“Sasha!!!Sasha!!!!Sashaaaa!!”
Jeritan Saiful bergema diseluruh bilik mayat Hospital Pantai Alam.Dia tidak menyangka pertemuan di Putrajaya adalah pertemuan yang terakhir mereka..Air mata Saiful mengalir laju seperti titisan-titisan hujan yang lebat dan jatuh di muka Sasha..Kenangan lalu bermain di fikiran…
“Abang,Sasha pergi sekejap sahaja..Bukan lama pun..Sasha hendak mencari indentiti Sasha selama ini..Sasha hendak tahu siapa diri Sasha sebenarnya..Ibubapa Sasha…Adik beradik Sasha..”Sasha memegang tangan Saiful untuk menyakinkannya.
“Abang takut kehilangan Sasha..Abang tak sanggup,”
“Tak adalah bang…Itu semua kuasa Allah..Jika kita tiada jodoh di dunia..Akhiratkan ada..Nabi adam dan Hawa lagilah..Bertahun-tahun berpisah..Bersama juga akhirnya.Abang janganlah risau..Sasha pergi sekejap aja,”Sasha terus menyakinkan Saiful..
Hati Saiful masih lagi resah walaupun mendengar kata-kata Sasha…Kenapa dia rasakan pertemuan ini adalah pertemuan terakhir bagi mereka..Saiful merasakan akan kehilangan Sasha selepas ini…Kenapa dengan hati ini?Ya Allah,Apakah maksudMu menyebabkan hambaMu resah ini..Apakah maknanya?Bagilah pertunjukMu…
Hari pengebumian Sasha berjalan dengan lancar walaupun matahari memancarkan cahaya dengan terik sekali..Saiful masih setia berada di kubur Sasha..Dia berasa tidak sanggup berjauhan dengan Sasha lagi..Kadang-kadang hatinya berbisik.. Kenapa bukan aku je yang mati?Kenapa mesti Sasha?Tiba-tiba Ayana muncul …
“Saiful”Tegur Ayana.
Saiful hanya memandang Ayana tanpa berkata apa-apa..Air matanya masih mengalir merintihkan pemergian Sasha..Ayana seorang kawan yang baik bagi Sasha.Disebabkan Ayanalah Saiful berjumpa Sasha di KLCC..Terima kasih Ayana…
“Saiful,setiap manusia pasti akan berjumpa yang Maha Kuasa..Cuma kita tak tahu bila sahaja..Tentu arwah Sasha berasa sedih kalau tengok Saiful macam ini..Berdoalah kepada Allah semoga roh Sasha berada dalam kalangan orang-orang yang solehah,”Ayana meletakkan tangannya dibahu Saiful..
“Ayana…Sasha dah janji tak nak tinggalkan...”
Saiful tidak dapat meneruskan kata-katanya…
“Sudahlah,kita berdoa ye,”Pujuk Ayana.
“Sebenarnya…Sebelum arwah meninggal dia ada berpesan dengan saya..Arwah suruh saya menyerahkan surat ini kepada awak jika ada apa-apa yang berlaku keatasnya..Mungkin arwah tahu yang dia takkan hidup lama,”Ayana menghulurkan sepucuk surat lalu beredar dari situ.
Saiful mengambilnya tanpa berkata apa-apa..Sampul surat berwarna merah jambu dikeluarkan isinya…
Assalamulaikum…
Apa khabar abang?Semoga abang dalam keadaan sihat sejahtera dan berada dalam rahmat yang Maha Berkuasa hendakNya..Sebelum itu Sasha memohon maaf jika selama kita menjalin perhubungan ini Sasha ada menguris hati abang..Sudah menjadi lumrah setiap manusia biasa mesti ada melakukan kesalahan..Sasha juga amat berterima kasih kepada abang yang sentiasa sabar dan memahami kerenah Sasha selama ini…Terima kasih abang..
Abang…Sasha tahu abang berasa susah hati hendak membenarkan Sasha pergi ke Kampung kelahiran Sasha..Abang takut akan kehilangan Sasha….
Abang…Jika suratan takdir Sasha pergi dulu..Sasha redha..Sasha sangat bersyukur apabila bertemu dengan abang..Abanglah seorang lelaki yang paling baik dan penyabar di dunia…Ciri-ciri inilah yang menjadi dambaan bagi stiap wanita..
Abang..Sasha sebenarnya sangat-sangat ingin tahu siapa sebenarnya Sasha ini..Semenjak mama dan papa memberitahu mereka bukan ibubapa kandung Sasha..Sasha sangat sedih..Mulalah pelbagai persoalan bermain di fikiran Sasha…Abang pun tahu,Sasha mempunyai semangat inkuiri yang tinggi..
Abang..setelah Sasha berada di kampong kelahiran Sasha..Sasha berasa sesuatu yang bermain difikiran Sasha??Rumah ibubapa kandung Sasha..Selama hampir seminggu Sasha bertanyakan pendudu-penduduk kampong tentang ibubapa Sasha..Tetapi malangnya hampir semua panduduk kampong yang Sasha tanya tidak tahu siapa Ibubapa kandung Sasha..Sejak peristiwa itu Sasha mula putus harapan,,,
Selama 2 hari Sasha berkurung di bilik hotel menangis seorang diri..Maafkan Sasha kerana tidak memberitahu abang..Sasha tak nak abang susah hati nanti..
Abang…Selama sebulan Sasha berada di Bandar Pekan akhirnya penantian Sasha selama itu berbaloi juga…Tiba-tiba muncul soerang wanita berusia linkungan 50-an datang menemui Sasha..Pada mulanya Sasha tidak mempercayai wanita tersebut..Tetapi setelah dia menunjukkan bukti barulah Sasha mempercayainya..
Tentu abang tertanya-tanya siapa wanita tersebut?Menurut cerita wanita itu..Dia merupakan kawan kepada ibu kandung Sasha..Dia gelarkan dirinya makcik Sarimah.Dia juga memohon maaf bagi pihak penduduk kampong kerana tidak menghiraukan Sasha semasa di kampong..Penduduk –penduduk kampong sebenarnya tidak suka kepada ibu kandung Sasha kerana dia merupakan sorang penari di kelab malam..Orang gelarkan mak Sasha perempuan murahan..Pada mulanya Sasha tidak dapat menerima hakikat yang mak Sasha sebegitu..Tetapi makcik Sarimah menegaskan bahawa mak Sasha seorang yang baik walaupun bekerja sebagai seorang penari..
Abang..Mak Sasha meningga dunia sejurus selepas Sasha dilahirkanMakcik Sarimahlah yang menjaga Sasha..Tetapi disebabkan kesempitan wang Sasha diserahkan kepada mama dan papa..Ayah kandung Sasha tidak tahu siapa orangnya..Sasha anak luar nikah bang..Sasha bukan dari keturunan yang halal..
Abang..Bukan niat Sasha merahsiakan penyakit Sasha ni..Sasha tidak sanggup memberitahu abang yang Sasha menghidap HIV positif..Sasha redha mendapat penyskit ini jika Allah menghapuskan dosa Sasha..Maafkan Sasha bang…
Abang…Kejadian ini adalah ketentuan Allah..Abang jangan menyalahkanNya jika Sasha pergi menemuiNya..Mungkin Allah lebih menyanyangi Sasha..
Abang..Sasha sentiasa doakan yang abang akan menemui jodoh yang lebih baik daripada Sasha..Dari keturunan yang halal bukan seperti Sasha..Sasha bukanlah Nur Farisha binti Abdullah tetapi Sasha ialah Nur Farhana binti Abdullah..
Saiful mengesat air matanya lalu melipat kembali surat berwarna merah jambu..Tanah di kubur Sasha diusap-usapnya…Abang takkan lupakan sayang..Sashalah kekasih awal dan akhir abang..Abang cintakan Sasha…
Comments