Wanita wajib sediakan simpanan sendiri. Kita bukan nak bersaing dengan suami tapi persiapan untuk masa depan sendiri.
1. Belilah sebuah rumah sebagai perlindungan kewangan kita nanti, kita tak tahu sampai bila suami setia lagi.
2. Biawak hidup itu wujud. Jangan kerana sayang kita buta mata dan buta hati. Kita juga yang rugi.
3. Kalau kita hanya surirumah. Minta suami beri kita 'gaji'. Bukan mudah jaga anak dan uruskan rumah 24 jam sehari.
4. Ada gaji buat simpanan sendiri juga. Jangan bergantung pada suami saja.
5. Kita juga tak tahu bila suami akan 'pergi' dulu. Bila kita ada rumah sendiri, kurang risiko bergaduh faraid nanti.
6. Bila ada simpanan sendiri. Boleh juga bantu suami kalau diberhentikan kerja waktu begini.
7. Bencana kewangan untuk wanita. Bila suami meninggal atau ditinggalkan tanpa harta benda.
Comments