Skip to main content

TIPS MENGURUS WANG SEMASA LOCKDOWN


 

Peningkatan kes COVID di Malaysia jika dilihat agak membimbangkan saban hari. Senario ini banyak memberi impak kepada golongan B40. Jika kita lihat sudah ada kes yang membabitkan rakyat Malaysia yang mengalami tekanan atau depression ekoran kesan ekonomi yang semakin lama semakin membimbangkan. Kes penggangguran semakin lama semakin tinggi. Peniaga-peniaga kecil semakin hilang punca pendapatan. Semakin ramai rakyat yang perlu dibantu dan meminta bantuan. Bantuan dari kerajaan jika dilihat sudah tidak seperti dulu lagi. Rakyat mengharapkan moratorium dari kerajaan seperti tahun lepas semakin sukar untuk terjadi lagi. Mengharapkan juga i-lestari. Rasanya agak mustahil. Apa yang boleh dikatakan agar rakyat boleh bertahan dan mencari pekerjaan yang boleh menampung hidup mereka. Bagi yang berkemampuan bolehlah sekiranya menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Keadaan  COVID melanda sekarang ini. Rasanya perlu bersiap sedia dengan perancang kewangan yang stabil dan bijak mengurus kewangan. Banyak blog, artikel dan buku yang sudah menjual berkaitan dengan pengurusan kewangan dan rasanya ramai yang sudah menyedari kepentingan soal penyimpanan wang sama di bank atau penyimpanan berbentuk pelaburan. So, disini  hasil pembacaan, saya nak kongsi sedikit  panduan bagaimana hendak mengurus wang semasa COVID melanda.šŸ˜Š

1. Perlu fahami pendapatan sediri yang mana kita asingkan perbelanjaan mengikut tiga iaitu pertama, belanja tetap. Belanja tetap ini seperti barang keperluan harian, bil-bil dan lain-lain. Kedua, belanja berubah. Contohnya, barang yang kita rasa hendak beli dan penting. Contohnya, maintenance kereta, rumah, dan lain-lain. Ketiga belanja untuk pelaburan. Contohnya, emas atau pelaburan seperti ASBF dan TH.

2. Fahami simpanan sendiri. Wang selebihnya boleh dibelanja untuk simpanan masa hadapan. Contohnya simpan wang di KWSP,ASB,TH dan tabung kecemasan. Tabung kecemasan sangat penting sekarang ini dan biasanya simpanan kecemasan adalah akuan yang tidak boleh sesuka hati keluar.

3. Semak gaya perbelanjaan kita. Contohnya, perlu tahu bezakan barang keperluan dan kemahuan. Biasanya kita utamakan dulu barang keperluan dan jika ada lebihan wang baru beli barang kemahuan. Kita perlu tahu juga aset dan liabiliti kita. Supaya tahu wang itu disalur kemana sama ada banyak ke aset atau liabiliti. Jangan sesekali buat hutang baru masa gawat ni. Bahaya. 

4. Perlu ada perlindungan seperti mengambil takaful perubatan dan kemalangan. Jika lihat sekarang kos perubatan semakin lama semakin tinggi. Lebih-lebih lagi time COVID ni. Bagi suami perlu ambil HIBAH untuk isteri dan anak-anak supaya mereka ada tempat pergantungan jika berlaku sesuatu perkara kepada si suami. 

5. Perlu belajar ilmu pelaburan dan at least ada satu bentuk pelaburan yang kita ambil untuk simpanan diri kita. Bagi wanita yang masih bujang rasanya sudah ada matlamat untuk ada rumah sendiri. Beli buku wanita bestari. Banyak info yang kita boleh dapat. šŸ˜˜


Diharapkan dengan tips diatas boleh membantu serba-sedikit semasa LOCKDOWN ni. 

Comments

Popular posts from this blog

MA QADARALLAH KHAIR

Ma qadarallah khair kan? Tuhan tu bukan sengaja temukan kita dengan orang begitu dan begini. Dan, Tiada frasa kebetulan melainkan semuanya takdir dariNya. Aku banyak belajar dalam diam. Meneladani tiap insan datang dan pergi. Sejujurnya, semua membawa makna. Yang setia akan sentiasa dalam doanya, Yang misteri akan hilang entah ke mana. Setiap yang datang dan pergi itu, Ada perkara yang diajarkan Tuhan. Selamat belajar dengan penuh sabar! Jika Tuhan menghendaki sesuatu maka Kun fa ya kun! CC. http://se7gee.blogspot.my/

TOKOH-TOKOH ISLAM YANG SUKA MEMBACA

1.Ibn Rushd Beliau terkenal dengan seorang yang selalu membaca buku setiap saat. Tidak pernah beliau meninggalkan buku selama hidupnya kecuali dua malam sahaja, iaitu malam beliau bernikah dan malam ayahnya meninggal dunia. 2.Imam Ahmad bin Yahya   Selalu membawa buku ke mana beliau pergi. Setiap kali dijemput ke walimatul urus, beliau mensyaratkan agar tuan rumah menyiapkan tempat khas untuk meletakkan buku dan membaca. 3.Al Farabi Seorang ulama telah mengamanahkan beliau untuk menjaga buku-buku ulama tersebut selama  sepuluh tahun. Namun begitu, selepas sepuluh tahun berlalu ulama tersebut tidak pulang kembali ke bumi Farab. Al-Farabi telah menghabiskan masanya untuk membaca buku-buku yang diamanahkan. Ada di antara karya-karya yang terdapat dalam simpan tersebut dibaca berpuluh-puluh kali. Setiap kali beliau mengulang membaca sesebuah buku, beliau akan menemui pengetahuan, makrifat dan  hakikat baru tentang ilmu yang dibaca. 5. Ibn Sina Pernah suatu ketika, Ibn Sina membaca karya Me

I’M BACK

                                                            I’m back!! Honestly, tidak tahu hendak tulis tajuk apa pada post kali ni. Setiap kali memulakan ayat mesti akan padam lepas tu. But and then, tulis balik. Lepas tu padam. Tulis balik and so on. Ok firstly, hope you guys abaikan tulis bercampur- aduk dengan bahasa inggeris. If have some student are read this entry. I’m apologise and don’t ever try do same like this on your essay. Ok!šŸ˜‰ In fact, tiada idea pun nak tulis entri kali ini tapi disebabkan blog rasa macam dah lama tak tengok lepas tu rasa dah bersarang lebah. Lebih-lebih lagi perasaan membuak- buak  nak tulis something but macam kata tadi. I don’t have any idea right now. šŸ˜… Cakap pasal blog. Maybe some of you tak tahu yang sebenarnya saya ada dua blog. My ‘old blog’ and this blog. Actually for my first blog I was created I think same year or second year during I was studied. Tak ingatlah! But masa tu ramai yang ada blog and became a blogger. Waktu tu juga member ada

SENDA GURAU DUNIA AKHIRAT KEKAL ABADI

Semakin bertambah usia semakin banyak perkara yang dipelajari tentang hidup. Benar bak kata pujangga, "pengalaman mengajar erti hidup. Pengalaman mengukur kematangan seseorang. Semakin hebat ujian menimpa semakin kuat iman dan diri seseorang." Entri kali ini bukan dituju kepada sesiapa tetapi hanya untuk luahan pendapat tentang hidup. Hidup yang sementara. Hidup yang diibaratkan seperti roda. Hidup yang bersifat sementara dan manusia hanya seorang musafir di dunia ini. Benar! Dunia hanya tempat persinggahan dan akhirat jua yang kekal abadi. Tabahlah menghadapi asam garam dunia. La tahzan! Sabda Allah SWT: " Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Al-Rum:64) Jika menghadapi atau sedang menghadapi cabaran dunia. Jangan sedih! Jangan susah hati! Hadapi ujian itu dengan hati yang terbuka. Percaya pada diri bahawa anda seorang yang sangat istimew