Sebelum saya coret entri kali ini nak bagitahu dulu gambar atas tu tiada kaitan dengan entri ini ya. š
Mana satu pilihan hati? tajuk entri pun baca agak gempakkan. Sebenarnya nak share kat korang jika diberi pilihan korang lebih refer buku konvesional or buku digital. yelah! dengan kecanggihan teknologi kini banyak sekarang orang lebih refer buku-buku digital atau juga dikenali sebagai e-book.
Tapi bagi saya, saya lebih refer buku konvesional sebab mungkin sudah terbiasa baca-baca buku yang telah dibukukan. Lagipun bagi saya, buku ni sebenarnya ada nilai sentimen bagi seseorang. Macam saya passion terhadap buku sebenarnya dah lama sejak belajar lagi. So bagi saya buku ini ada aura dan ada sentimen dalam diri seseorang. Saya tak tahulah bagi readers yang lain. Saya boleh ibaratkan buku ini aura dia sama macam bila kita berada dalam library.
Kenapa saya samakan dengan berada di library? Sebab bukan semua orang boleh duduk berjam-jam lama dalam library tau. Ada yang boleh duduk paling lama pun dalam 1 jam atau setengah jam sahaja. Tapi bagi readers tak mustahil boleh duduk lama kadang- kadang tu dari pagi sampai ke malam. So, mesti ramai yang pelik macam mana orang macam kami boleh duduk lama dalam library. Saya boleh cakap bagi saya banyak benda yang boleh kami baca dalam library. banyak genre-genre buku yang boleh kami lihat or baca. Apa sahaja genre dan for your information when we're read a book its like we're living in different world.
Kenapa saya cakap macam tu? bila kita baca sesebuah buku. Contohnya buku fiksyen la. Sebenarnya kami boleh membayangkan kami berada dalam dunia buku tersebut dan merasai apa perasaan watak dalam buku tersebut. Sebab itulah pernah tak dengar pepatah pasal buku or readers. Kebanyakkannya mesti berkata bila membaca ibarat berada situasi or dunia yang berbeza. Ok! kalau tak percaya boleh go0gle lepas ni ya. š
Itu pasal buku konvesional dan libary. kalau buku digital pula sebenarnya baru-baru ni sahaja popular. Tapi di Malaysialah. Kalau di luar negara buku-buku digital sudah lama juga la popular dan ini seiring dengan teknologi. Sebenarnya buku digital pun jika kita lihat banyak memberi kemudahan kepada seseorang reader dan paling yang saya suka bila buku- buku digital kebanyakkannya free atau harga yang ditawarkan sangat-sangatlah murah berbanding dengan buku konvesional. Sebab apa saya kata macam tu? Sebab memang buku- buku digital ini free je. Especially kalau korang suka buku-buku english dan indonesia. Berlambak kat laman-laman web. Ada sesetengah buku kalau kita beli buku konvesional lebih banyak berbanding buku-buku digital yang boleh dapat free je.
Contohlah, jika korang nak beli dan kumpul koleksi buku Harry Potter di kedai buku. Harga satu buku Harry Potter dalam rm30+. So, korang darablah kalau buku Harry Potter tu ada 6 buku. So, dah berapa dah? Tapi kalau korang download e- book Harry Potter dapat free je. Sebab di eropah memang buku-buku digital sudah banyak di upload dan semuanya adalah free sahaja. Sebab masyarakat eropah kebanyakkan suka membaca.
Lagi satu, kenapa saya cakap buku - buku digital ini banyak juga diterjemahkan dalam bahasa Indonesia. Bukan bermaksud orang Indon ini suka membaca. Tapi kebanyakkan orang Indon yang intelek ini menyedari buku-buku Inggeris perlu diterjemah supaya masyarakat mereka boleh membaca dan meningkatkan ilmu pengetahuan. Satu saya respect dengan orang Indon, mereka ini sikap jati diri terhadap negara mereka sangat kuat. So, jaranglah kita dengar mereka mengutuk negara mereka. Tapi satu je sikap mereka yang 'kureng' sikit. Suka claim itu barang mereka walaupun hakikatnya mereka pun banyak ciplak barang orang lain. Ok! faham-faham sendirilah. š
So, kesimpulannya pilihan antara buku konvesional dan buku digital adalah pilihan masing-masing. Macam saya cakapkan tadi saya lebih refer pada buku konvesional sebab buku-buku ini ada sentimen dan aura. Lepas tu saya suka lihat koleksi-koleksi buku yang dibeli. Tak baca pun tak pe asalkan dapat tengok buku-buku sendiri pun dah puas hati. š
Tapi ada juga yang refer pada buku digital. Mungkin buku-buku jenis ini senang dibaca dan boleh dibaca di mana-mana as long as ada handset or tablet kat tangan. So, terus boleh baca. Lagipun buku-buku digital sangat murah harganya berbanding buku-buku konvesional. Lebih-lebih lagi buku english. Macam saya katakan tadi lah. So,kalau korang pilih yang mana satu?
Comments