Tahun 2025 akan berlabuh pergi meninggalkan kita dalam seribu kenangan yang akhirnya membentuk versi terbaik diri kita untuk kali ini. Sudah lama rasanya sudah tidak mencurah idea dan rasa dalam bentuk penulisan. Bukan sebab kekangan masa mungkin kerana tiada idea dan hati untuk menzahirkannya disini. RINDU! Ya, rindu dengan masa dan diri yang dulu. Yang hanya memikirkan sibuknya diri dalam menyiapkan tugasan leturer . Ya, rindu dengan senario semasa study. Rindu dengan bau dan rasa nasi lemak dan kopi di cafe library. Rindu dengan suasana dikelilingi buku-buku, akhbar lama, jurnal, majalah dan menu di Akrib Negara. Rindu juga dengan pak cik bas yang serius membawa bas dan ada waktu ketika ramah menyapa diri ini. Rindu diri ini semasa menunggu bas di bangunan Mahkamah Tinggi selepas selesai mencari bahan untuk assigment dan latihan ilmiah akhir semester. Tapi semua itu… Sudah berlalu meninggalkan diri ini.. Diri yang masih mencari dan membentuk versi diri yang terbaik sepan...
Saat hati sedang di landa ribut taufan yang tak mahu berhenti. Saat diri mahu bertukar menjadi raksasa dan mengamuk dengan semua yang ada. Saat fikiran berserabut seperti benang kait yang bersimpulan tiada tanda penghujung. Saat dunia kelihatan seperti hitam kelam tanpa warna yang menyerikannya. Saat itu datang pelangi yang mencuri masuk dalam pandangan. Saat itu datang matahari seperti segan memancarkan cahaya di kegelapan. Saat itu jugalah datang si burung berkicauan mematikan lamunan bahawa raksasa itu hanya wujud dalam bayangan. Apabila hati bersulamkan suramnya awan gelap di awangan, Allah datangkan cahaya rembulan dari kejauhan untuk bantuan berjalan supaya tidak jatuh terhempas dek kegelapan. Datangnya dalam bentuk tulisan. Yang diilhamkan oleh Tuhan kepada mahluknya yang berlainan. Matahari ; Sesungguhnya Nabi telah bersabda; "Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji s...