Skip to main content

TUHAN MASIH MELINDUNGI DIRIKU



Banyak benda yang bermain difikiran. Merenung bulan dan bintang memberikan satu gambaran bahawa sungguh indah ciptaan tuhan. Ditambahi dengan bunyi cengkerik membuatkan hati ini menjadi damai dan tenteram. Kenapa malam ini begitu indah? Monolog aku. Tanpaku sedari…

 Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". 

 (Surah Ali-Imran ayat 190-194) 

SubhanAllah! Aku mengambil surat pemberian Asma pada petang tadi lalu ku buka untuk kali kedua. Aku meneliti maksud setiap perkataan dalam surat itu dan secara tiba-tiba mataku terpandang… “ …. Aku cuba untuk memendamkannya tapi akhirnya aku tewas kerana aku tahu takdir tuhanku. Dosaku ibarat pasir di pantai dan umurku ibarat lilin yang dinyalakan api. Andai itu takdirnya aku bersyukur kerana aku tahu tuhan memberi apa yangku perlu dan bukan apa yang aku mahu” “Aku ingat janji tuhanku”

 "Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada tuhannya yang tidak terlihat oleh mereka, mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar.Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah.Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati" 

 (Surah al-Mulk ayat 12-13)

 Aku terus membaca surat itu lagi……… 

“ Aku gadis yang sukakan kebebasan. Dunia ini bagaikan syurga buat diriku. Aku leka dalam kenikmatan dunia tanpa aku sedari kebahagian yang hakiki hanyalah di syurga. Namun, keasyikanku hilang apabila aku bertemu dirinya. “

 “Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui” (Surah Al-Ankabut ayat 64) “ Aku cuba mendekati dirinya namun usahaku gagal kerna aku menganggap aku dan dirinya ibarat langit dan bumi dan aku sedar siapa diriku.” “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji adalah buat wanita yang keji ( pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)…”

 (Surah Al Nur ayat 26) “ 

…dan lalu aku ingin berubah menjadi baik kerana dia dan akhirnya aku lupa yang sebenarnya…………….” 

Dari Amirul Mukminin Umar ibn Al-Khattab r.a. Beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya kearah perkara yang ditujuinya itu”

 “Tuhan berikan petunjuk-Mu. Tetapkan kesabaranku dalam mentaati-Mu. Jangan biarkan diri ku lalai dalam mengingati diri-Mu.

 Ya Rabb..”

 “Tunjukkan kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan pula jalan mereka yang sesat”

 (Surah Al-Fatihah ayat 6-7) 

“…dan aku tahu juga tuhanku itu perancangan terbaik 

buat diriku.. Aku pasrah dan redha. Aku tahu bukan dia yang menjadi keutamaan tapi hanya kepada tuhanku sahaja.” 

“Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, “ Jadilah! “Maka jadilah sesuatu itu” 

(Surah Yassin ayat 82) “

…lalu aku pegang dengan janji tuhanku” 

“Orang-orang beriman yang beriman dengan ayat-ayat kami, hanyalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengannya (ayat-ayat kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya dan mereka tidak menyombongkan diri" 

(Surah Sajadah ayat 15) 

“Akhirnya aku tahu tuhan mahu memelihara diriku dari segala dosa yang boleh melalaikanku kepada-Nya” 

“Sungguh beruntung orang yang menyucikan diri (dengan beriman)”. 

(Surah Al-Ala ayat 14) 

“Sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, untuk mereka disediakan surga Firdaus sebagai tempat tinggal” 

(Surah Al-Kahf ayat 107) 

Aku melipat kembali surat itu dan meletakkannya dalam Buku “ Aku hanyalah seorang Musafir”


Comments

Popular posts from this blog

MA QADARALLAH KHAIR

Ma qadarallah khair kan? Tuhan tu bukan sengaja temukan kita dengan orang begitu dan begini. Dan, Tiada frasa kebetulan melainkan semuanya takdir dariNya. Aku banyak belajar dalam diam. Meneladani tiap insan datang dan pergi. Sejujurnya, semua membawa makna. Yang setia akan sentiasa dalam doanya, Yang misteri akan hilang entah ke mana. Setiap yang datang dan pergi itu, Ada perkara yang diajarkan Tuhan. Selamat belajar dengan penuh sabar! Jika Tuhan menghendaki sesuatu maka Kun fa ya kun! CC. http://se7gee.blogspot.my/

TOKOH-TOKOH ISLAM YANG SUKA MEMBACA

1.Ibn Rushd Beliau terkenal dengan seorang yang selalu membaca buku setiap saat. Tidak pernah beliau meninggalkan buku selama hidupnya kecuali dua malam sahaja, iaitu malam beliau bernikah dan malam ayahnya meninggal dunia. 2.Imam Ahmad bin Yahya   Selalu membawa buku ke mana beliau pergi. Setiap kali dijemput ke walimatul urus, beliau mensyaratkan agar tuan rumah menyiapkan tempat khas untuk meletakkan buku dan membaca. 3.Al Farabi Seorang ulama telah mengamanahkan beliau untuk menjaga buku-buku ulama tersebut selama  sepuluh tahun. Namun begitu, selepas sepuluh tahun berlalu ulama tersebut tidak pulang kembali ke bumi Farab. Al-Farabi telah menghabiskan masanya untuk membaca buku-buku yang diamanahkan. Ada di antara karya-karya yang terdapat dalam simpan tersebut dibaca berpuluh-puluh kali. Setiap kali beliau mengulang membaca sesebuah buku, beliau akan menemui pengetahuan, makrifat dan  hakikat baru tentang ilmu yang dibaca. 5. Ibn Sina Pernah suatu ketika, Ibn Sina membaca karya Me

I’M BACK

                                                            I’m back!! Honestly, tidak tahu hendak tulis tajuk apa pada post kali ni. Setiap kali memulakan ayat mesti akan padam lepas tu. But and then, tulis balik. Lepas tu padam. Tulis balik and so on. Ok firstly, hope you guys abaikan tulis bercampur- aduk dengan bahasa inggeris. If have some student are read this entry. I’m apologise and don’t ever try do same like this on your essay. Ok!šŸ˜‰ In fact, tiada idea pun nak tulis entri kali ini tapi disebabkan blog rasa macam dah lama tak tengok lepas tu rasa dah bersarang lebah. Lebih-lebih lagi perasaan membuak- buak  nak tulis something but macam kata tadi. I don’t have any idea right now. šŸ˜… Cakap pasal blog. Maybe some of you tak tahu yang sebenarnya saya ada dua blog. My ‘old blog’ and this blog. Actually for my first blog I was created I think same year or second year during I was studied. Tak ingatlah! But masa tu ramai yang ada blog and became a blogger. Waktu tu juga member ada

SENDA GURAU DUNIA AKHIRAT KEKAL ABADI

Semakin bertambah usia semakin banyak perkara yang dipelajari tentang hidup. Benar bak kata pujangga, "pengalaman mengajar erti hidup. Pengalaman mengukur kematangan seseorang. Semakin hebat ujian menimpa semakin kuat iman dan diri seseorang." Entri kali ini bukan dituju kepada sesiapa tetapi hanya untuk luahan pendapat tentang hidup. Hidup yang sementara. Hidup yang diibaratkan seperti roda. Hidup yang bersifat sementara dan manusia hanya seorang musafir di dunia ini. Benar! Dunia hanya tempat persinggahan dan akhirat jua yang kekal abadi. Tabahlah menghadapi asam garam dunia. La tahzan! Sabda Allah SWT: " Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Al-Rum:64) Jika menghadapi atau sedang menghadapi cabaran dunia. Jangan sedih! Jangan susah hati! Hadapi ujian itu dengan hati yang terbuka. Percaya pada diri bahawa anda seorang yang sangat istimew