Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2020

KECANTIKAN BIDADARI SYURGA

  I bnu Al-Qayyim menawan hati para pendengar dengan ucapannya ketika dia menggambarkan bidadari di dalam syurga sebagai berikut, "Jika engkau bertanya tentang para bidadari, maka ketahuilah bahawa mereka adalah gadis-gadis remaja yang sebaya. Di dalam diri mereka mengalir ghairah dara muda. Pipi mereka seindah mawar dan buah epal. Tubuh mereka padat bagaikan buah delima. Tutur kata yang keluar dari mulut mereka bagaikan batu-batu permata yang teruntai. Kelembutan dan gemalainya sangat mempersonakan. Kalau tersenyum, giginya bersinar bagai sinar petir. Ketika bertemu kekasihnya, maka keduanya bagai matahari dan bulan. Jika berbicara dengan kekasihnya, maka bagaimanakah bayanganmu ketika dua kekasih saling berbicara. Ketika memeluk kekasihnya, maka dapat kamu bayangkan ketika dua dahan sedang berpelukan. Keindahan badannya dapat dilihat dari pipinya, seperti keindahan cermin dapat dilihat kemilaunya. Betisnya sangat mempersonakan, dagingnya dapat terluhat kerana tidak terhalangi ol

AMANAT SYEIKH AHMAD YASIN (MY OLD POST)

           Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Sabda Rasulullah SAW “Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh, mereka ini menolak Islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang Islam. Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin.” Syeikh Ahmad Yasin  yang begitu kecewa dan sedih dengan bangsa Arab telah berkata: “Tidakkah kamu semua lihat, wahai bangsa Arab sudah sampai ke tahap mana keadaan ini? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini). Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan. Adakah segala penyakit dan k

WARKAH TERAKHIR FARISHA @ FARHANA

“Sasha!!!Sasha!!!!Sashaaaa!!” Jeritan Saiful bergema diseluruh bilik mayat Hospital Pantai Alam.Dia tidak menyangka pertemuan di Putrajaya adalah pertemuan yang terakhir mereka..Air mata Saiful mengalir laju seperti titisan-titisan hujan yang lebat dan jatuh di muka Sasha..Kenangan lalu bermain di fikiran… “Abang,Sasha pergi sekejap sahaja..Bukan lama pun..Sasha hendak mencari indentiti Sasha selama ini..Sasha hendak tahu siapa diri Sasha sebenarnya..Ibubapa Sasha…Adik beradik Sasha..”Sasha memegang tangan Saiful untuk menyakinkannya. “Abang takut kehilangan Sasha..Abang tak sanggup,” “Tak adalah bang…Itu semua kuasa Allah..Jika kita tiada jodoh di dunia..Akhiratkan ada..Nabi adam dan Hawa lagilah..Bertahun-tahun berpisah..Bersama juga akhirnya.Abang janganlah risau..Sasha pergi sekejap aja,”Sasha terus menyakinkan Saiful.. Hati Saiful masih lagi  resah walaupun mendengar kata-kata Sasha…Kenapa dia rasakan pertemuan ini adalah pertemuan terakhir bagi mereka..Saiful merasakan akan kehil

BUATMU YANG TERINDAH

Dunia ini bagaikan satu permainan Kadang-kala kita berasa sedih Kadang-kala kita berasa gembira Kadang-kala kita berasa rindu Kadang-kala kita berasa marah Dan kadang-kala kita berasa sakit hati Jika kita berfikir semua  perasaan ini berlaku jika adanya CINTA   Ya, Cinta yang Allah kurniakan kepada manusia  Cinta yang membuatkan manusia terpesona  Cinta yang sering disebut-sebut Manusia suka dengan cinta  Kerna cinta itu indah Cinta juga satu fitrah Cinta membuatkan manusia berkasih-sayang Begitu hebat kuasa cinta Tetapi cinta juga boleh menghancurkan kita  Sebab itulah cinta perlu dikawal Jangan biarkan cinta menguasai diri Kerna ia akan merosakkan kita akhirnya  Kita yang perlu menguasai cinta  Kerna disitu kita akhirnya akan menemui cinta yang sejati Alangkah seronoknya cinta yang dimiliki seperti cinta Rasulullah dengan Khadijah Alangkah seronoknya cinta yang dimiliki seperti cinta Ali kepada Fatimah az-zahra Alangkah seronoknya cinta itu mulia seperti cinta Nabi Ibrahim kepada Haj

LA TAHZAN! SESUNGGUHNYA ALLAH ITU BERSAMA KITA

La tahzan (jangan bersedih).. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita tanpa kita sedari. Adakah kita mengetahui? Percayalah!!  KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN QURAN MENJAWAB : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."- Surah Al-Baqarah ayat 216 KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?  QURAN MENJAWAB : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."- Surah