Skip to main content

Posts

Showing posts with the label RELIGION

LA TAHZAN! SESUNGGUHNYA ALLAH ITU ADA

  Saat hati sedang di landa ribut taufan yang tak mahu berhenti. Saat diri mahu bertukar menjadi raksasa dan mengamuk dengan semua yang ada. Saat fikiran berserabut seperti benang kait yang bersimpulan tiada tanda penghujung. Saat dunia kelihatan seperti hitam kelam tanpa warna yang menyerikannya. Saat itu datang pelangi yang mencuri masuk dalam pandangan. Saat itu datang matahari seperti segan memancarkan cahaya di kegelapan. Saat itu jugalah datang si burung berkicauan mematikan lamunan bahawa raksasa itu hanya wujud dalam bayangan. Apabila hati bersulamkan suramnya awan gelap di awangan, Allah datangkan cahaya rembulan dari kejauhan untuk bantuan berjalan supaya tidak jatuh terhempas dek kegelapan. Datangnya dalam bentuk tulisan. Yang diilhamkan oleh Tuhan kepada mahluknya yang berlainan. Matahari ; Sesungguhnya Nabi telah bersabda; "Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji s...

KEREDHAAN MENCARI REDHA ILAHI

 Dia masih lagi berjalan Dalam kegelapan menuju pencahayaan Hati terdetik rasa tenang Rasa mahu terbang Menggapai bintang Syukur diucapkan pada tuhan Jalan pulang dapat ditemukan Tinggal untuk kekal pada suatu jalan Yang bukan bunga ros menjadi hamparan Malah kadang-kala duri berdiri dipermukaan Masih lagi, putus asa itu tiada dalam fikiran Semoga... Kita semua dalam keredhaan Keredhaan Tuhan yang Maha Menciptakan Semoga.. Jannah menjadi pengakhiran Tunjukkan kami jalan yang lurus (Al Fatihah 1-6) InsyaAllah Hasil nukilan 2012MAY30

REMINDER FOR WOMEN

  Diriwayatkan didalam wasiat Lukman Al-hakim kepada anaknya: "Janganlah kamu menjadikan ayam yg berkokok itu lebih bijak daripada kamu, ayam itu dia berkokok pada waktu sahur sedangkan kamu dalam tidur."  Dan tidaklah perkataan yang lebih indah daripada kata: (syair)  Telah berbunyi (burung merpati) pada kegelapan malam burung merpati, Di atas ranting-ranting pokok dipertengahan malam sedangkan aku dalam tidur.  Sesungguhnya aku ini telah berdusta Demi Tuhan! Pemilik baitullah kalaulah aku ini benar-benar dalam kerinduan. Nescaya tidak mendahului aku dengan tangisannya burung merpati.  Aku telah mendakwa sesungguhnya aku ini Ya Allah tidak ada arah tuju yang memiliki rasa rindu kepada Tuhanku sedangkan aku tidak menangis seperti mana tangisannya haiwan.  (Syair seorang hamba pada dirinya sendiri)  Nota kecik: Air mata yang menangis kerana ketakutan adalah bukti cinta hamba pada Allah.  Siapa yang tidak bangun malam dia telah berdusta pada dirinya...

PERKONGSIAN DOA BY THE HELMIS

  1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus 2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami. 3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw). 4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus. 5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam. 6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu. 7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku. 8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi ...

MENGHAYATI ERTI SEBUAH PENGORBANAN

  Ada beberapa hari lagi kita sebagai umat Islam akan meraikan hari raya IdulAdha. Saya yakin mesti ramai daripada kita yang tidak menyedari akan kehadiran perayaan ini. Masakan tidak, raya IdulFitri yang kita raikan beberapa bulan lepas pun tidak semeriah dulu. Walaubagaimanapun, kita perlu pasrah akan perubahan yang berlaku dengan meraikannya dalam keadaan norma baharu sejak pendemik covid-19 melanda seluruh dunia. Banyak perubahan yang boleh kita lihat antaranya sudah tiada lagi amalan ziarah-menziarahi dan rumah terbuka. Hanya mengeratkan silaturahim melalui video sahaja atau mengirimkan mesej di laman-laman sosial. Jika dilihat sekarang ini, penggunaan teknologi sudah semakin meluas digunakan dan amalan tradisional sudah semakin dilupakan oleh generasi kini. Tetapi, menyedari hakikat ini, kita tidak boleh menyalahkan teknologi pula, Senario sekarang yang mengikut peredaran masa menyebabkan amalan tradisional semakin terhapus. Itulah realiti yang perlu diterima yang mana akan s...

DOA UNTUK SEMUA HAMBA ALLAH SWT YANG CINTA SADAQAH BY THE HELMIS

  🍃🍂🤲🏻 *Niat / Doa Untuk semua Hamba Allah yg cinta Sadaqah*  🤲🏻🍂🍃 *‎ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ* Baca al fatihah 1x   *لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم* 📿 *Laa Haw La Wa Laa Quwwata illa  Billa Hil  A’Li Yil A’zim* 7x Khusyuk Niat dalam hati dan panjatkan setiap hajat niat yg terlintas dalam hati.  🤲 Niat / Doa Ya Allah  Berikanlah ridha dan rahmat Mu  bagi semua,  Ahli Sadaqah serta semua team yg menjayakan setiap program amal di bulan Rabiul Awwal  dan di bulan2 sebelum dan bulan2 yg berikutnya, begitu juga termasuk ahli keluarga kami dan mereka baik, yg masih hidup dan yg sudah tiada  🤲Niat / Doa Ya Allah    Anugrahkanlah  kami kesihatan yg barokah  utk  bekerja dan  beramal dengan niat mendapatkan ridha Mu. 🤲Niat / Doa Ya Allah   Bagi keluarga kami yg sudah tiada ,  masukkanlah mereka ke  dalam golongan hamba Mu yg beriman.  🤲Ni...

KERANA TERLALU TAKSUB AKAN SESUATU DAN MUNGKIN KITA LUPA

  Mungkin kita lupa pesanan terakhir Rasulullah SAW KHUTBAH TERAKHIR RASULLULLAH S.A.W KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ‘ARAFAH  Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.   Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah di...

KECANTIKAN BIDADARI SYURGA

  I bnu Al-Qayyim menawan hati para pendengar dengan ucapannya ketika dia menggambarkan bidadari di dalam syurga sebagai berikut, "Jika engkau bertanya tentang para bidadari, maka ketahuilah bahawa mereka adalah gadis-gadis remaja yang sebaya. Di dalam diri mereka mengalir ghairah dara muda. Pipi mereka seindah mawar dan buah epal. Tubuh mereka padat bagaikan buah delima. Tutur kata yang keluar dari mulut mereka bagaikan batu-batu permata yang teruntai. Kelembutan dan gemalainya sangat mempersonakan. Kalau tersenyum, giginya bersinar bagai sinar petir. Ketika bertemu kekasihnya, maka keduanya bagai matahari dan bulan. Jika berbicara dengan kekasihnya, maka bagaimanakah bayanganmu ketika dua kekasih saling berbicara. Ketika memeluk kekasihnya, maka dapat kamu bayangkan ketika dua dahan sedang berpelukan. Keindahan badannya dapat dilihat dari pipinya, seperti keindahan cermin dapat dilihat kemilaunya. Betisnya sangat mempersonakan, dagingnya dapat terluhat kerana tidak terhalangi ol...

KETUA BIDADARI SYURGA

  Allah S.W.T. berfirman: "Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah. (Al-Imran:15) "Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya." (Ad-Dukhan:54) Mengenai keistimewaan wanita syurga dibandingkan kalangan bidadari, Rasulullah S.A.W. melalui hadis Baginda S.A.W, menyebutkan dari Ummu Salamah r.ha, ia berkata: “Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda Nabi S.A.W menjawab: "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Kem...

ASMA UL HUSNA

  1. AR RAHMAAN = MAHA PENGASIH  Jika kita membaca Yaa Rahmaan sebanyak seratus kali, yaitu setiap usai mengerjakan shalat fardu. Dengan seizin Allah kita akan memiliki ingatan yang kuat, pengetahuan yang cemerlang, dan terhindar dari hati yang keras. Wallaahu’alam.  2.  AR RAHIIM = MAHA PENYAYANG   Barangsiapa membaca Yaa Rahiim seratus kali seusai shalat subuh, dengan seizin Allah, setiap orang akan bersahabat dan baik kepadanya. Dan bila dibaca tujuh kali maka ia akan berada dalam naungan Allah. Kemudian bila setiap usai shalat fardu dibaca seratus kali maka Allah akan mengasihinya. Wallaahu’alam.  3. AL MAALIK = MAHA RAJA  Perbanyaklah membaca Yaa Maalik. Dengan seizin Allah, kita akan diberi kekuatan, kekuasaan, kebesaran, serta kepemilikan atas segala sesuatu. Orang-orang akan memberlakukan kita dengan baik dan penuh hormat. Wallaahu’alam.  4. AL QUDDUUS = MAHA SUCI  Bila Yaa Qudduus dibaca seratus kali setiap hari, dengan seizin Allah,...