Skip to main content

ISU PALESTINE! KENAPAKAH PERLU DIPANDANG SERIUS?

 



Bagi entri kali ini saya sudah lama ingin mengulas mengenai isu Palestin. Namun, ada sahaja kekangan yang menyebabkan saya terbantut untuk menulis mengenai isu ini. Untuk kali ini saya tekad hati dan cuba untuk menulis dan menceritakan serba sedikit apa yang saya faham dari pembacaan dan menonton video-video berkaitan isu Palestin. Bagi saya, isu yang berlaku di sana sangat perlu diambil tahu dan sebagai seorang beragama Islam sudah semestinya kita mengambil berat akan keadaan saudara seislam kita di sana. Kita juga perlu mempertahankan kota Al-Aqsa kerana disitulah  kiblat pertama bagi umat Islam dan berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj. 

Jika kita lihat isu Palestin adalah berkenaan konflik antara palestin dan Israel. Konflik yang berlaku antara kedua-dua negara ini bukanlah perkara baru terjadi tetapi sudah melibatkan satu tempoh masa yang lama kira-kira 70 tahun apabila negara Palestin diambil secara paksa oleh orang-orang Israel. 

Dari sudut sejarah, konflik ini telah lama berlaku apabila ianya melibatkan agama. Bagi orang Israel, mereka menganggap bahawa tanah Palestin adalah tanah yang dijanjikan oleh mereka dalam agama yahudi. Oleh kerana itu, mereka tidak mahukan tanah selain Palestin walaupun British telah memberikan tanah yang lain untuk pembentukan negara Israel. 

Dengan kepercayaan itulah, orang-orang Yahudi telah berusaha merealisasikan impian mereka dan kejayaan mereka tercapai apabila berlaku kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah  dalam Peperangan Dunia Pertama. Kesungguhan Israel untuk membentuk sebuah negara memang jelas ketara apabila mereka bersungguh-sungguh membantu pihak berikat. Akhirnya, matlamat orang yahudi yang mahukan membentuk negara Israel berjaya dan pada tahun 1947 orang- orang Palestin telah dihalau keluar dari negara mereka dan mejadi pelarian sehingga ke hari ini.

Dalam tempoh konflik Palestin-Israel telah berlakunya beberapa penentangan  antaranya perang Arab-Israel 1948,  Perang Suez, Perang Enam Hari, Intifada pertama dan kedua. Penubuhan parti Fatah dan diikuti Hamas menunjukkan kesungguhan rakyat Palestin untuk terus memperjuangkan mendapatkan kembali negara mereka. Kita juga dikhabarkan baru-baru ini semasa akhir Ramadhan yang Israel telah cuba untuk mendapatkan Masjidil Al- Aqsa dengan cuba merampas kawasan-kawasan yang berhampiran. Namun, usaha mereka gagal apabila tentera Hamas telah berjaya membalas serangan dengan strategi yang baik dan tersusun. Semoga rakyat Palestin yang terkorban adalah syahid dan dijanjikan syurga buat mereka. Amen! šŸ¤²

Sebagai seorang rakyat Malaysia seharusnya kita berasa bangga apabila rakyat Malaysia merupakan orang yang terawal mengkritik akan tindakan Israel  terhadap orang Palestin. Rakyat Malaysia yang dilabelkan sebagai pembuli cyber telah memberi komen tentang keganasan Israel di laman-laman rasmi Israel dan beberapa hacker dari Malaysia telah berjaya mengodam laman-laman web rasmi Israel dan sehinggakan perkataan koyak turut trending di twitter sehingga tular seluruh dunia. Rakyat Malaysia juga antara golongan yang sangat prihatin akan isu Palestin dan banyak NGO-NGO atau badan-badan pertubuhan yang telah membantu rakyat Palestin dalam membangunkan semula kehidupan mereka. Antaranya dari segi infrastruktur, pendidikan dan ekonomi.

Berdasarkan sejarah, keprihatinan rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Melayu akan isu Palestin ini sudah lama berlaku. Hal ini turut diperakui oleh Dr. Hanifah, seorang pensyarah Universiti Malaya yang telah lama membuat kajian mengenai isu Palestin. Boleh rujuk webinar Isu penindasan palestin dan reaksi orang melayu 1930-1967

Secara kesimpulannya, konflik Palestin-Israel adalah konflik yang paling lama dalam sejarah dunia. Jika dilihat masih tiada cara penyelesaian bagi menyelesaikan isu ini kerana setiap pihak mempunyai kepentingan mereka masing-masing. Lebih-lebih lagi bagi kawasan Al-Aqsa yang mempunyai penglibatan tiga agama besar dunia iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Selain itu, negara-negara arab yang lain  hanya mengambil tindakan mendiamkan diri menjadi salah satu faktor menjadikan konflik akan sentiasa berlaku tanpa ada titik noktah. Rakyat Palestin juga sudah tidak mengharapkan saudara mereka kerana mereka tahu negara-negara arab lain tidak akan cuba bermusuhi dengan Israel yang mendapat sokongan kuat dari Amerika Syarikat. Mungkin kita kena lihat juga dari sudut sejarah yang mana kebanyakkan pemimpin-pemimpin arab sebelum ini yang lantang mengkritik pencerobohan Israel ke atas Palestin akhirnya telah menyebabkan mereka mati dibunuh. Jadi sekarang ini pengharapan rakyat Palestin adalah bergantung ihsan dan keprihatinan daripada Turki, Indonesia dan Malaysia khususnya orang-orang Melayu. Semoga pengakhiran penderitaan rakyat Palestin akan berakhir satu hari nanti dan setiap pembuatan mereka yang diharapkan dikira sebagai syahid. Amen! šŸ¤²




Comments

Popular posts from this blog

MA QADARALLAH KHAIR

Ma qadarallah khair kan? Tuhan tu bukan sengaja temukan kita dengan orang begitu dan begini. Dan, Tiada frasa kebetulan melainkan semuanya takdir dariNya. Aku banyak belajar dalam diam. Meneladani tiap insan datang dan pergi. Sejujurnya, semua membawa makna. Yang setia akan sentiasa dalam doanya, Yang misteri akan hilang entah ke mana. Setiap yang datang dan pergi itu, Ada perkara yang diajarkan Tuhan. Selamat belajar dengan penuh sabar! Jika Tuhan menghendaki sesuatu maka Kun fa ya kun! CC. http://se7gee.blogspot.my/

TOKOH-TOKOH ISLAM YANG SUKA MEMBACA

1.Ibn Rushd Beliau terkenal dengan seorang yang selalu membaca buku setiap saat. Tidak pernah beliau meninggalkan buku selama hidupnya kecuali dua malam sahaja, iaitu malam beliau bernikah dan malam ayahnya meninggal dunia. 2.Imam Ahmad bin Yahya   Selalu membawa buku ke mana beliau pergi. Setiap kali dijemput ke walimatul urus, beliau mensyaratkan agar tuan rumah menyiapkan tempat khas untuk meletakkan buku dan membaca. 3.Al Farabi Seorang ulama telah mengamanahkan beliau untuk menjaga buku-buku ulama tersebut selama  sepuluh tahun. Namun begitu, selepas sepuluh tahun berlalu ulama tersebut tidak pulang kembali ke bumi Farab. Al-Farabi telah menghabiskan masanya untuk membaca buku-buku yang diamanahkan. Ada di antara karya-karya yang terdapat dalam simpan tersebut dibaca berpuluh-puluh kali. Setiap kali beliau mengulang membaca sesebuah buku, beliau akan menemui pengetahuan, makrifat dan  hakikat baru tentang ilmu yang dibaca. 5. Ibn Sina Pernah suatu ketika, Ibn Sina membaca karya Me

I’M BACK

                                                            I’m back!! Honestly, tidak tahu hendak tulis tajuk apa pada post kali ni. Setiap kali memulakan ayat mesti akan padam lepas tu. But and then, tulis balik. Lepas tu padam. Tulis balik and so on. Ok firstly, hope you guys abaikan tulis bercampur- aduk dengan bahasa inggeris. If have some student are read this entry. I’m apologise and don’t ever try do same like this on your essay. Ok!šŸ˜‰ In fact, tiada idea pun nak tulis entri kali ini tapi disebabkan blog rasa macam dah lama tak tengok lepas tu rasa dah bersarang lebah. Lebih-lebih lagi perasaan membuak- buak  nak tulis something but macam kata tadi. I don’t have any idea right now. šŸ˜… Cakap pasal blog. Maybe some of you tak tahu yang sebenarnya saya ada dua blog. My ‘old blog’ and this blog. Actually for my first blog I was created I think same year or second year during I was studied. Tak ingatlah! But masa tu ramai yang ada blog and became a blogger. Waktu tu juga member ada

SENDA GURAU DUNIA AKHIRAT KEKAL ABADI

Semakin bertambah usia semakin banyak perkara yang dipelajari tentang hidup. Benar bak kata pujangga, "pengalaman mengajar erti hidup. Pengalaman mengukur kematangan seseorang. Semakin hebat ujian menimpa semakin kuat iman dan diri seseorang." Entri kali ini bukan dituju kepada sesiapa tetapi hanya untuk luahan pendapat tentang hidup. Hidup yang sementara. Hidup yang diibaratkan seperti roda. Hidup yang bersifat sementara dan manusia hanya seorang musafir di dunia ini. Benar! Dunia hanya tempat persinggahan dan akhirat jua yang kekal abadi. Tabahlah menghadapi asam garam dunia. La tahzan! Sabda Allah SWT: " Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Al-Rum:64) Jika menghadapi atau sedang menghadapi cabaran dunia. Jangan sedih! Jangan susah hati! Hadapi ujian itu dengan hati yang terbuka. Percaya pada diri bahawa anda seorang yang sangat istimew