Skip to main content

KAEDAH PELABURAN DI MALAYSIA

 


Kaedah Melabur Ke Pasaran Saham di Malaysia


Akhir-akhir ini, pelaburan saham makin popular di kalangan orang muda. Saya pernah dengar satu laporan mengatakan, majoriti yang buka akaun CDS ialah daripada orang yang berusia bawah 30 tahun.


Ia adalah satu perkembangan yang bagus sebab dulu-dulu pelaburan saham dikatakan pelaburan yang komplikasi. 

Mungkin ia disebabkan arus teknologi hari ini, semua di hujung jari. Pelaburan saham semakin mudah.


Tapi untung belum tentu ya. Melabur tak semestinya untung. Nak untung kena ada ilmu.


Ada beberapa kaedah untuk melabur ke pasaran saham di Malaysia.


KAEDAH PERTAMA ialah dengan cara melabur sendiri.


Buka akaun CDS sendiri, keluar modal sendiri, trade sendiri. 


Kemudian buat untung sendiri, kalau rugi pun, rugi sendiri.


Yang ini kena ada disiplin dan strategi. Ada yang jenis intraday. Ada yang jenis teknikal. Ada yang fokus fundamental. Ada yang suka blue chip. Ada yang suka penny stock.


Ada macam-macam. Semua bergantung kepada diri sendiri. Lagi banyak ilmu, lagi banyak potensi keuntungan yang bakal diperoleh.


Untuk belajar ilmu saham, ini beberapa nama yang boleh Tuan/Puan belajar


1. Dato Dr. Nazri Khan atau nickname beliau DDNK, nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Dengan tag line “biar tak hensem tapi kaya”, beliau anjurkan seminar-seminar Pelabur Global dan Menang Saham.


2. Tn Hj Mohd Asri, juga nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Banyak seminar-seminar saham yang beliau anjurkan melalui Asri Ahmad Academy, yang selalunya grand dan full house.


3. Tn Hj Nazarry Rosli, ini memang otai. Sekarang beliau ialah Presiden Persatuan Remiser Bumiputera Malaysia atau PRIBUMI. Ini bukan Parti Bersatu tu tau.


4. Tuan Zamsaham Norizam. Beliau banyak fokus kepada teknikal analisis. Selain mengajar saham, beliau juga membangunkan pelbagai bisnes lain termasuk perhotelan, restoran, makanan. Trademark beliau pakai topi merah


5. Tuan Suzardi Maulan atau Pakdi. Beliau juga seorang perunding kewangan berlesen . Berbanding yang lain, beliau lebih banyak fokus kepada small group coaching atau private coaching. Beliau fokus kepada fundamental analysis dan value investing.


6. Tuan Alwi Adam, juga seorang perunding kewangann berlesen. Beliau membangun Wyckoff Method utk strategi teknikal analysis modul saham beliau.


7. Afyan Mat Rawi, IFP  yang ni bukan Sifu. Dia yang tulis artikel ni. Siapa lagi nak up kalau bukan diri sendiri kan? Di hujung tulisan anda akan tau kenapa kena follow juga walaupun dia bukan Sifu saham šŸ˜‚


Kalau ada nama-nama lain, boleh bagi di ruangan komen.


Ok, kita sambung tulisan ni.


KEADAH KEDUA ialah dengan melabur melalui unit trust.


Ini kaedah paling mudah untuk melabur dalam saham, tapi secara tak langsung. Kita bukan sebagai pemegang saham sebagaimana pelaburan saham sendiri dalam kaedah pertama , tapi kita hanya pemegang unit.


Kita beli unit saham yang sudah siap di pakej oleh syarikat-syarikat unit trust melalui dana-dana mereka mengikut kategori.


Kita tak payah pening-pening kepala nak buka akaun CDS, beli saham mana, nak monitor kaunter, nak jual balik, nak cut loss, rebalancing dan sebagainya. Cukup dengan memilih dana berkualiti dan monitor pelaburan tersebut.


Ia lebih mudah berbanding dengan melabur saham secara direct dan secara relatifnya lebih rendah risiko berbanding saham. Jadi pulangnya pun sudah tentu lebih rendah berbanding saham.


Jadi, kena juga ada belajar basic unit trust. Ini beberapa rujukan saya dalam unit trust


1. Buku Panduan Pelaburan Saham Amanah oleh Tuan Razali Razman. Beliau juga pemilik blog LaburNiaga http://laburniaga.blogspot.com/


2. Blog dengan tag line “Unit Trust Terbaik Malaysia” Rosyaidiradzi.blogspot https://rosyaidiradzi.blogspot.com/ yang dimiliki oleh Tuan Mohd Rosyaidi. Kalau Google pasal unit trust, selalu keluar blog beliau di teratas.


3. Website E-Unit Trust  https://www.eunittrust.com.my/Home/OpenAcc?Agentcode=PMB00740  Untuk daftar unit trust secara online dgn zero sales charge. Dalam tu juga ada banyak analisa pasaran dan ranking unit trust Malaysia.

Lepas ada ilmu unit trust, boleh cari produk yang sesuai dan ejennya. Ada berpuluh-puluh syarikat unit trust yang ada di Malaysia, dengan beratus-ratus produk dan beribu-ribu ejen.


Dana terbaik datang dari pelbagai syarikat.


KAEDAH KETIGA ialah melalui Private Managed Account atau Private Mandate Account (PMA).


Kaedah ini tidak berapa popular di Malaysia, mungkin sebab ia memerlukan modal yang tinggi.


Ia selalunya disediakan oleh institusi-institusi kewangan seperti bank, syarikat pelaburan berlesen dan fokus kepada pelanggan sofistikated atau high nettworth.


Untuk melabur melalui PMA, modal minima RM100,000 ke RM1,000,000, bergantung kpd institusi. Mungkin faktor modal menyebabkan ia kurang diketahui.


(Nota awal: Kini ada produk Mini PMA yang boleh dimulakan dengan modal minima RM20,000 dan boleh guna EPF / KWSP akaun 1)


Kelebihan melabur melalui PMA, pelabur mempunyai pengurus dana atau fund manager sendiri. Kemudian fund manager tadi akan melabur bagi pihak pelanggan, berdasarkan profil risiko pelanggan.


Nampak macam unit trust tapi bukan. Dalam unit trust, produk dah ada siap-siap, dan pelabur beli unit. Tapi PMA, ia “custom made” berbanding UT yang “ready made”.


Kelebihannya cara ini, pelabur ada modal tapi tak ada ilmu pelaburan atau “malas” nak uruskan sendiri pelaburannya lalu engage dengan fund manager untuk melabur bagi pihaknya.


Dengan cara ini, pelabur sudah leverage tugasan jual beli saham, monitor kaunter, cut loss, rebalancing dan sebagainya. Ada fees dikenakan sebagaimana fees unit trust.


ANALOGI mudahnya begini.


KAEDAH PERTAMA macam kita beli kain, benang, jarum kemudian jahit untuk buat sendiri baju. Kain apa kita nak pakai, kita beli sendiri. Warna apa kita nak, kita pilih dsb cari di kedai kain. Siap semua, kita bawa balik dan jahit sendiri. Baju yang dihasilkan betul-betul ikut ilmu yang kita ada. Lagi banyak ilmu lagi cantik baju tersebut.


Manakala KAEDAH KEDUA beli unit trust ni macam kita beli baju dekat kedai. Tak payah pening bab beli kain, beli benang dan jahit sendiri tapi pilih sahaja baju yang dah siap jahit. Baju yang siap pakai ada macam-macam jenis, warna, saiz dan kita tinggal pilih, bayar dan pakai. Kalau kena dengan saiz, sedaplah kita pakai.


KAEDAH KETIGA melalui PMA pula ialah macam kita pergi kedai tukang jahit, upah dia jahitkan baju untuk kita. Tukang jahit tadi akan ukur badan kita untuk jahitkan baju yang sesuai. Kita boleh request utk baju jenis apa kita nak. Kain apa kita nak. Warna apa kain tu. Nak letak labuci ke. Kemudian dia jahitkan untuk kita ikut permintaan kita.


KESIMPULAN


i. Kalau nak melabur saham sendiri, mulakan dengan ilmu. Belajar dengan sifu-sifu yang saya tulis di awal tadi, kecuali No 7. Atau mana-mana sifu lain. Tak menonjol tak bermakna mereka tak reti. 


Mereka jenis low profil. Saya ada juga Sifu sebegitu, taknak namanya disebut di FB. Bagi advise percuma dalam group wassap dan siap tunjuk portfolio dia lagi.


ii. Kalau nak invest unit trust, boleh cari ejen-ejen yang ada di selllluuuuruuuuuh Malaysia. Tapi sebaiknya kena juga belajar juga sebelum memilih dana yang sesuai dan memberi pulangan menguntungkan.


iii. Kalau nak melabur guna PMA, boleh rujuk yang No 7 tadi. Ehem, ehem…


BERITA BAIK: PMA pun dah ada Mini PMA, dengan modal minima RM20,000. Berita baik lagi, anda boleh invest guna wang EPF / KWSP daripada akaun 1.


Source: Afyan Mat Rawi, IFP

Comments

Popular posts from this blog

MA QADARALLAH KHAIR

Ma qadarallah khair kan? Tuhan tu bukan sengaja temukan kita dengan orang begitu dan begini. Dan, Tiada frasa kebetulan melainkan semuanya takdir dariNya. Aku banyak belajar dalam diam. Meneladani tiap insan datang dan pergi. Sejujurnya, semua membawa makna. Yang setia akan sentiasa dalam doanya, Yang misteri akan hilang entah ke mana. Setiap yang datang dan pergi itu, Ada perkara yang diajarkan Tuhan. Selamat belajar dengan penuh sabar! Jika Tuhan menghendaki sesuatu maka Kun fa ya kun! CC. http://se7gee.blogspot.my/

TOKOH-TOKOH ISLAM YANG SUKA MEMBACA

1.Ibn Rushd Beliau terkenal dengan seorang yang selalu membaca buku setiap saat. Tidak pernah beliau meninggalkan buku selama hidupnya kecuali dua malam sahaja, iaitu malam beliau bernikah dan malam ayahnya meninggal dunia. 2.Imam Ahmad bin Yahya   Selalu membawa buku ke mana beliau pergi. Setiap kali dijemput ke walimatul urus, beliau mensyaratkan agar tuan rumah menyiapkan tempat khas untuk meletakkan buku dan membaca. 3.Al Farabi Seorang ulama telah mengamanahkan beliau untuk menjaga buku-buku ulama tersebut selama  sepuluh tahun. Namun begitu, selepas sepuluh tahun berlalu ulama tersebut tidak pulang kembali ke bumi Farab. Al-Farabi telah menghabiskan masanya untuk membaca buku-buku yang diamanahkan. Ada di antara karya-karya yang terdapat dalam simpan tersebut dibaca berpuluh-puluh kali. Setiap kali beliau mengulang membaca sesebuah buku, beliau akan menemui pengetahuan, makrifat dan  hakikat baru tentang ilmu yang dibaca. 5. Ibn Sina Pernah suatu ketika, Ibn Sina membaca karya Me

I’M BACK

                                                            I’m back!! Honestly, tidak tahu hendak tulis tajuk apa pada post kali ni. Setiap kali memulakan ayat mesti akan padam lepas tu. But and then, tulis balik. Lepas tu padam. Tulis balik and so on. Ok firstly, hope you guys abaikan tulis bercampur- aduk dengan bahasa inggeris. If have some student are read this entry. I’m apologise and don’t ever try do same like this on your essay. Ok!šŸ˜‰ In fact, tiada idea pun nak tulis entri kali ini tapi disebabkan blog rasa macam dah lama tak tengok lepas tu rasa dah bersarang lebah. Lebih-lebih lagi perasaan membuak- buak  nak tulis something but macam kata tadi. I don’t have any idea right now. šŸ˜… Cakap pasal blog. Maybe some of you tak tahu yang sebenarnya saya ada dua blog. My ‘old blog’ and this blog. Actually for my first blog I was created I think same year or second year during I was studied. Tak ingatlah! But masa tu ramai yang ada blog and became a blogger. Waktu tu juga member ada

SENDA GURAU DUNIA AKHIRAT KEKAL ABADI

Semakin bertambah usia semakin banyak perkara yang dipelajari tentang hidup. Benar bak kata pujangga, "pengalaman mengajar erti hidup. Pengalaman mengukur kematangan seseorang. Semakin hebat ujian menimpa semakin kuat iman dan diri seseorang." Entri kali ini bukan dituju kepada sesiapa tetapi hanya untuk luahan pendapat tentang hidup. Hidup yang sementara. Hidup yang diibaratkan seperti roda. Hidup yang bersifat sementara dan manusia hanya seorang musafir di dunia ini. Benar! Dunia hanya tempat persinggahan dan akhirat jua yang kekal abadi. Tabahlah menghadapi asam garam dunia. La tahzan! Sabda Allah SWT: " Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Al-Rum:64) Jika menghadapi atau sedang menghadapi cabaran dunia. Jangan sedih! Jangan susah hati! Hadapi ujian itu dengan hati yang terbuka. Percaya pada diri bahawa anda seorang yang sangat istimew