Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

TRAVELER.BACKPACKER.EXPLORER.EXPERIENCES.BUDDIES.ADVENTURE

Apabila menceritakan tentang hobby. Semua orang ada hobi dan minat. Minat akan sesuatu. Ada orang minat mengumpul barang-barang lama, mengumpul duit lama atau setem lama. Mungkin ada juga yang minat mengumpul koleksi kasut, beg or accesorries. Depends pada minat empunya. Bagi yang minat melancong ke sesuatu tempat tidak kiralah sama ada dalam atau luar negara pasti mempunyai cerita mereka tersendiri. Sebenarnya ramai yang kata kenapa perlu berhabis duit semata-mata hendak melancong? Lebih baik simpan untuk masa hadapan. Ya! memang tidak dinafikan menyimpan itu penting. Tai tidak salahkan kita simpan kedua-duanya sekali. Melancong dan menyimpan untuk masa hadapan. Melancong untuk minat dan releasekan tension apabila penat bekerja. Waktu cutilah masa untuk merehatkan diri dan minda sekaligus. Honestly, kerja sekarang memerlukan komitmen yang tinggi dan stamina yang kuat untuk bekerja. So, salute bagi schoolmates yang sudah bekerja especially bila suami dan isteri bekerja. Not easy for

TUHAN MASIH MELINDUNGI DIRIKU

Banyak benda yang bermain difikiran. Merenung bulan dan bintang memberikan satu gambaran bahawa sungguh indah ciptaan tuhan. Ditambahi dengan bunyi cengkerik membuatkan hati ini menjadi damai dan tenteram. Kenapa malam ini begitu indah? Monolog aku. Tanpaku sedari…   Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami tel

SEGALA-GALANYA BERMULA DARIPADA TARBIYAH

Hujan yang turun membasahi bumi membuatkan diri ini terasa sejuk hingga ke tulang Memandang ke luar tingkap sambil menghirup secawan kopi panas terasa kepahitannya Lalu ditambahi dengan sedikit serbuk kayu manis untuk memanaskan badan Terlihat kelibat manusia yang berlari-lari anak untuk menghindarkan diri dari terkena air hujan  Tanpa memandang sekeliling Tanpa menghirukan keadaan sekeliling Terus menuju ke destinasi yang hendak dituju Aku memandang ke langit Awan yang hitam itu membayangkan diri ini keadaan kiamat kelak Ohhh.. Alangkah dahsyatnya.  Ya, Allah! Jauhkan diri ini dari kealpaan dan kesesatan Moga berakhir dalam husnul Khotimah.. InsyaAllah  Mata cuba dipejam  Tiba-tiba bahu disentuh  Siapakah? Bisik hati ini  Seorang wanita tersenyum manis membuatkan hati yang tadi tertanya-tanya tersenyum membalas senyuman wanita itu Wanita yang kukenal di Bulatan gembira Bulatan yang akhirnya mengembirakan diriku Bulatan yang merapatkan silaturrahim..  Ya Ukhu