Skip to main content

Posts

Showing posts from 2023

LA TAHZAN! SESUNGGUHNYA ALLAH ITU ADA

  Saat hati sedang di landa ribut taufan yang tak mahu berhenti. Saat diri mahu bertukar menjadi raksasa dan mengamuk dengan semua yang ada. Saat fikiran berserabut seperti benang kait yang bersimpulan tiada tanda penghujung. Saat dunia kelihatan seperti hitam kelam tanpa warna yang menyerikannya. Saat itu datang pelangi yang mencuri masuk dalam pandangan. Saat itu datang matahari seperti segan memancarkan cahaya di kegelapan. Saat itu jugalah datang si burung berkicauan mematikan lamunan bahawa raksasa itu hanya wujud dalam bayangan. Apabila hati bersulamkan suramnya awan gelap di awangan, Allah datangkan cahaya rembulan dari kejauhan untuk bantuan berjalan supaya tidak jatuh terhempas dek kegelapan. Datangnya dalam bentuk tulisan. Yang diilhamkan oleh Tuhan kepada mahluknya yang berlainan. Matahari ; Sesungguhnya Nabi telah bersabda; "Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji s

KISAH CINTA TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK

  Pernah mendengar kisah tenggelamnya kapal van der wijck? Sebuah ceritera cinta hasil karya Buya Hamka memberi banyak pengajaran yang boleh kita peroleh.   Kisah cinta antara zainuddin dan hayati yang mendapat tentangan keluarga dan adat menyebabkan zainuddin kecewa dan membawa diri merantau ke tempat asing dan memulakan hidup yang baru. Berkat kesabaran dan kekuatan akhirnya zainuddin berjaya menjadi seorang penulis terkenal dan kaya-raya. Namun, desebalik kekayaannya itu hati zainuddin masih lagi kosong dan menjadi seorang perindu. Rindukan seseorang yang bukan lagi miliknya. Dengan kuasa Allah, telah berlaku pertemuan yang tidak disangka oleh zainuddin. Hari dia bertemu hayati yang masih lagi ada sisa perharapan untuk bersama zainuddin. Namun, pertemuan itu bukan diharapkan oleh zainuddin dan menyebabkan hayati kembali semula ke kampung halaman atas percakapan zainuddin yang menyakitkan hati ikutkan egonya sendiri. Hayati membawa diri kekecewaan di atas kapal yang membawa nasib mal

KEREDHAAN MENCARI REDHA ILAHI

 Dia masih lagi berjalan Dalam kegelapan menuju pencahayaan Hati terdetik rasa tenang Rasa mahu terbang Menggapai bintang Syukur diucapkan pada tuhan Jalan pulang dapat ditemukan Tinggal untuk kekal pada suatu jalan Yang bukan bunga ros menjadi hamparan Malah kadang-kala duri berdiri dipermukaan Masih lagi, putus asa itu tiada dalam fikiran Semoga... Kita semua dalam keredhaan Keredhaan Tuhan yang Maha Menciptakan Semoga.. Jannah menjadi pengakhiran Tunjukkan kami jalan yang lurus (Al Fatihah 1-6) InsyaAllah Hasil nukilan 2012MAY30