Bantuan Prihatin Rakyat, Demi Kelangsungan Hidup⠀
⠀
Pandemik COVID-19 menyaksikan negara dilanda musibah yang tidak pernah dihadapi sebelum ini. Yang paling terkesan tentulah rakyat, terutamanya golongan B40 dan mudah terjejas.⠀
⠀
Oleh itu, Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), iaitu sebuah inisiatif bantuan tunai buat rakyat demi memastikan kelangsungan hidup rakyat. Diperkenalkan di bawah #Belanjawan2021, BPR juga telah ditambah baik di bawah PEMERKASA+ dengan peruntukan keseluruhan RM9.6 bilion bagi tahun 2021. ⠀
Kini rayuan BPR telah dibuka dari 15 - 30 Jun 2021 bagi memastikan mereka yang layak mendapat manfaat dari inisiatif ini. Untuk mereka yang masih belum memohon, permohonan masih dibuka sehingga esok (30 Jun 2021) melalui https://bpr.hasil.gov.my/
Ikuti video ringkas ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai cara membuat rayuan BPR.
Comments