Skip to main content

KERANA TERLALU TAKSUB AKAN SESUATU DAN MUNGKIN KITA LUPA

 


Mungkin kita lupa pesanan terakhir Rasulullah SAW

KHUTBAH TERAKHIR RASULLULLAH S.A.W

KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ‘ARAFAH 


Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.  
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.  
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.  
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.  Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.  
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.  Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku.  Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

 Petikan daripada seorang blogger

 Kerana terlalu taksub kita lupa pegangan kita 
Kerna terlalu taksub kita terlalu mengagung-agung 
Kerana terlalu taksub kita lupa apa itu rasional?
 Kerana terlalu taksub iman tergadai 
Kerana terlalu taksub putus silaturahim sesama saudara 
Kerana terlalu taksub semua benda dipermain-mainkan


 “kita jangan tunjuk diri kita terlalu sempurna kerana takut perspektif masyarakat kelak.
 Hidup biarlah sederhana. 
Setiap manusia mesti ada buat kesalahan baik manusia mahupun artis.”            
Ally Iskandar



Comments

Popular posts from this blog

MA QADARALLAH KHAIR

Ma qadarallah khair kan? Tuhan tu bukan sengaja temukan kita dengan orang begitu dan begini. Dan, Tiada frasa kebetulan melainkan semuanya takdir dariNya. Aku banyak belajar dalam diam. Meneladani tiap insan datang dan pergi. Sejujurnya, semua membawa makna. Yang setia akan sentiasa dalam doanya, Yang misteri akan hilang entah ke mana. Setiap yang datang dan pergi itu, Ada perkara yang diajarkan Tuhan. Selamat belajar dengan penuh sabar! Jika Tuhan menghendaki sesuatu maka Kun fa ya kun! CC. http://se7gee.blogspot.my/

TOKOH-TOKOH ISLAM YANG SUKA MEMBACA

1.Ibn Rushd Beliau terkenal dengan seorang yang selalu membaca buku setiap saat. Tidak pernah beliau meninggalkan buku selama hidupnya kecuali dua malam sahaja, iaitu malam beliau bernikah dan malam ayahnya meninggal dunia. 2.Imam Ahmad bin Yahya   Selalu membawa buku ke mana beliau pergi. Setiap kali dijemput ke walimatul urus, beliau mensyaratkan agar tuan rumah menyiapkan tempat khas untuk meletakkan buku dan membaca. 3.Al Farabi Seorang ulama telah mengamanahkan beliau untuk menjaga buku-buku ulama tersebut selama  sepuluh tahun. Namun begitu, selepas sepuluh tahun berlalu ulama tersebut tidak pulang kembali ke bumi Farab. Al-Farabi telah menghabiskan masanya untuk membaca buku-buku yang diamanahkan. Ada di antara karya-karya yang terdapat dalam simpan tersebut dibaca berpuluh-puluh kali. Setiap kali beliau mengulang membaca sesebuah buku, beliau akan menemui pengetahuan, makrifat dan  hakikat baru tentang ilmu yang dibaca. 5. Ibn Sina Pernah suatu ketika, Ibn Sina membaca karya Me

I’M BACK

                                                            I’m back!! Honestly, tidak tahu hendak tulis tajuk apa pada post kali ni. Setiap kali memulakan ayat mesti akan padam lepas tu. But and then, tulis balik. Lepas tu padam. Tulis balik and so on. Ok firstly, hope you guys abaikan tulis bercampur- aduk dengan bahasa inggeris. If have some student are read this entry. I’m apologise and don’t ever try do same like this on your essay. Ok!šŸ˜‰ In fact, tiada idea pun nak tulis entri kali ini tapi disebabkan blog rasa macam dah lama tak tengok lepas tu rasa dah bersarang lebah. Lebih-lebih lagi perasaan membuak- buak  nak tulis something but macam kata tadi. I don’t have any idea right now. šŸ˜… Cakap pasal blog. Maybe some of you tak tahu yang sebenarnya saya ada dua blog. My ‘old blog’ and this blog. Actually for my first blog I was created I think same year or second year during I was studied. Tak ingatlah! But masa tu ramai yang ada blog and became a blogger. Waktu tu juga member ada

SENDA GURAU DUNIA AKHIRAT KEKAL ABADI

Semakin bertambah usia semakin banyak perkara yang dipelajari tentang hidup. Benar bak kata pujangga, "pengalaman mengajar erti hidup. Pengalaman mengukur kematangan seseorang. Semakin hebat ujian menimpa semakin kuat iman dan diri seseorang." Entri kali ini bukan dituju kepada sesiapa tetapi hanya untuk luahan pendapat tentang hidup. Hidup yang sementara. Hidup yang diibaratkan seperti roda. Hidup yang bersifat sementara dan manusia hanya seorang musafir di dunia ini. Benar! Dunia hanya tempat persinggahan dan akhirat jua yang kekal abadi. Tabahlah menghadapi asam garam dunia. La tahzan! Sabda Allah SWT: " Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Al-Rum:64) Jika menghadapi atau sedang menghadapi cabaran dunia. Jangan sedih! Jangan susah hati! Hadapi ujian itu dengan hati yang terbuka. Percaya pada diri bahawa anda seorang yang sangat istimew