Setiap daripada kita mesti hendak berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi sama ada dalam bidang kerjaya, kewangan, keluarga atau pun masyarakat. Tapi bagaimana caranya? Disini saya kongsi beberapa tips daripada buku 55 petua orang berjaya oleh Dato Dr. Fadzilah Kamsah dan Fadzli Yusof.
PETUA 1:
Tetapkan matlamat yang tinggi, tetapi jangan terlalu idealistik. Tetapkan matlamat jangka panjang, jangka sederhana dan jangka pendek. Kemas kini matlamat ini setiap kali saudara berjaya mencapai salah satu daripadanya. Semakin berjaya, semakin tinggi matlamat yang boleh difikirkan.
PETUA 2:
Tetapkan tumpuan. Pernahkan kita menonton perlawanan badminton? Pernahkan kita melihat ada orang mendahului lawan, tetapi tidak lama kemudian akhirnya dia tewas. Kenapa? Antara alasan yang popular adalah hilang tumpuan. Hidup kita juga umpama bermain badminton, mesti sentiasa tetapkan tumpuan dan fokus. Sama juga semasa bermesyuarat, belajar, berbual, membaca, menonton dan lain-lain. Jangan buang masa dengan melakukan sesuatu tanpa tumpuan yang sepenuhnya.
PETUA 3:
Kemahiran 4M iaitu membaca, mendengar, menulis dan membentang. Pada zaman sekarang, ketiga-tiga kemahiran ini penting. Bahkan kadangkala ia mendesak. Membaca dan mendengar adalah kemahiran menerima maklumat, manakala menulis dan membentang adalah kemahiran menyampaikan idea. Kemahiran membentang memerlukan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran komunikasi, interpersonal dan percakapan awam. Kemahiran 4M mestilah diintegrasikan. Kita tidak dapat hasil yang sebenar apabila kita hanya memiliki sebahagian daripadanya. Ia adalah pakej yang mesti dimiliki bersama.
PETUA 4:
Jdilah jurulatih. Jangan kedekut ilmu. Ajarlah kepada orang lain untuk melakukannya bersama. Kita tidak rugi apa-apa apabila mengajar kepada orang lain. Bahkan kita akan lebih faham dan diberikan idea-idea yang lebih baik dalam menjadi jurulatih. Semakin ramai orang yang kita latih semakin hebat kemampuan kita. Kenapa? Kerana Tuhan itu telah menciptakan perkara itu sedemikian rupa.
PETUA 5:
Muhammad bin Abdullah menyebut," Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat." Kenapa? Selain dapat menyampaikan idea-idea Nabi, Kita juga dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan kita ketika mengajar orang lain berkenaan perkara itu. Oleh itu jangan kedekut ilmu.
PETUA 6:
Jangan hangat-hangat tahi ayam. Jika ingin menjadi lebih baik daripada orang lain. Maksud disini jangan mula-mula je bersemangat lepas tu back to normal. Nanti tak pasal-pasal orang pun ketawakan kita.
Comments