita. Sebenarnya untuk entri kali ini saya hendak berkongsi satu tips dari sebuah artikel bagi mengembalikan semangat seseorang yang ditimpa musibah lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang yang ramai daripada kita terjejas sama ada dibuang kerja, sukar untuk berniaga, masalah keluarga atau ditimpa dugaan dengan positif Covid-19.  N ota Haziq  Enam cara mudah untuk menaikkan semula semangat  1. PERCAYA BAHAWA DUNIA INI SEMENTARA. Apa yang berlaku dekat dunia, atas bumi ni semua sementara. Anda sedih, kecewa, patah hati, putus cinta… itu semua sementara. Tak kekal pun. Nanti kita akan okay balik. Ini anda kena semat dalam hat...

MY FIRST FINANCIAL BOOK

  Setiap sesuatu perkara mestilah ada permulaan yang menyebabkan seseorang itu akan terus belajar dan istiqamah dalam sesuatu perkara. Tidak kecuali kepada diri saya. Rata-rata mesti ada pendorong yang menyebabkan seseorang itu minat akan perkara tersebut.  'Rich dad poor dad' adalah buku kewangan pertama saya yang saya beli pada awal tahun ini. Honestly, buku ini bukanlah pada mulanya my favourite list  tapi entah bagaimana saya boleh beli buku ini. Sejujurnya juga ilmu berkaitan financial management agak baru bagi saya. Semuanya bermula pada tahun lepas selepas saya membeli rumah dan banyak duit disalurkan pada house renovation. Cuma last year saya tidak terlalu serius akan ilmu financial management . Buku pertama saya ini saya ceritakan serba sedikit adalah berkaitan dengan seorang ayah yang kaya dan seorang ayah yang  miskin yang memberi nasihat berkaitan dengan pengurusan kewangan dan harta. Kedua-dua ayah ini memberikan pemikiran dan pandangan mereka supa...

POEM: DEAR WOMEN

  Dear women, Life too short to wake up this morning with feels regrets So, love the people who treats you right  And Forget about the ones who don't And believe that Everything happens have a reasons To make you be more better person  To teach you for something about life If its can change you, says 'Alhamdullilah' Because God knows what the best for you  Dear Women Remember what you must do When they undervalue you When they think Your softness is your weakness When they treat your kindness Like it is their advantage You awaken Every dragon Every wolf Every monster That sleeps inside you And you remind them What hell looks alike When it wears the skin Of the gentle human Dear Women out there Every men you meet will fall into one of two categories Either they are 'directions' or will be 'destination' for you Most of them will reveal which one they are And all you need to do is be patient How do you know? The 'directions' will tell you where you are ...

HENDAK BERJAYA! PERLU ADA BEBERAPA OBSESI INI DALAM DIRI

  Setiap daripada kita mesti mahukan kejayaan dalam hidup tidak kiralah berjaya dalam pekerjaan, perniagaan yang dijalankan ataupun dalam kehidupan. Namun, bagaimanakah hendak mencapai kejayaan tersebut? Baru-baru ini saya ada membaca sebuah artikel berkaitan obsesi  yang boleh membuatkan kita berjaya. Sebelum itu, mungkin ada daripada kita yang tidak tahu apakah itu obsesi? Obsesi merujuk kepada sesuatu benda yang kita suka dan melakukannya tanpa paksaan.  Dalam artikel tersebut ianya juga menyatakan terdapat obsesi yang merbahaya tetapi jika lihat pada pandangan yang positif obsesi ini juga boleh mendorong ke arah kejayaan.  1. Obsesi pada masa Apabila kita obses terhadap masa, kita akan menyedari bahawa masa itu sangat penting dalam kehidupan. Setiap daripada kita mempunyai 24 jam sehari dan masa tidak akan berulang lagi. Dengan memahami konsep ini, orang  yang faham akan kepentingan masa akan melakukan perkara yang tidak mensia-siakan masa tersebut. Mereka a...

JADILAH WANITA HIGH-CLASS

  Pernah suatu ketika dahulu sering tertanya-tanya bagaimana menjadi wanita yang high-class dan apakah karakter high-class? Namun, lama-kelamaan ianya hilang begitu sahaja apabila mula sibuk dengan assigment dan terus hilang apabila berada dalam bidang kerjaya.  Tapi beberapa minggu ini terjumpa kembali istilah wanita high-class. Ianya kembali berlegar-legar dalam fikiran dan membuatkan diri ada semangat inkuiri untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Melalui pembacaan menyebabkan terdetik dalam hati, 'Kenapalah dulu aku tidak macam ini'?  Mesti yang baca ini tertanya-tanya apakah ciri-ciri wanita yang dikatakan high-class? Apakah dalam diri ini sudah ada ciri-ciri tersebut? Ok! saya gariskan ciri-ciri wanita tersebut supaya kita boleh semak balik ada tak ciri-ciri tersebut dalam diri kita. Kalau tiada bolehlah kita mengubah dan berada dalam ciri tersebut. InshaAllah 🤲 Ciri 1: Kebiasaanya wanita high-class ini akan berada dalam lingkungan orang-orang yang tidak suka membua...

PETUA ORANG BERJAYA

  Setiap daripada kita mesti hendak berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi sama ada dalam bidang kerjaya, kewangan, keluarga atau pun masyarakat. Tapi bagaimana caranya? Disini saya kongsi beberapa tips daripada buku 55 petua orang berjaya oleh Dato Dr. Fadzilah Kamsah dan Fadzli Yusof. PETUA 1: Tetapkan matlamat yang tinggi, tetapi jangan terlalu idealistik. Tetapkan matlamat jangka panjang, jangka sederhana dan jangka pendek. Kemas kini matlamat ini setiap kali saudara berjaya mencapai salah satu daripadanya. Semakin berjaya, semakin tinggi matlamat yang boleh difikirkan. PETUA 2: Tetapkan tumpuan. Pernahkan kita menonton perlawanan badminton? Pernahkan kita melihat ada orang mendahului lawan, tetapi tidak lama kemudian akhirnya dia tewas. Kenapa? Antara alasan yang popular adalah hilang tumpuan. Hidup kita juga umpama bermain badminton, mesti sentiasa tetapkan tumpuan dan fokus. Sama juga semasa bermesyuarat, belajar, berbual, membaca, menonton dan lain-lain. Jangan buang...

14 REASONS TO LOVE A WOMAN WHO READS

  1. She's intelligent. The more books she reads, the more she knows about the world. Plus, she gives her mind a good workout on a daily basis which helps keep her sharp. Constant reading is also known to improve vocabulary and writing skills. 2. She's curious. She is curious about the world and the people and things in it. Women who read will usually have a collection of books on different topics and are eager to learn new things. 3. She serves as a great trivia partner. As she collects books, she will also collect facts, many of them completely random. A lady full of information is a great trivia partner so make sure to bring her to your favorite bar on their trivia night. 4. She's low-maintenance. She is used to snuggling up in bed with a cup of tea and a good book, so she knows how to just chill out and relax. 5. She's an expert conversationalist.  While many women who read are considered reserved, this doesn’t mean that they don’t have great conversations. Since sh...

MANA SATU PILIHAN HATI?

  Sebelum saya coret entri kali ini nak bagitahu dulu gambar atas tu tiada kaitan dengan entri ini ya. 😁 Mana satu pilihan hati? tajuk entri pun baca agak gempakkan. Sebenarnya nak share kat korang  jika diberi pilihan korang lebih refer buku konvesional or buku digital. yelah! dengan kecanggihan teknologi kini banyak sekarang orang lebih refer buku-buku digital atau juga dikenali sebagai e-book.   Tapi bagi saya, saya lebih refer buku konvesional sebab mungkin sudah terbiasa baca-baca buku yang telah dibukukan. Lagipun bagi saya, buku ni sebenarnya ada nilai sentimen bagi seseorang. Macam saya passion terhadap buku sebenarnya dah lama sejak belajar lagi. So bagi saya buku ini ada aura dan ada sentimen dalam diri seseorang. Saya tak tahulah bagi readers yang lain. Saya boleh ibaratkan buku ini aura dia sama macam bila kita berada dalam library. Kenapa saya samakan dengan berada di library ? Sebab bukan semua orang boleh duduk berjam-jam lama dalam library tau. ...

WARKAH TERAKHIR FARISHA @ FARHANA

“Sasha!!!Sasha!!!!Sashaaaa!!” Jeritan Saiful bergema diseluruh bilik mayat Hospital Pantai Alam.Dia tidak menyangka pertemuan di Putrajaya adalah pertemuan yang terakhir mereka..Air mata Saiful mengalir laju seperti titisan-titisan hujan yang lebat dan jatuh di muka Sasha..Kenangan lalu bermain di fikiran… “Abang,Sasha pergi sekejap sahaja..Bukan lama pun..Sasha hendak mencari indentiti Sasha selama ini..Sasha hendak tahu siapa diri Sasha sebenarnya..Ibubapa Sasha…Adik beradik Sasha..”Sasha memegang tangan Saiful untuk menyakinkannya. “Abang takut kehilangan Sasha..Abang tak sanggup,” “Tak adalah bang…Itu semua kuasa Allah..Jika kita tiada jodoh di dunia..Akhiratkan ada..Nabi adam dan Hawa lagilah..Bertahun-tahun berpisah..Bersama juga akhirnya.Abang janganlah risau..Sasha pergi sekejap aja,”Sasha terus menyakinkan Saiful.. Hati Saiful masih lagi  resah walaupun mendengar kata-kata Sasha…Kenapa dia rasakan pertemuan ini adalah pertemuan terakhir bagi mereka..Saiful merasakan akan k...

BUATMU YANG TERINDAH

Dunia ini bagaikan satu permainan Kadang-kala kita berasa sedih Kadang-kala kita berasa gembira Kadang-kala kita berasa rindu Kadang-kala kita berasa marah Dan kadang-kala kita berasa sakit hati Jika kita berfikir semua  perasaan ini berlaku jika adanya CINTA   Ya, Cinta yang Allah kurniakan kepada manusia  Cinta yang membuatkan manusia terpesona  Cinta yang sering disebut-sebut Manusia suka dengan cinta  Kerna cinta itu indah Cinta juga satu fitrah Cinta membuatkan manusia berkasih-sayang Begitu hebat kuasa cinta Tetapi cinta juga boleh menghancurkan kita  Sebab itulah cinta perlu dikawal Jangan biarkan cinta menguasai diri Kerna ia akan merosakkan kita akhirnya  Kita yang perlu menguasai cinta  Kerna disitu kita akhirnya akan menemui cinta yang sejati Alangkah seronoknya cinta yang dimiliki seperti cinta Rasulullah dengan Khadijah Alangkah seronoknya cinta yang dimiliki seperti cinta Ali kepada Fatimah az-zahra Alangkah seronoknya cint...