Skip to main content

Posts

Showing posts with the label HUMANITY

LA TAHZAN! SESUNGGUHNYA ALLAH ITU ADA

  Saat hati sedang di landa ribut taufan yang tak mahu berhenti. Saat diri mahu bertukar menjadi raksasa dan mengamuk dengan semua yang ada. Saat fikiran berserabut seperti benang kait yang bersimpulan tiada tanda penghujung. Saat dunia kelihatan seperti hitam kelam tanpa warna yang menyerikannya. Saat itu datang pelangi yang mencuri masuk dalam pandangan. Saat itu datang matahari seperti segan memancarkan cahaya di kegelapan. Saat itu jugalah datang si burung berkicauan mematikan lamunan bahawa raksasa itu hanya wujud dalam bayangan. Apabila hati bersulamkan suramnya awan gelap di awangan, Allah datangkan cahaya rembulan dari kejauhan untuk bantuan berjalan supaya tidak jatuh terhempas dek kegelapan. Datangnya dalam bentuk tulisan. Yang diilhamkan oleh Tuhan kepada mahluknya yang berlainan. Matahari ; Sesungguhnya Nabi telah bersabda; "Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji s...

KISAH CINTA TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK

  Pernah mendengar kisah tenggelamnya kapal van der wijck? Sebuah ceritera cinta hasil karya Buya Hamka memberi banyak pengajaran yang boleh kita peroleh.   Kisah cinta antara zainuddin dan hayati yang mendapat tentangan keluarga dan adat menyebabkan zainuddin kecewa dan membawa diri merantau ke tempat asing dan memulakan hidup yang baru. Berkat kesabaran dan kekuatan akhirnya zainuddin berjaya menjadi seorang penulis terkenal dan kaya-raya. Namun, desebalik kekayaannya itu hati zainuddin masih lagi kosong dan menjadi seorang perindu. Rindukan seseorang yang bukan lagi miliknya. Dengan kuasa Allah, telah berlaku pertemuan yang tidak disangka oleh zainuddin. Hari dia bertemu hayati yang masih lagi ada sisa perharapan untuk bersama zainuddin. Namun, pertemuan itu bukan diharapkan oleh zainuddin dan menyebabkan hayati kembali semula ke kampung halaman atas percakapan zainuddin yang menyakitkan hati ikutkan egonya sendiri. Hayati membawa diri kekecewaan di atas kapal yang mem...

ISU PALESTINE! KENAPAKAH PERLU DIPANDANG SERIUS?

  Bagi entri kali ini saya sudah lama ingin mengulas mengenai isu Palestin. Namun, ada sahaja kekangan yang menyebabkan saya terbantut untuk menulis mengenai isu ini. Untuk kali ini saya tekad hati dan cuba untuk menulis dan menceritakan serba sedikit apa yang saya faham dari pembacaan dan menonton video-video berkaitan isu Palestin. Bagi saya, isu yang berlaku di sana sangat perlu diambil tahu dan sebagai seorang beragama Islam sudah semestinya kita mengambil berat akan keadaan saudara seislam kita di sana. Kita juga perlu mempertahankan kota Al-Aqsa kerana disitulah  kiblat pertama bagi umat Islam dan berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj.  Jika kita lihat isu Palestin adalah berkenaan konflik antara palestin dan Israel. Konflik yang berlaku antara kedua-dua negara ini bukanlah perkara baru terjadi tetapi sudah melibatkan satu tempoh masa yang lama kira-kira 70 tahun apabila  negara Palestin diambil secara paksa oleh orang-orang Israel.  Dari sudut sejarah, ko...

TINDAKAN INISIATIF MYDIN DALAM MEREALISASIKAN KEMPEN BENDERA PUTIH

  Bagus betul inisiatif yang dibuat oleh Pasaraya Mydin ini. Saya dapat tahu melalaui FB Ustaz Aidil Azwal Zainudin Ada kotak kombo yang kita dapatkan dengan pakej-pakej tertentu. Ia boleh digunakan untuk diri sendiri. Ia boleh digunakan untuk hadiahkan kepada orang lain, seperti keluarga di kampung. Atau juga digunakan untuk berikan sumbangan. Saya paling suka fungsi ini. Mudah nak berikan sumbangan tanpa perlu beli secara loose sebab ia sudah datang dengan kotak.  Ada banyak pilihan berdasarkan bajet.  RM100, dengan 17 item. Boleh klik  https://shp.ee/afqek7m Ada juga untuk bajet-bajet lain; RM50, ada 12 item  https://shp.ee/3syap2d RM80, ada 14 item https://shp.ee/tp5irpv Kalau nampak sesiapa yang gantung #benderaputih, boleh minta detail nama, alamat dan nombor telefon kemudian buat tempahan di Shoppe. Saya baru gunakan tadi.

PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)

  PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) TAMBAHAN BERNILAI RM2.1 BILION SECARA BERPERINGKAT MULAI 30 JUN 2021 (RABU)⠀⠀⠀⠀ Di bawah PEMERKASA+, Kerajaan telah mengumumkan BPR Tambahan bagi tujuan membantu meredakan cabaran yang dihadapi terutamanya ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan pembayaran BPR Tambahan akan bermula pada 30 Jun 2021 secara berperingkat. ⠀⠀ ⠀⠀ Secara keseluruhan, sejumlah RM9.1 bilion telah disediakan oleh Kerajaan bagi pelaksanaan BPR, di mana Fasa 1, Fasa 2 dan BPR Tambahan telah dan sedang disalurkan kepada hampir 8.4 juta rakyat dengan peruntukan RM6.78 bilion manakala jangkaan pembayaran Fasa 3 pula pada September 2021 dianggarkan berjumlah RM2.32 bilion. ⠀ ⠀ Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan Rakyat. Kerajaan berharap agar bantuan tunai ini akan meringankan beban golongan B40 terutamanya mereka ...

BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)

  Bantuan Prihatin Rakyat, Demi Kelangsungan Hidup⠀ ⠀ Pandemik COVID-19 menyaksikan negara dilanda musibah yang tidak pernah dihadapi sebelum ini. Yang paling terkesan tentulah rakyat, terutamanya golongan B40 dan mudah terjejas.⠀ ⠀ Oleh itu, Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), iaitu sebuah inisiatif bantuan tunai buat rakyat demi memastikan kelangsungan hidup rakyat. Diperkenalkan di bawah #Belanjawan2021, BPR juga telah ditambah baik di bawah PEMERKASA+  dengan peruntukan keseluruhan RM9.6 bilion bagi tahun 2021. ⠀  Kini rayuan BPR telah dibuka dari 15 - 30 Jun 2021 bagi memastikan mereka yang layak mendapat manfaat dari inisiatif ini. Untuk mereka yang masih belum memohon, permohonan masih dibuka sehingga esok (30 Jun 2021) melalui https://bpr.hasil.gov.my/  Ikuti video ringkas ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai cara membuat rayuan BPR.

SAMARITAN: PECAHAN YAHUDI YANG MENUNGGU “NABI MUHAMMAD”

  Samaritan adalah nama sebuah agama kuno yang diamalkan oleh masyarakat Samaria. Mereka telah memisahkan agama tersebut dari agama Yahudi sekitar 2,000 tahun yang lalu.   Komuniti agama ini masih lagi wujud hingga sekarang. ‘Samaritan’ berasal daripada perkataan Ibrani, ‘Samerim’ yang bermaksud penjaga. Manakala ‘Samaritan’ pula adalah agama yang menjaga undang-undang Taurat. Ia juga dikenali sebagai agama Abrahamik yang berkait rapat dengan agama Yahudi. Mereka mendakwa agama mereka adalah ajaran Nabi Musa yang asli berbanding Yahudi. Sejarah agama Samaritan agak panjang kerana mereka juga merupakan keturunan Ibrani dan agama mereka telah wujud sekian lama di Timur Tengah. Penganut Samaritan hidup di daerah tebing barat Palestin atau pergunungan Gerizim. Gunung Gerizim merupakan kiblat bagi penganut Samaritan.  Daerah itu merupakan tanah suci bagi masyarakat Samaritan kerana rumah ibadah mereka pernah didirikan di situ. Mereka percaya bahawa di Gunung Gerizim inilah lok...