Pernah mendengar kisah tenggelamnya kapal van der wijck? Sebuah ceritera cinta hasil karya Buya Hamka memberi banyak pengajaran yang boleh kita peroleh.
Kisah cinta antara zainuddin dan hayati yang mendapat tentangan keluarga dan adat menyebabkan zainuddin kecewa dan membawa diri merantau ke tempat asing dan memulakan hidup yang baru. Berkat kesabaran dan kekuatan akhirnya zainuddin berjaya menjadi seorang penulis terkenal dan kaya-raya. Namun, desebalik kekayaannya itu hati zainuddin masih lagi kosong dan menjadi seorang perindu. Rindukan seseorang yang bukan lagi miliknya. Dengan kuasa Allah, telah berlaku pertemuan yang tidak disangka oleh zainuddin. Hari dia bertemu hayati yang masih lagi ada sisa perharapan untuk bersama zainuddin. Namun, pertemuan itu bukan diharapkan oleh zainuddin dan menyebabkan hayati kembali semula ke kampung halaman atas percakapan zainuddin yang menyakitkan hati ikutkan egonya sendiri. Hayati membawa diri kekecewaan di atas kapal yang membawa nasib malang kepadanya. Kapal yang dia naiki telah tenggelam. Perkhabaran kecelakaan hayati menyebabkan zainuddin menjadi tidak tentu arah. Timbul penyesalan perbuatannya ke atas hayati. Namun, nasi sudah menjadi bubur. Hayati pergi membawa kekecewaan bersamanya. Hatta menyebabkan zainuddin sedih menangis teresak-esak atas pemergian hayati bertemu Ilahi. Tinggallah zainuddin bersama cinta ketidaksampaian atas egonya sendiri.
Kisah antara zainuddin dan hayati sama seperti mana Kisah cinta yang lain. Kisah Laila dan makjun. Kisah Romeo and Juliet. Dimana mendapat tentangan oleh orang sekeliling disebabkan perbezaan. Namun disini terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita ambil sebagai ikhtibar tentang kisah zainuddin dan hayati.
Pertama, cinta itu kekuatan untuk terus bangkit dari kekecewaan dan menjadi seorang yang berjaya dalam hidup. Dilihat kekecewaan zainuddin apabila mendengar perkhabaran tentang pernikahan hayati bersama pemuda pilihan keluarga. Berbulan-bulan zainuddin menanggung kesedihan dan akhirnya dengan kesedihan tersebut menyebabkan zainuddin menulis kisah -kisah cinta antara dia dan hayati.. Hasil karya tersebut telah mendapat sambutan luar biasa sehingga zainuddin menjadi seorang hartawan.
Kedua, cinta itu tidak semestinya akan dimiliki. Sedalam mana cinta antara zainuddin dan hayati akhirnya jodoh mereka tidak ditulis untuk bersama. Sama ada dijodohkan dengan orang lain atau dijemput oleh Ilahi. Oleh itu, percayalah jodoh, ajal dan rezeki telah ditulis oleh Tuhan. Tidak perlu terlalu memikirkan perkara tersebut.
Ketiga, utamakan Tuhan dahulu jangan mengharapkan harapan daripada manusia sebab manusia akan menyebabkan kita kecewa. Jangan juga terlalu bergantung pada manusia. Gembiralah dengan orang yang ada sekarang tanpa memikirkan perkara tidak pasti. Kalau ada jodoh tidak kemana.
Keempat, hidup ini hanya sekali buatlah perkara yang membahagiakan diri kita. Jangan sia-siakan masa muda dengan perkara yang tidak pasti.
Kelima, gembirakan keluarga dan orang sekeliling. Mereka yang akan ada masa kita susah nanti.
Keenam, percayalah kita akan bersama dengan orang yang tepat cuma bezanya cepat atau lambat. Tuhan itu Adil. Jodoh itu cerminan kita. Jika mahu someone yang baik jadilah seorang yang baik.
Ketujuh, jangan jadikan ego kita menguasai diri kita. Fikir dahulu sebelum bertindak. Jangan seperti zainuddin yang meletakkan egonya melebihi akal dan cintanya. Kadang-kala kita perlu lupakan kesalahan orang lain untuk mendapatkan bahagia. Jangan kita kecewa tiada penghujungnya seperti zainuddin.
Comments