Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

14 REASONS TO LOVE A WOMAN WHO READS

  1. She's intelligent. The more books she reads, the more she knows about the world. Plus, she gives her mind a good workout on a daily basis which helps keep her sharp. Constant reading is also known to improve vocabulary and writing skills. 2. She's curious. She is curious about the world and the people and things in it. Women who read will usually have a collection of books on different topics and are eager to learn new things. 3. She serves as a great trivia partner. As she collects books, she will also collect facts, many of them completely random. A lady full of information is a great trivia partner so make sure to bring her to your favorite bar on their trivia night. 4. She's low-maintenance. She is used to snuggling up in bed with a cup of tea and a good book, so she knows how to just chill out and relax. 5. She's an expert conversationalist.  While many women who read are considered reserved, this doesn’t mean that they don’t have great conversations. Since sh

MANA SATU PILIHAN HATI?

  Sebelum saya coret entri kali ini nak bagitahu dulu gambar atas tu tiada kaitan dengan entri ini ya. 😁 Mana satu pilihan hati? tajuk entri pun baca agak gempakkan. Sebenarnya nak share kat korang  jika diberi pilihan korang lebih refer buku konvesional or buku digital. yelah! dengan kecanggihan teknologi kini banyak sekarang orang lebih refer buku-buku digital atau juga dikenali sebagai e-book.   Tapi bagi saya, saya lebih refer buku konvesional sebab mungkin sudah terbiasa baca-baca buku yang telah dibukukan. Lagipun bagi saya, buku ni sebenarnya ada nilai sentimen bagi seseorang. Macam saya passion terhadap buku sebenarnya dah lama sejak belajar lagi. So bagi saya buku ini ada aura dan ada sentimen dalam diri seseorang. Saya tak tahulah bagi readers yang lain. Saya boleh ibaratkan buku ini aura dia sama macam bila kita berada dalam library. Kenapa saya samakan dengan berada di library ? Sebab bukan semua orang boleh duduk berjam-jam lama dalam library tau. Ada yang boleh

TOKOH-TOKOH ISLAM YANG SUKA MEMBACA

1.Ibn Rushd Beliau terkenal dengan seorang yang selalu membaca buku setiap saat. Tidak pernah beliau meninggalkan buku selama hidupnya kecuali dua malam sahaja, iaitu malam beliau bernikah dan malam ayahnya meninggal dunia. 2.Imam Ahmad bin Yahya   Selalu membawa buku ke mana beliau pergi. Setiap kali dijemput ke walimatul urus, beliau mensyaratkan agar tuan rumah menyiapkan tempat khas untuk meletakkan buku dan membaca. 3.Al Farabi Seorang ulama telah mengamanahkan beliau untuk menjaga buku-buku ulama tersebut selama  sepuluh tahun. Namun begitu, selepas sepuluh tahun berlalu ulama tersebut tidak pulang kembali ke bumi Farab. Al-Farabi telah menghabiskan masanya untuk membaca buku-buku yang diamanahkan. Ada di antara karya-karya yang terdapat dalam simpan tersebut dibaca berpuluh-puluh kali. Setiap kali beliau mengulang membaca sesebuah buku, beliau akan menemui pengetahuan, makrifat dan  hakikat baru tentang ilmu yang dibaca. 5. Ibn Sina Pernah suatu ketika, Ibn Sina membaca karya Me

KECANTIKAN BIDADARI SYURGA

  I bnu Al-Qayyim menawan hati para pendengar dengan ucapannya ketika dia menggambarkan bidadari di dalam syurga sebagai berikut, "Jika engkau bertanya tentang para bidadari, maka ketahuilah bahawa mereka adalah gadis-gadis remaja yang sebaya. Di dalam diri mereka mengalir ghairah dara muda. Pipi mereka seindah mawar dan buah epal. Tubuh mereka padat bagaikan buah delima. Tutur kata yang keluar dari mulut mereka bagaikan batu-batu permata yang teruntai. Kelembutan dan gemalainya sangat mempersonakan. Kalau tersenyum, giginya bersinar bagai sinar petir. Ketika bertemu kekasihnya, maka keduanya bagai matahari dan bulan. Jika berbicara dengan kekasihnya, maka bagaimanakah bayanganmu ketika dua kekasih saling berbicara. Ketika memeluk kekasihnya, maka dapat kamu bayangkan ketika dua dahan sedang berpelukan. Keindahan badannya dapat dilihat dari pipinya, seperti keindahan cermin dapat dilihat kemilaunya. Betisnya sangat mempersonakan, dagingnya dapat terluhat kerana tidak terhalangi ol

AMANAT SYEIKH AHMAD YASIN (MY OLD POST)

           Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Sabda Rasulullah SAW “Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh, mereka ini menolak Islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang Islam. Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin.” Syeikh Ahmad Yasin  yang begitu kecewa dan sedih dengan bangsa Arab telah berkata: “Tidakkah kamu semua lihat, wahai bangsa Arab sudah sampai ke tahap mana keadaan ini? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini). Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan. Adakah segala penyakit dan k

WARKAH TERAKHIR FARISHA @ FARHANA

“Sasha!!!Sasha!!!!Sashaaaa!!” Jeritan Saiful bergema diseluruh bilik mayat Hospital Pantai Alam.Dia tidak menyangka pertemuan di Putrajaya adalah pertemuan yang terakhir mereka..Air mata Saiful mengalir laju seperti titisan-titisan hujan yang lebat dan jatuh di muka Sasha..Kenangan lalu bermain di fikiran… “Abang,Sasha pergi sekejap sahaja..Bukan lama pun..Sasha hendak mencari indentiti Sasha selama ini..Sasha hendak tahu siapa diri Sasha sebenarnya..Ibubapa Sasha…Adik beradik Sasha..”Sasha memegang tangan Saiful untuk menyakinkannya. “Abang takut kehilangan Sasha..Abang tak sanggup,” “Tak adalah bang…Itu semua kuasa Allah..Jika kita tiada jodoh di dunia..Akhiratkan ada..Nabi adam dan Hawa lagilah..Bertahun-tahun berpisah..Bersama juga akhirnya.Abang janganlah risau..Sasha pergi sekejap aja,”Sasha terus menyakinkan Saiful.. Hati Saiful masih lagi  resah walaupun mendengar kata-kata Sasha…Kenapa dia rasakan pertemuan ini adalah pertemuan terakhir bagi mereka..Saiful merasakan akan kehil

BUATMU YANG TERINDAH

Dunia ini bagaikan satu permainan Kadang-kala kita berasa sedih Kadang-kala kita berasa gembira Kadang-kala kita berasa rindu Kadang-kala kita berasa marah Dan kadang-kala kita berasa sakit hati Jika kita berfikir semua  perasaan ini berlaku jika adanya CINTA   Ya, Cinta yang Allah kurniakan kepada manusia  Cinta yang membuatkan manusia terpesona  Cinta yang sering disebut-sebut Manusia suka dengan cinta  Kerna cinta itu indah Cinta juga satu fitrah Cinta membuatkan manusia berkasih-sayang Begitu hebat kuasa cinta Tetapi cinta juga boleh menghancurkan kita  Sebab itulah cinta perlu dikawal Jangan biarkan cinta menguasai diri Kerna ia akan merosakkan kita akhirnya  Kita yang perlu menguasai cinta  Kerna disitu kita akhirnya akan menemui cinta yang sejati Alangkah seronoknya cinta yang dimiliki seperti cinta Rasulullah dengan Khadijah Alangkah seronoknya cinta yang dimiliki seperti cinta Ali kepada Fatimah az-zahra Alangkah seronoknya cinta itu mulia seperti cinta Nabi Ibrahim kepada Haj