Skip to main content

Posts

LA TAHZAN! SESUNGGUHNYA ALLAH ITU BERSAMA KITA

La tahzan (jangan bersedih).. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita tanpa kita sedari. Adakah kita mengetahui? Percayalah!!  KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN QURAN MENJAWAB : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."- Surah Al-Baqarah ayat 216 KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?  QURAN MENJAWAB : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."- Surah ...

KETUA BIDADARI SYURGA

  Allah S.W.T. berfirman: "Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah. (Al-Imran:15) "Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya." (Ad-Dukhan:54) Mengenai keistimewaan wanita syurga dibandingkan kalangan bidadari, Rasulullah S.A.W. melalui hadis Baginda S.A.W, menyebutkan dari Ummu Salamah r.ha, ia berkata: “Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda Nabi S.A.W menjawab: "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Kem...

SEBAIK- BAIK TEMAN ADALAH BUKU

  Jika dunia akan riang membawa kebaikan untukmu Kalau engkau tidak rela dengan pergaulan Tidakkah engkau lihat batu mutiara mahal Bukankah mutiara itu dikeluarkan dari lautan yang masin Mungkin sahaja sesuatu yang menakutkan membawa kengerian Juga kegembiraan dan kesenangan Mungkin juga keselamatan itu berlaku selepas adanya larangan  Mungkin kelurusan selepas kebengkokan Sesetengah daripada sebab-sebab kebahagian itu ialah meluangkan waktu untuk mengkaji, menyempatkan diri untuk membaca dan mengembangkan kekuatan fikiran dengan hikmah-hikmah. Al-Jahiz menasihatkan supaya sentiasa membaca dan mengkaji supaya menghilangkan kesedihan dalam diri. Katanya: “Buku adalah kawan duduk yang tidak akan memujimu dengan berlebihan, sahabat yang tidak akan menipumu, dan kawan yang tidak membuatmu bosan. Dia adalah kawan yang sangat bertolak ansur yang tidak akan menghalaumu, dia adalah tetangga yang tidak akan menyakitimu dan dia adalah kawan yang tidak memaksamu mengeluarkan apa yang ada...

ASMA UL HUSNA

  1. AR RAHMAAN = MAHA PENGASIH  Jika kita membaca Yaa Rahmaan sebanyak seratus kali, yaitu setiap usai mengerjakan shalat fardu. Dengan seizin Allah kita akan memiliki ingatan yang kuat, pengetahuan yang cemerlang, dan terhindar dari hati yang keras. Wallaahu’alam.  2.  AR RAHIIM = MAHA PENYAYANG   Barangsiapa membaca Yaa Rahiim seratus kali seusai shalat subuh, dengan seizin Allah, setiap orang akan bersahabat dan baik kepadanya. Dan bila dibaca tujuh kali maka ia akan berada dalam naungan Allah. Kemudian bila setiap usai shalat fardu dibaca seratus kali maka Allah akan mengasihinya. Wallaahu’alam.  3. AL MAALIK = MAHA RAJA  Perbanyaklah membaca Yaa Maalik. Dengan seizin Allah, kita akan diberi kekuatan, kekuasaan, kebesaran, serta kepemilikan atas segala sesuatu. Orang-orang akan memberlakukan kita dengan baik dan penuh hormat. Wallaahu’alam.  4. AL QUDDUUS = MAHA SUCI  Bila Yaa Qudduus dibaca seratus kali setiap hari, dengan seizin Allah,...