Kita sedia maklum akan pandemik yang melanda pada seluruh dunia termasuk negara, Malaysia. Pandemik virus covid-19 yang mula berlaku pada hujung bulan 2019 yang mana telah menyebabkan beribu-ribu mungkin sudah memasuki angka berjuta orang yang mati disebabkan covid ini. Jika kita lihat pada sejarah bermulanya covid ini ianya bermula di negara China iaitu disebuah wilayah yang terletak di Wuhan. Berdasarkan pembacaan, covid ini terjadi kemungkinan melalui kelawar atau tenggiling dan akhirnya berjangkit kepada manusia.
Bagi yang terjangkit dengan virus ini mereka akan mengalami simptom-simptom tertentu dan peringkat terakhir kesukaran untuk bernafas. Di Malaysia, bermulanya usaha mengekang virus ini semasa bulan Mac tahun lepas yang mana kerajaan telah memerintahkan lockdown dilakukan bagi mengekang wabak covid-19.
Semasa lockdown dijalankan pelbagai usaha lain yang dilakukan oleh kerajan dengan memberi bantuan kepada rakyat. Antaranya dengan pemberian motarium, i- lestari dan lain-lain lagi bantuan. Pada permulaannya kita berjaya namun kini jika kita lihat sudah mencapai angka 8 ribu kes (08/07/2021). Berdasarkan rangking dunia negara kita, Malaysia antara negara yang tertinggi kes dalam covid-19 ini. š„
Sebagai rakyat apa perlu kita lakukan lagi? Duduk rumah diam-diam rasanya sudah lama buat. Sudah ramai yang menderita akan penyakit ini dan ramai yang meninggal dunia disebabkan virus covid-19. Golongan berisiko seperti orang-orang berusia dan yang mempunyai penyakit 3 serangkai serta ada penyakit pernafasan seperti asma merupakan golongan yang berisiko tinggi.
Bukan itu sahaja sudah ramai rakyat yang hilang harapan kerana dibuang kerja dan tidak dapat menjalankan perniagaan seperti biasa. Baru-baru ini juga sudah banyak kes yang berlaku dan yang paling serius adalah kes bunuh diri dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini menunjukkan kesan daripada covid bukanlah perkara yang boleh dibuat main--main. Namun, jika kita lihat sikap rakyat Malaysia yang prihatin dan empati yang tinggi menyebabkan telah ada usaha membantu golongan yang susah akibat kehilangan sumber pendapatan. Kempen bendera putih yang viral kini adalah usaha alternatif rakyat Malaysia dalam membantu golongan yang susah. Keep it up, Malaysia! Semoga misi ini akan berterusan.š
Kini, harapan yang kita harapkan adalah dengan menunggu suntikan vaksin sahaja. Tidak kisahlah bagaimana jenis vaksin tersebut. Pfizer ke? Sinovac ke? Az ke? yang penting itulah langkah terakhir supaya virus-19 di Malaysia akan berakhir dan keadaan kembali normal. Mudah-mudahan. kita doakan bersama š¤²
Comments