Skip to main content

APAKAH PERKARA YANG PERLU LAKUKAN SEMASA COVID MELANDA NEGARA

 


Sudah setahun lebih negara kita dilanda dengan virus COVID ini. Dengan senario sekarang jika dilihat kes yang tinggi melebihi seribu kes sehari menyebabkan rakyat semakin lama semakin tertekan dengan dugaan yang mereka perlu hadapi. Semakin lama semakin hilang punca pendapatan rakyat terutamanya bagi golongan pendapatan rendah dan paling terkesan adalah golongan peniaga-peniaga kecil kerana peniagaan mereka tidak beroperasi seperti biasa. 

Kemudian kita diberitakan dengan kes bunuh diri yang semakin hari semakin berlaku menunjukkan bahawa sudah ramai masyarakat yang mengalami tekanan hidup dan sudah tiada tempat bergantung. Ini menunjukkan keadaan yang membimbangkan dan perlu di ambil serius oleh kerajaan dan masyarakat.

Namun, dengan pengkabaran bantuan daripada pihak kerajaan dengan menawarkan beberapa bantuan kepada rakyat seperti I-Sinar, Motarium, BPR dan lain-lain harap sedikit sebanyak boleh membantu meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat.

Baru-baru ini kempen kibarkan bendera putih di media-media sosial adalah salah satu usaha alternatif masyarakat kepada golongan yang memerlukan. Kita boleh lihat yang rakyat Malaysia merupakan masyarakat yang sangat prihatin akan nasib orang lain. Diharapkan agar kempen ini berjalan berterusan dengn jayanya. Amen! šŸ¤²šŸ¤²

Bagi golongan yang bernasib baik apakah bentuk pengurusan yang kita perlu lakukan sepanjang COVID ini terjadi? 

Bagi yang sudah bersedia akan keadaan seperti ini tiada masalah bagi mereka tapi bagi yang tidak menyangka akan berlakunya pandemik COVID ini mesti sukar bagi mereka untuk mencari dan menampung keperluan harian yang semakin lama semakin tinggi kos hidup. So, disini saya hendak berkongsi beberapa tips supaya kita boleh menyusun kembali perancangan kehidupan.

Tips 1:

Tengok kembali jadual perancangan kita antaranya pengurusan kewangan, cara hidup, perbelanjaan dan matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang

Tips 2:

Bagi keadaan sekarang fokskan pengurusan kewangan kita terlebih dahulu. Asingkan mana satu barang yang keperluan dan kemahuan. Bagi yang tiada perancang kewangan. Letakkan wang kita kepada tiga jenis simpanan. Simpanan tetap, berubah dan kecemasan. Pastikan simpanan kecemasan 6 atau sebaik-baiknya 12  bulan duit gaji. Simpan di tempat yang sukar kita keluar. Ini yang sebaik-baiknya.Jika ada duit lebih bolehlah membuat pelaburan sama ada di Tabung Haji, ASB dan emas. Tentukan pelaburan mana yang menguntungkan.

Tips 3:

Inilah masa untuk banyak meluangkan masa dengan membaca buku-buku yang bermanfaat. Bagi saya tidak salah melaburkan sedikit wang untuk membeli buku-buku bacaan yang boleh menjadi panduan dalam menguruskan kehidupan terutamanya bab-bab membabitkan kewangan. Selain itu, layari laman - laman web yang berilmiah atau media-media sosial. Banyak je media-media sosial sekarang ini yang boleh bagi ilmu free  kepada kita. Contohnya facebook, tik tok, instagram, clubhouse dan lain-lain.

Tips 4:

Tulis matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang dan tentukan bila hendak kita capai dalam buku nota kita supaya boleh nampak dan kita fokus serta konsisten dengan matamat kita tersebut. Contohnya dalam pengurusan kewangan, dalam tempoh 3 tahun kita mahukan ada 10 gram emas atas tangan untuk simpanan dan pelaburan. Biasanya orang yang berjaya dia akan fokus apa matlamat yang mahukan dalam hidup.

Tips 5:

Dalam keadaan sekarang sudah tiba masanya untuk kita membantu golongan yang memerlukan. Bagi bantuan atau bersedekah dalam apa-apa bentuk bantuan. Jika tidak dapat membantu dalam bentuk barang-barang keperluan kita boleh sahaja memberi bantuan kewangan melalui NGO-NGO yang terbukti sudah diiktiraf oleh kerajaan. Banyak cara yang boleh kita lakukan. Contohnya melalui bank online. Tanamkan dalam diri kita semakin banyak kita memberi semakin banyak yang kita dapat.

Tips 6:

Elakkan terlalu fokus pada iklan -iklan yang membolehkan kita membeli barang-barang luar kemampuan kita. Jika jenis yang kaki shopping dan pantang tengo barang yang sale. Uninstall apps tersebut. šŸ˜‚

Tips 7:

Kurangkan liabiliti dalam kehidupan kita dan rancang untuk tingkatkan aset dalam kehidupan kita. Inilah masa untuk mencari side-income untuk menambah wang dalam simpanan kita terutamanya bagi yang mempunyai banyak komitmen.

Rasanya cukuplah tips yang diberi. Harap-harap tips di atas bolehlah membantu serba-sedikit dalam merancang pengurusan diri terutamanya hal-hal berkaitan kewangan. ✌ Doakan juga agar kes COVID di Malaysia semakin berkurang dan tiada. Harap disini tiada yang anti-vaksin ye. šŸ˜ŠAdios!

Comments

Popular posts from this blog

MA QADARALLAH KHAIR

Ma qadarallah khair kan? Tuhan tu bukan sengaja temukan kita dengan orang begitu dan begini. Dan, Tiada frasa kebetulan melainkan semuanya takdir dariNya. Aku banyak belajar dalam diam. Meneladani tiap insan datang dan pergi. Sejujurnya, semua membawa makna. Yang setia akan sentiasa dalam doanya, Yang misteri akan hilang entah ke mana. Setiap yang datang dan pergi itu, Ada perkara yang diajarkan Tuhan. Selamat belajar dengan penuh sabar! Jika Tuhan menghendaki sesuatu maka Kun fa ya kun! CC. http://se7gee.blogspot.my/

TOKOH-TOKOH ISLAM YANG SUKA MEMBACA

1.Ibn Rushd Beliau terkenal dengan seorang yang selalu membaca buku setiap saat. Tidak pernah beliau meninggalkan buku selama hidupnya kecuali dua malam sahaja, iaitu malam beliau bernikah dan malam ayahnya meninggal dunia. 2.Imam Ahmad bin Yahya   Selalu membawa buku ke mana beliau pergi. Setiap kali dijemput ke walimatul urus, beliau mensyaratkan agar tuan rumah menyiapkan tempat khas untuk meletakkan buku dan membaca. 3.Al Farabi Seorang ulama telah mengamanahkan beliau untuk menjaga buku-buku ulama tersebut selama  sepuluh tahun. Namun begitu, selepas sepuluh tahun berlalu ulama tersebut tidak pulang kembali ke bumi Farab. Al-Farabi telah menghabiskan masanya untuk membaca buku-buku yang diamanahkan. Ada di antara karya-karya yang terdapat dalam simpan tersebut dibaca berpuluh-puluh kali. Setiap kali beliau mengulang membaca sesebuah buku, beliau akan menemui pengetahuan, makrifat dan  hakikat baru tentang ilmu yang dibaca. 5. Ibn Sina Pernah suatu ketika, Ibn Sina membaca karya Me

I’M BACK

                                                            I’m back!! Honestly, tidak tahu hendak tulis tajuk apa pada post kali ni. Setiap kali memulakan ayat mesti akan padam lepas tu. But and then, tulis balik. Lepas tu padam. Tulis balik and so on. Ok firstly, hope you guys abaikan tulis bercampur- aduk dengan bahasa inggeris. If have some student are read this entry. I’m apologise and don’t ever try do same like this on your essay. Ok!šŸ˜‰ In fact, tiada idea pun nak tulis entri kali ini tapi disebabkan blog rasa macam dah lama tak tengok lepas tu rasa dah bersarang lebah. Lebih-lebih lagi perasaan membuak- buak  nak tulis something but macam kata tadi. I don’t have any idea right now. šŸ˜… Cakap pasal blog. Maybe some of you tak tahu yang sebenarnya saya ada dua blog. My ‘old blog’ and this blog. Actually for my first blog I was created I think same year or second year during I was studied. Tak ingatlah! But masa tu ramai yang ada blog and became a blogger. Waktu tu juga member ada

SENDA GURAU DUNIA AKHIRAT KEKAL ABADI

Semakin bertambah usia semakin banyak perkara yang dipelajari tentang hidup. Benar bak kata pujangga, "pengalaman mengajar erti hidup. Pengalaman mengukur kematangan seseorang. Semakin hebat ujian menimpa semakin kuat iman dan diri seseorang." Entri kali ini bukan dituju kepada sesiapa tetapi hanya untuk luahan pendapat tentang hidup. Hidup yang sementara. Hidup yang diibaratkan seperti roda. Hidup yang bersifat sementara dan manusia hanya seorang musafir di dunia ini. Benar! Dunia hanya tempat persinggahan dan akhirat jua yang kekal abadi. Tabahlah menghadapi asam garam dunia. La tahzan! Sabda Allah SWT: " Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Al-Rum:64) Jika menghadapi atau sedang menghadapi cabaran dunia. Jangan sedih! Jangan susah hati! Hadapi ujian itu dengan hati yang terbuka. Percaya pada diri bahawa anda seorang yang sangat istimew