Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

DEAR HAWA

Hawa,  Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar Islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup. Tiada penghormatan walau secebis daripada kaum Adam, tiada nilaian di mata Adam. Kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini apabila rahmat Islam menyelubungi alam apabila sinar Islam berkembang, darjat kita diangkat dan maruah kita terpelihara. Kita dihargai dan dipandang mulia dan mendapat tempat disisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan di dunia ini melainkan wanita solehah.  Wahai Hawa,  Kenapa engkau tidak menghargai nikmat iman dan Islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was was dalam mematuhi perintah-Nya? Wahai Hawa, Tangan yang mengoncangkan buaian bias mengoncang dunia, sedarlah Hawa engkau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat terdiri daripada soleh dan solehah. Engkau bisa menggegarkan dunia dengan menjadi isteri

THE LETTER FOR FUTURE HUSBAND

I found this entry in my older blog. this is a good entry and so sweet.. I like it and make me reads over and over again. I hope you will enjoy and love it too.  Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu mengenai dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku

CATATAN DIARI SITI KHADIJAH @ GABRIELA MARTINEZ

Maizatul Asiah sibuk mengemas katil bernombor 607.Sesekali sekala dia memandang pemandangan di luar jendela..Memerhatikan gelagat manusia yang sibuk dengan hal mereka..Keadaan cuaca mula mendung menandakan hujan akan turun tidak lama lagi. “Asiah…nanti pergi ke kaunter.Ada bungkusan untuk ko,”Kata Sabrina. “Baiklah,” Bungkusan!!Siapa pula yang bagi ni?Bisik hati Maizatul Asiah.. Maizatul Asiah meneruskan kerjanya semula..Sudah hampir 5 tahun dia bekerja di Hospital Ampang Puri  sebagai seorang jururawat.Pelbagai pengalaman yang dia sudah perolehi..Selesai sahaja shiftnya tamat.Maizatul Asiah menuju ke kaunter untuk mengambil bungkusan yang diberitahu Sabrina tengah hari tadi.. Bungkusan berwarna kuning diambilnya..Tiada tentera pengirim..Siapa pulak yang bagi ni? “Mai,ko tau siapa yang kasi ni?”Tnya Maizatul Asiah kepada Maisara. “Entahlah,pakwe kot,”Maisara tersenyum. “Pandai-pandailah kamu,” Maizatul Asiah menuju ke kereta perodua kelisa berwarna kelabu..Beg tangan berwarna hita

THE LITTLE DIARY

Sebenarnya tidak tahu apa yang hendak dicoretkan pada entri ini. Dengan kekangan masa sibuk dengan kerja. Namun, hati ini membuak-buak untuk menekan keyboard. Sebenarnya juga banyak perkara yang hendak dikongsi bersama tetapi ada sahaja yang menghalang. "Buat apa dikongsi dengan umum tentang apa yang kita fikirkan dan rasakan, Perkara ini perlu dirahsiakan". Tapi sebahagiannya berkata, " Tidak mengapa? kamu bukannya orang terkenal." Mungkin tidak salah berkongsi pandangan. Zaman sekarang semuanya hanya menggunakan teknologi. Bukannya zaman remaja, hanya meluahkan perasaan di dalam diari. Bahkan ada kunci dan mangga. Sebut tentang diari mungkin sekarang tidak ramai yang menggunakannya lagi. Diari kecil yang disimpan dibawah bantal dan menulis sebelum melelapkan mata. Menulis diari berkisahkan tentang diri, perasaan, pandangan dan peristiwa yang dialami. Perkara yang mungkin ditulis 10 minit yang lepas. Menulis tentang diari lagi. Siapa sangka semasa belajar di un