Skip to main content

6 CARA MUDAH UNTUK KEMBALI BERSEMANGAT

 


Dalam kehidupan seharian yang kita tempuhi ini mesti pelbagai perkara yang berlaku dalam diri kita sama ada perkara yang manis like a candy or pahit like a americano.šŸ˜‰ Tapi apa jua yang kita telah hadapi atau mungkin sedang hadapi tempuhilah dengan hati yang tenang dan anggap sahaja kita sedang belajar erti kehidupan yang akan mematangkan diri kita.

Sebenarnya untuk entri kali ini saya hendak berkongsi satu tips dari sebuah artikel bagi mengembalikan semangat seseorang yang ditimpa musibah lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang yang ramai daripada kita terjejas sama ada dibuang kerja, sukar untuk berniaga, masalah keluarga atau ditimpa dugaan dengan positif Covid-19. 

Nota Haziq 
Enam cara mudah untuk menaikkan semula semangat 

1. PERCAYA BAHAWA DUNIA INI SEMENTARA. Apa yang berlaku dekat dunia, atas bumi ni semua sementara. Anda sedih, kecewa, patah hati, putus cinta… itu semua sementara. Tak kekal pun. Nanti kita akan okay balik. Ini anda kena semat dalam hati dalam-dalam.

2. HENTIKAN SEMUA AKTIVITI. Bila semua benda tak jadi, stop everything. Buat bisnes tak laku. Buat kerja tak jalan. Jual itu ini tak jadi. Anda kena stop everything. Yes, hentikan. Buat benda lain. Duduk bertenang saja pun tak apa. Ini supaya minda tu jadi clear balik. Bila minda clear, anda akan nampak jalan keluar.

3. MAKAN MAKANAN KEGEMARAN. Apa-apa je yang anda suka, sila makan dengan penuh perasaan. Anda suka makan durian, beli la sebiji. Anda suka makan coklat, beli lah satu bar. Anda suka makan keropok, beli sebungkus. Ini supaya emosi yang sedih tu dapat ditukar kepada yang happy-happy jer.

4. MENARI DAN MENYANYI. Pasang lagu, menyanyi lah kuat-kuat dalam bilik. Sambil tu, menari lenggang lenggok. Ambik sikat ke apa, buat jadi mikrofon. Bayangkan anda atas pentas AJL, menyanyi depan penonton yang tengah bersorak. Abaikan suara tak sedap pun takpe. Nyanyi aje sampai hilang suara. Kadang menyanyi ni salah satu bentuk untuk legakan stress tau.

5. BERJOGGING ATAU PERGI BERSIAR. Jalan depan rumah pun takpe. Tengok pokok-pokok, mana yang berbuah tu perhatikan. Perhatikan kebesaran Allah. Berjogging ni untuk aktifkan semula sel-sel dalam badan yang dah lama pasif. Orang-orang sains dia faham semua ni. Bila sel dah aktif, barulah stamina tu jadi kuat. Bila stamina dah kuat, baru you jadi bertenaga semula nak buat kerja.

6. CARI INSPIRASI BARU. Search dekat google image. Banyak quotes yang akan kena dengan diri you. Wisdom macam ni you kena selalu tengok. Ada satu ayat tu sekali pandang je, you akan rasa macam menusuk dalam hati. Teknik ni juga supaya bagi harapan dekat you bahawa dunia ni tak worth kalau you asyik bersedih. Hidup terlalu pendek untuk memikirkan semua tu sepanjang masa.



Comments

Popular posts from this blog

MA QADARALLAH KHAIR

Ma qadarallah khair kan? Tuhan tu bukan sengaja temukan kita dengan orang begitu dan begini. Dan, Tiada frasa kebetulan melainkan semuanya takdir dariNya. Aku banyak belajar dalam diam. Meneladani tiap insan datang dan pergi. Sejujurnya, semua membawa makna. Yang setia akan sentiasa dalam doanya, Yang misteri akan hilang entah ke mana. Setiap yang datang dan pergi itu, Ada perkara yang diajarkan Tuhan. Selamat belajar dengan penuh sabar! Jika Tuhan menghendaki sesuatu maka Kun fa ya kun! CC. http://se7gee.blogspot.my/

TOKOH-TOKOH ISLAM YANG SUKA MEMBACA

1.Ibn Rushd Beliau terkenal dengan seorang yang selalu membaca buku setiap saat. Tidak pernah beliau meninggalkan buku selama hidupnya kecuali dua malam sahaja, iaitu malam beliau bernikah dan malam ayahnya meninggal dunia. 2.Imam Ahmad bin Yahya   Selalu membawa buku ke mana beliau pergi. Setiap kali dijemput ke walimatul urus, beliau mensyaratkan agar tuan rumah menyiapkan tempat khas untuk meletakkan buku dan membaca. 3.Al Farabi Seorang ulama telah mengamanahkan beliau untuk menjaga buku-buku ulama tersebut selama  sepuluh tahun. Namun begitu, selepas sepuluh tahun berlalu ulama tersebut tidak pulang kembali ke bumi Farab. Al-Farabi telah menghabiskan masanya untuk membaca buku-buku yang diamanahkan. Ada di antara karya-karya yang terdapat dalam simpan tersebut dibaca berpuluh-puluh kali. Setiap kali beliau mengulang membaca sesebuah buku, beliau akan menemui pengetahuan, makrifat dan  hakikat baru tentang ilmu yang dibaca. 5. Ibn Sina Pernah suatu ketika, Ibn Sina membaca karya Me

I’M BACK

                                                            I’m back!! Honestly, tidak tahu hendak tulis tajuk apa pada post kali ni. Setiap kali memulakan ayat mesti akan padam lepas tu. But and then, tulis balik. Lepas tu padam. Tulis balik and so on. Ok firstly, hope you guys abaikan tulis bercampur- aduk dengan bahasa inggeris. If have some student are read this entry. I’m apologise and don’t ever try do same like this on your essay. Ok!šŸ˜‰ In fact, tiada idea pun nak tulis entri kali ini tapi disebabkan blog rasa macam dah lama tak tengok lepas tu rasa dah bersarang lebah. Lebih-lebih lagi perasaan membuak- buak  nak tulis something but macam kata tadi. I don’t have any idea right now. šŸ˜… Cakap pasal blog. Maybe some of you tak tahu yang sebenarnya saya ada dua blog. My ‘old blog’ and this blog. Actually for my first blog I was created I think same year or second year during I was studied. Tak ingatlah! But masa tu ramai yang ada blog and became a blogger. Waktu tu juga member ada

SENDA GURAU DUNIA AKHIRAT KEKAL ABADI

Semakin bertambah usia semakin banyak perkara yang dipelajari tentang hidup. Benar bak kata pujangga, "pengalaman mengajar erti hidup. Pengalaman mengukur kematangan seseorang. Semakin hebat ujian menimpa semakin kuat iman dan diri seseorang." Entri kali ini bukan dituju kepada sesiapa tetapi hanya untuk luahan pendapat tentang hidup. Hidup yang sementara. Hidup yang diibaratkan seperti roda. Hidup yang bersifat sementara dan manusia hanya seorang musafir di dunia ini. Benar! Dunia hanya tempat persinggahan dan akhirat jua yang kekal abadi. Tabahlah menghadapi asam garam dunia. La tahzan! Sabda Allah SWT: " Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Al-Rum:64) Jika menghadapi atau sedang menghadapi cabaran dunia. Jangan sedih! Jangan susah hati! Hadapi ujian itu dengan hati yang terbuka. Percaya pada diri bahawa anda seorang yang sangat istimew