Pernah suatu ketika dahulu sering tertanya-tanya bagaimana menjadi wanita yang high-class dan apakah karakter high-class? Namun, lama-kelamaan ianya hilang begitu sahaja apabila mula sibuk dengan assigment dan terus hilang apabila berada dalam bidang kerjaya.
Tapi beberapa minggu ini terjumpa kembali istilah wanita high-class. Ianya kembali berlegar-legar dalam fikiran dan membuatkan diri ada semangat inkuiri untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Melalui pembacaan menyebabkan terdetik dalam hati, 'Kenapalah dulu aku tidak macam ini'?
Mesti yang baca ini tertanya-tanya apakah ciri-ciri wanita yang dikatakan high-class? Apakah dalam diri ini sudah ada ciri-ciri tersebut? Ok! saya gariskan ciri-ciri wanita tersebut supaya kita boleh semak balik ada tak ciri-ciri tersebut dalam diri kita. Kalau tiada bolehlah kita mengubah dan berada dalam ciri tersebut. InshaAllah š¤²
Ciri 1:
Kebiasaanya wanita high-class ini akan berada dalam lingkungan orang-orang yang tidak suka membuang masa dan jenis suka mengatur hidup mereka. Senang cerita mereka akan pastikan setiap perkara yang dilakukan adalah bermanfaat dan tidak sia-sia. Contohnya, setiap pagi selepas bangun mereka sudah tahu jadual harian mereka. Mereka akan set masa untuk family, diri-sendiri dan ibadah.
Ciri 2:
Wanita high-class biasanya akan tentukan kawan yang mereka rapat. Bukan bermaksud mereka ini jenis memilih kawan. Mereka still lagi bergaul dengan orang lain cuma untuk kawan rapat biasanya yang jenis sama fikiran dengan mereka. Sebab kebiasannya mereka ini lebih suka bersembang pasal topik-topik pembincangan yang lebih kearah ilmiah dan isu-isu semasa.
Ciri 3:
Selain itu, golongan ini mereka lebih pentingkan keluarga daripada rakan-rakan lain. Mereka akan utamakan keluarga dahulu barulah orang lain. Sebab bagi mereka keluarga yang akan berada bersama mereka jika mengalami kesusahan.
Ciri 4:
Percaya atau tidak golongan ini tidak suka dan malas hendak mengambil tahu drama dunia. Bagi mereka jika itu bukan urusan mereka tidak perlu mereka sibukkan diri campuri atau tahu keburukan orang lain. Sebab itulah mereka tidak suka dengar atau ambil tahu gosip kawan-kawan lain. Bagi mereka jika perkara itu penting dan ada kena-mengena dengan mereka baru boleh ambil tahu. Jika tidak abaikan sahaja.
Ciri 5:
Golongan ini kebiasannya akan meluangkan masa jika tidak bersama family mereka akan menambah ilmu pengetahuan dengan mendengar ceramah agama, motivsi atau membaca buku.
Ciri 6:
Golongan wanita ini tidak malu kalau pergi mana-mana seorang diri atau makan seorang tanpa ditemani orang lain sebab bagi mereka tidak perlu terlalu bergantung pada orang lain jika hendak lakukan sesuatu.
Ciri 7:
Kebiasaannya golongan ini tahu bila perlu bergaya dan bila perlu pakai sederhana mengkut situasi. Mereka bukanlah golongan yang memakai barangan branded 24 hours. Ada ketika mereka tak kisah pakai tudung beli di pasar malam. Apa yang penting selesa dan sopan bila keluar rumah. Beli barang pun ikut keperluan bukan kemahuan.
Ciri 8:
Mereka jenis mementingkan kerja yang berkualiti dan ketetapan masa. Bagi mereka bila waktu kerja adalah masa untuk bekerja dan bila dirumah adalah masa untuk keluarga. Mereka juga seorang yang profesional dalam bekerja.
Ciri 9:
Golongan ini juga tahu dalam menguruskan kewangan mereka dan mahir dalam ilmu kewangan.
Ciri 10:
Golongan ini ialah golongan yang suka menolong dan empati tinggi. Mereka akan tolong seseorang jika didapati dalam kesusahan.
Ciri 11:
Mereka pernah sedih, kecewa, marah tapi tidak berpanjangan dan bangkit kembali untuk mencapai cita-cita mereka. Senang cerita, mereka tahu bahawa tidak perlu berada dalam mood sedih yang lama sebab orang berjaya ialah orang yang akan fokus pada kejayaan.
Bagi kalangan wanita yang membaca entri ini saya doakan semoga kita tersenarai atau ke arah mencapai ciri-ciri golongan wanita high-class.InshaAllah š¤²
Comments