Skip to main content

Posts

Showing posts with the label KNOWLEDGE

LA TAHZAN! SESUNGGUHNYA ALLAH ITU ADA

  Saat hati sedang di landa ribut taufan yang tak mahu berhenti. Saat diri mahu bertukar menjadi raksasa dan mengamuk dengan semua yang ada. Saat fikiran berserabut seperti benang kait yang bersimpulan tiada tanda penghujung. Saat dunia kelihatan seperti hitam kelam tanpa warna yang menyerikannya. Saat itu datang pelangi yang mencuri masuk dalam pandangan. Saat itu datang matahari seperti segan memancarkan cahaya di kegelapan. Saat itu jugalah datang si burung berkicauan mematikan lamunan bahawa raksasa itu hanya wujud dalam bayangan. Apabila hati bersulamkan suramnya awan gelap di awangan, Allah datangkan cahaya rembulan dari kejauhan untuk bantuan berjalan supaya tidak jatuh terhempas dek kegelapan. Datangnya dalam bentuk tulisan. Yang diilhamkan oleh Tuhan kepada mahluknya yang berlainan. Matahari ; Sesungguhnya Nabi telah bersabda; "Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji s...

KISAH CINTA TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK

  Pernah mendengar kisah tenggelamnya kapal van der wijck? Sebuah ceritera cinta hasil karya Buya Hamka memberi banyak pengajaran yang boleh kita peroleh.   Kisah cinta antara zainuddin dan hayati yang mendapat tentangan keluarga dan adat menyebabkan zainuddin kecewa dan membawa diri merantau ke tempat asing dan memulakan hidup yang baru. Berkat kesabaran dan kekuatan akhirnya zainuddin berjaya menjadi seorang penulis terkenal dan kaya-raya. Namun, desebalik kekayaannya itu hati zainuddin masih lagi kosong dan menjadi seorang perindu. Rindukan seseorang yang bukan lagi miliknya. Dengan kuasa Allah, telah berlaku pertemuan yang tidak disangka oleh zainuddin. Hari dia bertemu hayati yang masih lagi ada sisa perharapan untuk bersama zainuddin. Namun, pertemuan itu bukan diharapkan oleh zainuddin dan menyebabkan hayati kembali semula ke kampung halaman atas percakapan zainuddin yang menyakitkan hati ikutkan egonya sendiri. Hayati membawa diri kekecewaan di atas kapal yang mem...

6 CARA MUDAH UNTUK KEMBALI BERSEMANGAT

  Dalam kehidupan seharian yang kita tempuhi ini mesti pelbagai perkara yang berlaku dalam diri kita sama ada perkara yang manis like a candy or pahit like a americano.😉 Tapi apa jua yang kita telah hadapi atau mungkin sedang hadapi tempuhilah dengan hati yang tenang dan anggap sahaja kita sedang belajar erti kehidupan yang akan mematangkan diri kita. Sebenarnya untuk entri kali ini saya hendak berkongsi satu tips dari sebuah artikel bagi mengembalikan semangat seseorang yang ditimpa musibah lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang yang ramai daripada kita terjejas sama ada dibuang kerja, sukar untuk berniaga, masalah keluarga atau ditimpa dugaan dengan positif Covid-19.  N ota Haziq  Enam cara mudah untuk menaikkan semula semangat  1. PERCAYA BAHAWA DUNIA INI SEMENTARA. Apa yang berlaku dekat dunia, atas bumi ni semua sementara. Anda sedih, kecewa, patah hati, putus cinta… itu semua sementara. Tak kekal pun. Nanti kita akan okay balik. Ini anda kena semat dalam hat...

MY FIRST FINANCIAL BOOK

  Setiap sesuatu perkara mestilah ada permulaan yang menyebabkan seseorang itu akan terus belajar dan istiqamah dalam sesuatu perkara. Tidak kecuali kepada diri saya. Rata-rata mesti ada pendorong yang menyebabkan seseorang itu minat akan perkara tersebut.  'Rich dad poor dad' adalah buku kewangan pertama saya yang saya beli pada awal tahun ini. Honestly, buku ini bukanlah pada mulanya my favourite list  tapi entah bagaimana saya boleh beli buku ini. Sejujurnya juga ilmu berkaitan financial management agak baru bagi saya. Semuanya bermula pada tahun lepas selepas saya membeli rumah dan banyak duit disalurkan pada house renovation. Cuma last year saya tidak terlalu serius akan ilmu financial management . Buku pertama saya ini saya ceritakan serba sedikit adalah berkaitan dengan seorang ayah yang kaya dan seorang ayah yang  miskin yang memberi nasihat berkaitan dengan pengurusan kewangan dan harta. Kedua-dua ayah ini memberikan pemikiran dan pandangan mereka supa...

KAEDAH PELABURAN DI MALAYSIA

  Kaedah Melabur Ke Pasaran Saham di Malaysia Akhir-akhir ini, pelaburan saham makin popular di kalangan orang muda. Saya pernah dengar satu laporan mengatakan, majoriti yang buka akaun CDS ialah daripada orang yang berusia bawah 30 tahun. Ia adalah satu perkembangan yang bagus sebab dulu-dulu pelaburan saham dikatakan pelaburan yang komplikasi.  Mungkin ia disebabkan arus teknologi hari ini, semua di hujung jari. Pelaburan saham semakin mudah. Tapi untung belum tentu ya. Melabur tak semestinya untung. Nak untung kena ada ilmu. Ada beberapa kaedah untuk melabur ke pasaran saham di Malaysia. KAEDAH PERTAMA ialah dengan cara melabur sendiri. Buka akaun CDS sendiri, keluar modal sendiri, trade sendiri.  Kemudian buat untung sendiri, kalau rugi pun, rugi sendiri. Yang ini kena ada disiplin dan strategi. Ada yang jenis intraday. Ada yang jenis teknikal. Ada yang fokus fundamental. Ada yang suka blue chip. Ada yang suka penny stock. Ada macam-macam. Semua bergantung kepada diri...

BE DIFFERENT THAN OTHERS

  Jangan Ikut Majoriti Membuta Tuli Prinsip saya mudah, dalam hal kewangan; jangan mudah-mudah buat apa yg majoriti buat. Statistik menunjukkan majoriti rakyat Malaysia gagal dalam perancangan kewangan. ✖️ 4 daripada 5 rakyat Malaysia gagal membuat simpanan, hatta untuk menyediakan RM1,000 jika kecemasan pun susah. (Laporan BNM 2015) ✖️ Walaupun kadar penembusan insurans dan takaful sudah mencecah 50% tapi jika dikira pembelian berulang, hanya 30% rakyat Malaysia dewasa yang memilikinya. (Astro Awani, 31 Oktober 2017) ✖️Kes muflis / bankrupsi paling tinggi adalah disebabkan hutang kereta (Jabatan Insolvensi Malaysia 2015-2017) ✖️ Sudahlah tak ramai yang memiliki polisi insurans dan takaful, 90% pelanggan pula tidak cukup coverage. (Berita Harian 12 Mac 2016 oleh Life Insurance Associate Malaysia atau LIAM) ✖️60% pesara menghabiskan wang KWSP dalam masa 3 tahun sahaja selepas bersara. (Statistik KWSP 2010) ✖️Hanya 6% rakyat Malaysia yang memiliki simpanan kecemasan 6 bulan gaji seki...

MEMORI LIKU-LIKU KEHIDUPAN DI ALAM KAMPUS

  Apabila membaca kembali luahan kenangan semasa belajar membuatkan kita teringin hendak kembali pada zaman tersebut. Banyak memori indah yang mungkin kita tidak akan lupakan. Sama ada bersama rakan-rakan, pensyarah ataupun orang-orang yang pernah hadir dalam hidup kita. Tapi yang pasti walaupun masing-masing sudah sibuk dengan kerjaya dan keluarga. Namun, dengan adanya media-media sosial yang ada bolehlah kita  contact lagi antara satu sama lain. Doa saya semoga mereka bahagia dan mencapai cita-cita yang mereka impikan. Sebenarnya coretan kali ini bukan hendak meluahkan balik apa yang terbuku dalam hati. Tapi sebenarnya hendak kongsi satu entri yang saya tulis masa first year study di universiti. Biasalah kan mula-mula masuk U mestilah banyak perkara baru yang berlaku. ☺ Kehidupan di sekolah jauh berbeza dengan kehidupan di kampus. Pelbagai dugaan dan cabaran yang harus di tempuhi sepanjang bergelar mahasiswa/siswi di universiti. Tidak kiralah di IPTA atau di IPTS. Banyak ...

SEJARAH ARAB SAUDI

  Negara Saudi kini terbentuk melalui tiga peringkat iaitu Kerajaan Saudi Pertama, Kerajaan Saudi Kedua dan terakhir Kerajaan Saudi Ketiga ataupun dikenali sebagai Arab Saudi Moden. Kerajaan Saudi Pertama berlaku pada zaman kegemilangan Amir Muhammad Ibn Saud yang telah dibantu oleh Ibn Abdul Wahhab. Amir Muhammad merupakan seorang pemerintah Ibu Kota Dir'iyah. Apabila beliau memberikan perlindungan kepada Abdul Wahhab. Abdul Wahhab telah menjanjikan bahawa Amir Muhammad akan memperoleh satu jajahan kerajaan yang besar sekiranya beliau membantu dalam menyebarkan ajaran tauhid ini dan hal ini terbukti dengan wujudnya Negara Saudi kini. Usaha Amir Muhammad telah diteruskan oleh anaknyanya iaitu Abdul Aziz.  Pada zaman Abdul Aziz pula, beliau telah menjalankan aktiviti ketenteraan, pentadbiran dan dakwah. Abdul Wahhab masih lagi menjadi penasihat kepada Abdul Aziz sehingga kewafatannya pada tahun 1792. Sejak kewafatan Abdul Wahhab mulalah masalah kepada Abdul Aziz kerana menerima...

MUSTAFA KAMAL ATATURK

  Hai guys! Hari ini saya nak share info berkenaan seorang tokoh yang popular dan terkenal. Siapa yang tak kenal Mustafa Kamal Ataturk. Kalau bagi kita, beliau ialah seorang pengkhianat agama Islam. Tapi bukan di Turki ye. Mustafa ini dianggap perwira bagi rakyat Turki. So jika ke Turki jangan sesekali cakap buruk pasal Mustafa Kamal ni. Saya pun tahu daripada tourist guide semasa di sanalah. Dia cakap orang Turki masih lagi menyanjungi Mustafa ini. Tapi itu cerita 5 tahun lepas. So, sekarang mungkin sudah kurang kot. Sebab jika lihat sekarang populariti Edrogan lebih menonjol. Maybela kot! Sebenarnya terasa hendak buat entri mengenai Mustafa ni sebab tengok dan baca balik blog lama. Masa baca tu terjumpa pula info mengenal beliau. So, mesti terfikir yang korang mesti nak tahukan siapa Mustafa Kamal Ataturk ni?  Mustafa kamal merupakan pengasas negara Turki  Moden dan ini sesuai dengan gelaran Ataturk iaitu bapa moden turki. Beliau juga digelar al-ghazi iaitu orang yang...

SULTAN HAMID II: KHALIFAH TERAKHIR KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH

  Wafatnya sultan abdul Hamid ll. Khalifah terakhir empayar turki uthmaniah  pada 10 feb 1918

SAMARITAN: PECAHAN YAHUDI YANG MENUNGGU “NABI MUHAMMAD”

  Samaritan adalah nama sebuah agama kuno yang diamalkan oleh masyarakat Samaria. Mereka telah memisahkan agama tersebut dari agama Yahudi sekitar 2,000 tahun yang lalu.   Komuniti agama ini masih lagi wujud hingga sekarang. ‘Samaritan’ berasal daripada perkataan Ibrani, ‘Samerim’ yang bermaksud penjaga. Manakala ‘Samaritan’ pula adalah agama yang menjaga undang-undang Taurat. Ia juga dikenali sebagai agama Abrahamik yang berkait rapat dengan agama Yahudi. Mereka mendakwa agama mereka adalah ajaran Nabi Musa yang asli berbanding Yahudi. Sejarah agama Samaritan agak panjang kerana mereka juga merupakan keturunan Ibrani dan agama mereka telah wujud sekian lama di Timur Tengah. Penganut Samaritan hidup di daerah tebing barat Palestin atau pergunungan Gerizim. Gunung Gerizim merupakan kiblat bagi penganut Samaritan.  Daerah itu merupakan tanah suci bagi masyarakat Samaritan kerana rumah ibadah mereka pernah didirikan di situ. Mereka percaya bahawa di Gunung Gerizim inilah lok...

TOKOH-TOKOH ISLAM YANG SUKA MEMBACA

1.Ibn Rushd Beliau terkenal dengan seorang yang selalu membaca buku setiap saat. Tidak pernah beliau meninggalkan buku selama hidupnya kecuali dua malam sahaja, iaitu malam beliau bernikah dan malam ayahnya meninggal dunia. 2.Imam Ahmad bin Yahya   Selalu membawa buku ke mana beliau pergi. Setiap kali dijemput ke walimatul urus, beliau mensyaratkan agar tuan rumah menyiapkan tempat khas untuk meletakkan buku dan membaca. 3.Al Farabi Seorang ulama telah mengamanahkan beliau untuk menjaga buku-buku ulama tersebut selama  sepuluh tahun. Namun begitu, selepas sepuluh tahun berlalu ulama tersebut tidak pulang kembali ke bumi Farab. Al-Farabi telah menghabiskan masanya untuk membaca buku-buku yang diamanahkan. Ada di antara karya-karya yang terdapat dalam simpan tersebut dibaca berpuluh-puluh kali. Setiap kali beliau mengulang membaca sesebuah buku, beliau akan menemui pengetahuan, makrifat dan  hakikat baru tentang ilmu yang dibaca. 5. Ibn Sina Pernah suatu ketika, Ibn Sina me...

AMANAT SYEIKH AHMAD YASIN (MY OLD POST)

           Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Sabda Rasulullah SAW “Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh, mereka ini menolak Islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang Islam. Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin.” Syeikh Ahmad Yasin  yang begitu kecewa dan sedih dengan bangsa Arab telah berkata: “Tidakkah kamu semua lihat, wahai bangsa Arab sudah sampai ke tahap mana keadaan ini? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini). Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderi...