Negara Saudi kini terbentuk melalui tiga peringkat iaitu Kerajaan Saudi Pertama, Kerajaan Saudi Kedua dan terakhir Kerajaan Saudi Ketiga ataupun dikenali sebagai Arab Saudi Moden. Kerajaan Saudi Pertama berlaku pada zaman kegemilangan Amir Muhammad Ibn Saud yang telah dibantu oleh Ibn Abdul Wahhab. Amir Muhammad merupakan seorang pemerintah Ibu Kota Dir'iyah. Apabila beliau memberikan perlindungan kepada Abdul Wahhab. Abdul Wahhab telah menjanjikan bahawa Amir Muhammad akan memperoleh satu jajahan kerajaan yang besar sekiranya beliau membantu dalam menyebarkan ajaran tauhid ini dan hal ini terbukti dengan wujudnya Negara Saudi kini. Usaha Amir Muhammad telah diteruskan oleh anaknyanya iaitu Abdul Aziz. Pada zaman Abdul Aziz pula, beliau telah menjalankan aktiviti ketenteraan, pentadbiran dan dakwah. Abdul Wahhab masih lagi menjadi penasihat kepada Abdul Aziz sehingga kewafatannya pada tahun 1792. Sejak kewafatan Abdul Wahhab mulalah masalah kepada Abdul Aziz kerana menerima...