Skip to main content

REMINDER FOR WOMEN

 


Diriwayatkan didalam wasiat Lukman Al-hakim kepada anaknya:

"Janganlah kamu menjadikan ayam yg berkokok itu lebih bijak daripada kamu, ayam itu dia berkokok pada waktu sahur sedangkan kamu dalam tidur." 


Dan tidaklah perkataan yang lebih indah daripada kata: (syair) 

Telah berbunyi (burung merpati) pada kegelapan malam burung merpati,

Di atas ranting-ranting pokok dipertengahan malam sedangkan aku dalam tidur. 

Sesungguhnya aku ini telah berdusta Demi Tuhan! Pemilik baitullah kalaulah aku ini benar-benar dalam kerinduan.

Nescaya tidak mendahului aku dengan tangisannya burung merpati. 

Aku telah mendakwa sesungguhnya aku ini Ya Allah tidak ada arah tuju yang memiliki rasa rindu kepada Tuhanku sedangkan aku tidak menangis seperti mana tangisannya haiwan. 


(Syair seorang hamba pada dirinya sendiri) 


Nota kecik: Air mata yang menangis kerana ketakutan adalah bukti cinta hamba pada Allah. 


Siapa yang tidak bangun malam dia telah berdusta pada dirinya dengan berkata rindu pada Allah. 


Kehidupan akhirat bukanlah kehidupan ikhtiar. 


Tangisan kerana takutkan Allah

Adalah tangisan yang tidak akan dihisab.


Jangan sekali-kali (ghibah) bercerita tentang orang.


ghibah mengakibatkan kita muflis. 


Di akhirat nanti semua orang akan datang meminta hak masing-masing.


Tinggalkan perkara yang sia-sia, perkara sia-sia membawa diri kita kepada dosa. 


Orang yg beriman pada hari akhirat dia akan menjaga lidahnya, jari-jarinya, hatinya, tangannya dari perkara yg membawa kepada dosa. 


Akhir zaman terlalu banyak fitnah, semua orang merasa dirinya benar. 


Bangun malam berdoa pada Allah minta pertolongan pada Allah, lindungi kita jauhkan kita dari fitnah, dari kerosakan. 


Dunia harini semakin rosak maka kita tengoklah amalan kita pada malam hari, itulah kita kena sedih dengan amalan kita.


Harini solat dijarakkan disitulah terputusnya Rahmat Allah. 


Jangan jauh dari majlis ilmu, jangan tinggal agama. 

Apa shja berlaku, sedih macam mana pun, gigit agama sungguh-sungguh.

Genggam  agama ibarat genggam bara api. Gigit agama itu guna gigi geraham.


Rohani kita lemah, berusaha lah supaya hidupkan suasana agama dlm hidup. 


Bagamana kita ingin lalui fitnah akhir zaman jika rohani kita lemah. 


Setiap daripada kamu adalah pengembala/khalifah dan setiap dari kamu akan disoal gembalanya.


.….…


šŸŒøSetiap wanita usahakan bangun malam, sekurang-kurangnya 2rakaat.


šŸŒøDiakhirat nanti kamu akan dibangkitkan dengan siapa yang kamu ikuti


šŸŒøJauhi diri kita dari sebarang bentuk fitnah, sibuk kan diri kita dengan agama


šŸŒøSayyidah sumayyah menangis ketika disiksa bukan kerana sakit tapi kerana risaukan iman anaknya ammar b. Yassir 

Takut anaknya kufur pada Allah swt. 

Rasulullah bagitahu : "Sabarlah wahai keluarga yassir. Allah swt janjikan syurga buat kalian."


šŸŒøAgama mahal, kena korban sedikit untuk agama, supaya kita dapat nikmati agama sungguh-sungguh.

Comments

Popular posts from this blog

MA QADARALLAH KHAIR

Ma qadarallah khair kan? Tuhan tu bukan sengaja temukan kita dengan orang begitu dan begini. Dan, Tiada frasa kebetulan melainkan semuanya takdir dariNya. Aku banyak belajar dalam diam. Meneladani tiap insan datang dan pergi. Sejujurnya, semua membawa makna. Yang setia akan sentiasa dalam doanya, Yang misteri akan hilang entah ke mana. Setiap yang datang dan pergi itu, Ada perkara yang diajarkan Tuhan. Selamat belajar dengan penuh sabar! Jika Tuhan menghendaki sesuatu maka Kun fa ya kun! CC. http://se7gee.blogspot.my/

TOKOH-TOKOH ISLAM YANG SUKA MEMBACA

1.Ibn Rushd Beliau terkenal dengan seorang yang selalu membaca buku setiap saat. Tidak pernah beliau meninggalkan buku selama hidupnya kecuali dua malam sahaja, iaitu malam beliau bernikah dan malam ayahnya meninggal dunia. 2.Imam Ahmad bin Yahya   Selalu membawa buku ke mana beliau pergi. Setiap kali dijemput ke walimatul urus, beliau mensyaratkan agar tuan rumah menyiapkan tempat khas untuk meletakkan buku dan membaca. 3.Al Farabi Seorang ulama telah mengamanahkan beliau untuk menjaga buku-buku ulama tersebut selama  sepuluh tahun. Namun begitu, selepas sepuluh tahun berlalu ulama tersebut tidak pulang kembali ke bumi Farab. Al-Farabi telah menghabiskan masanya untuk membaca buku-buku yang diamanahkan. Ada di antara karya-karya yang terdapat dalam simpan tersebut dibaca berpuluh-puluh kali. Setiap kali beliau mengulang membaca sesebuah buku, beliau akan menemui pengetahuan, makrifat dan  hakikat baru tentang ilmu yang dibaca. 5. Ibn Sina Pernah suatu ketika, Ibn Sina membaca karya Me

I’M BACK

                                                            I’m back!! Honestly, tidak tahu hendak tulis tajuk apa pada post kali ni. Setiap kali memulakan ayat mesti akan padam lepas tu. But and then, tulis balik. Lepas tu padam. Tulis balik and so on. Ok firstly, hope you guys abaikan tulis bercampur- aduk dengan bahasa inggeris. If have some student are read this entry. I’m apologise and don’t ever try do same like this on your essay. Ok!šŸ˜‰ In fact, tiada idea pun nak tulis entri kali ini tapi disebabkan blog rasa macam dah lama tak tengok lepas tu rasa dah bersarang lebah. Lebih-lebih lagi perasaan membuak- buak  nak tulis something but macam kata tadi. I don’t have any idea right now. šŸ˜… Cakap pasal blog. Maybe some of you tak tahu yang sebenarnya saya ada dua blog. My ‘old blog’ and this blog. Actually for my first blog I was created I think same year or second year during I was studied. Tak ingatlah! But masa tu ramai yang ada blog and became a blogger. Waktu tu juga member ada

SENDA GURAU DUNIA AKHIRAT KEKAL ABADI

Semakin bertambah usia semakin banyak perkara yang dipelajari tentang hidup. Benar bak kata pujangga, "pengalaman mengajar erti hidup. Pengalaman mengukur kematangan seseorang. Semakin hebat ujian menimpa semakin kuat iman dan diri seseorang." Entri kali ini bukan dituju kepada sesiapa tetapi hanya untuk luahan pendapat tentang hidup. Hidup yang sementara. Hidup yang diibaratkan seperti roda. Hidup yang bersifat sementara dan manusia hanya seorang musafir di dunia ini. Benar! Dunia hanya tempat persinggahan dan akhirat jua yang kekal abadi. Tabahlah menghadapi asam garam dunia. La tahzan! Sabda Allah SWT: " Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Al-Rum:64) Jika menghadapi atau sedang menghadapi cabaran dunia. Jangan sedih! Jangan susah hati! Hadapi ujian itu dengan hati yang terbuka. Percaya pada diri bahawa anda seorang yang sangat istimew