Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2021

PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)

  PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) TAMBAHAN BERNILAI RM2.1 BILION SECARA BERPERINGKAT MULAI 30 JUN 2021 (RABU)⠀⠀⠀⠀ Di bawah PEMERKASA+, Kerajaan telah mengumumkan BPR Tambahan bagi tujuan membantu meredakan cabaran yang dihadapi terutamanya ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan pembayaran BPR Tambahan akan bermula pada 30 Jun 2021 secara berperingkat. ⠀⠀ ⠀⠀ Secara keseluruhan, sejumlah RM9.1 bilion telah disediakan oleh Kerajaan bagi pelaksanaan BPR, di mana Fasa 1, Fasa 2 dan BPR Tambahan telah dan sedang disalurkan kepada hampir 8.4 juta rakyat dengan peruntukan RM6.78 bilion manakala jangkaan pembayaran Fasa 3 pula pada September 2021 dianggarkan berjumlah RM2.32 bilion. ⠀ ⠀ Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan Rakyat. Kerajaan berharap agar bantuan tunai ini akan meringankan beban golongan B40 terutamanya mereka yang

APAKAH PERKARA YANG PERLU LAKUKAN SEMASA COVID MELANDA NEGARA

  Sudah setahun lebih negara kita dilanda dengan virus COVID ini. Dengan senario sekarang jika dilihat kes yang tinggi melebihi seribu kes sehari menyebabkan rakyat semakin lama semakin tertekan dengan dugaan yang mereka perlu hadapi. Semakin lama semakin hilang punca pendapatan rakyat terutamanya bagi golongan pendapatan rendah dan paling terkesan adalah golongan peniaga-peniaga kecil kerana peniagaan mereka tidak beroperasi seperti biasa.  Kemudian kita diberitakan dengan kes bunuh diri yang semakin hari semakin berlaku menunjukkan bahawa sudah ramai masyarakat yang mengalami tekanan hidup dan sudah tiada tempat bergantung. Ini menunjukkan keadaan yang membimbangkan dan perlu di ambil serius oleh kerajaan dan masyarakat. Namun, dengan pengkabaran bantuan daripada pihak kerajaan dengan menawarkan beberapa bantuan kepada rakyat seperti I-Sinar, Motarium, BPR dan lain-lain harap sedikit sebanyak boleh membantu meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat. Baru-baru ini kempen kibarkan be

HUTANG: SATU TABIAT SUKAR DIKAWAL BY AFYANIFP

  Berhutang ini satu tabiat, dan ia berkaitan dengan mindset. Orang yang suka berhutang, sampai bila-bila akan berterusan suka berhutang jika tidak diubah mindsetnya. Mindset berkaitan dengan apa yang kita percaya, kemudian ia akan lahirkan tindakan dan kemudian mengeluarkan hasil. Akhir sekali ia menjadi satu tabiat. PERCAYA —> TINDAKAN —> HASIL —> TABIAT Ia adalah satu kitaran. Contoh begini; PERCAYA: Hutang menyelesaikan masalah TINDAKAN: Berhutang, buat personal loan. HASIL : Dapat duit hasil personal loan tadi TABIAT: Suka berhutang Kitaran ini akan terus berulang dan berulang. Ubah Kepercayaan dan Tindakan. TABIAT suka berhutang adalah berpunca dari KEPERCAYAAN bahawa hutang boleh membantu mendapatkan wang dengan cepat. Ia diperkukuhkan lagi apabila, setiap kali mengambil TINDAKAN untuk berhutang personal loan, memang akan dapat HASIL iaitu wang jumlah yang dimohon. Jadi untuk mengatasi masalah ini, ialah dengan mengubah mindset. Ubah kepercayaan dan tindakan. Ia akan me

SULTAN HAMID II: KHALIFAH TERAKHIR KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH

  Wafatnya sultan abdul Hamid ll. Khalifah terakhir empayar turki uthmaniah  pada 10 feb 1918

BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)

  Bantuan Prihatin Rakyat, Demi Kelangsungan Hidup⠀ ⠀ Pandemik COVID-19 menyaksikan negara dilanda musibah yang tidak pernah dihadapi sebelum ini. Yang paling terkesan tentulah rakyat, terutamanya golongan B40 dan mudah terjejas.⠀ ⠀ Oleh itu, Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), iaitu sebuah inisiatif bantuan tunai buat rakyat demi memastikan kelangsungan hidup rakyat. Diperkenalkan di bawah #Belanjawan2021, BPR juga telah ditambah baik di bawah PEMERKASA+  dengan peruntukan keseluruhan RM9.6 bilion bagi tahun 2021. ⠀  Kini rayuan BPR telah dibuka dari 15 - 30 Jun 2021 bagi memastikan mereka yang layak mendapat manfaat dari inisiatif ini. Untuk mereka yang masih belum memohon, permohonan masih dibuka sehingga esok (30 Jun 2021) melalui https://bpr.hasil.gov.my/  Ikuti video ringkas ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai cara membuat rayuan BPR.

PETUA ORANG BERJAYA

  Setiap daripada kita mesti hendak berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi sama ada dalam bidang kerjaya, kewangan, keluarga atau pun masyarakat. Tapi bagaimana caranya? Disini saya kongsi beberapa tips daripada buku 55 petua orang berjaya oleh Dato Dr. Fadzilah Kamsah dan Fadzli Yusof. PETUA 1: Tetapkan matlamat yang tinggi, tetapi jangan terlalu idealistik. Tetapkan matlamat jangka panjang, jangka sederhana dan jangka pendek. Kemas kini matlamat ini setiap kali saudara berjaya mencapai salah satu daripadanya. Semakin berjaya, semakin tinggi matlamat yang boleh difikirkan. PETUA 2: Tetapkan tumpuan. Pernahkan kita menonton perlawanan badminton? Pernahkan kita melihat ada orang mendahului lawan, tetapi tidak lama kemudian akhirnya dia tewas. Kenapa? Antara alasan yang popular adalah hilang tumpuan. Hidup kita juga umpama bermain badminton, mesti sentiasa tetapkan tumpuan dan fokus. Sama juga semasa bermesyuarat, belajar, berbual, membaca, menonton dan lain-lain. Jangan buang mas

SAMARITAN: PECAHAN YAHUDI YANG MENUNGGU “NABI MUHAMMAD”

  Samaritan adalah nama sebuah agama kuno yang diamalkan oleh masyarakat Samaria. Mereka telah memisahkan agama tersebut dari agama Yahudi sekitar 2,000 tahun yang lalu.   Komuniti agama ini masih lagi wujud hingga sekarang. ‘Samaritan’ berasal daripada perkataan Ibrani, ‘Samerim’ yang bermaksud penjaga. Manakala ‘Samaritan’ pula adalah agama yang menjaga undang-undang Taurat. Ia juga dikenali sebagai agama Abrahamik yang berkait rapat dengan agama Yahudi. Mereka mendakwa agama mereka adalah ajaran Nabi Musa yang asli berbanding Yahudi. Sejarah agama Samaritan agak panjang kerana mereka juga merupakan keturunan Ibrani dan agama mereka telah wujud sekian lama di Timur Tengah. Penganut Samaritan hidup di daerah tebing barat Palestin atau pergunungan Gerizim. Gunung Gerizim merupakan kiblat bagi penganut Samaritan.  Daerah itu merupakan tanah suci bagi masyarakat Samaritan kerana rumah ibadah mereka pernah didirikan di situ. Mereka percaya bahawa di Gunung Gerizim inilah lokasi Nabi Ibrah

TIPS MENGURUS WANG SEMASA LOCKDOWN

  Peningkatan kes COVID di Malaysia jika dilihat agak membimbangkan saban hari. Senario ini banyak memberi impak kepada golongan B40. Jika kita lihat sudah ada kes yang membabitkan rakyat Malaysia yang mengalami tekanan atau depression ekoran kesan ekonomi yang semakin lama semakin membimbangkan. Kes penggangguran semakin lama semakin tinggi. Peniaga-peniaga kecil semakin hilang punca pendapatan. Semakin ramai rakyat yang perlu dibantu dan meminta bantuan. Bantuan dari kerajaan jika dilihat sudah tidak seperti dulu lagi. Rakyat mengharapkan moratorium dari kerajaan seperti tahun lepas semakin sukar untuk terjadi lagi. Mengharapkan juga i-lestar i. Rasanya agak mustahil. Apa yang boleh dikatakan agar rakyat boleh bertahan dan mencari pekerjaan yang boleh menampung hidup mereka. Bagi yang berkemampuan bolehlah sekiranya menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Keadaan  COVID melanda sekarang ini. Rasanya perlu bersiap sedia dengan perancang kewangan yang stabil dan bijak mengurus k